GWM paparkan kembali rentetan ringkas bagaimana Anwar Ibrahim bersama barisan peguam seringkali mengelak dari dibicarakan dalam kandang pembelaan.
16 Mei 2011
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Anwar Ibrahim untuk membela diri dalam kandang pembelaan. Barisan peguam beliau berjaya mengelakkan dengan permohonan perbicaraan dalam perbicaraan (trial within a trial). Anwar Ibrahim terlepas dari proses membela diri.
2 Jun 2011
Barisan peguam Anwar Ibrahim memohon supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah disingkirkan dari menghakimi kes beliau.
6 Jun 2011
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan barisan peguam Anwar Ibrahim supaya beliau disingkirkan dari menghakimi kes tersebut.
Ini kali ketiga Anwar Ibrahim cuba menyingkirkan kesnya dari dibicarakan oleh Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah. Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan barisan peguam untuk menangguhkan kes selama 37 hari sehingga Mahkamah Rayuan mengeluarkan keputusan.
6 Julai 2011
Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dari mengendalikan perbicaraan kesnya setelah mendengar hujah dari barisan pendakwaraya dan peguam Anwar Ibrahim. Karpal Singh mengemukakan kembali permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kepada 13 Julai 2011.
13 Julai 2011
Mahkamah Tinggi sekali lagi menetapkan perbicaraan kes Anwar Ibrahim dibicarakan pada 8 hingga 26 Ogos 2011.
26 Julai 2011
Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk memanggil 15 orang sebagai saksi kes beliau termasuklah DS Najib dan DS Rosmah untuk ditemubual oleh barisan peguamnya.
15 - 26 Ogos 2011
Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim disambung semula.
Hari ini bakal menyaksikan sama ada Anwar Ibrahim masih berterusan mahu mencari helah menangguhkan perbicaraan kes liwatnya.
Hari ini dan seterusnya juga bakal menyaksikan sama ada Anwar Ibrahim akan terus mengelakkan diri dari membela dirinya di mahkamah.
Anwar Ibrahim cukup arif dan tahu Karpal Singh dan barisan peguam bodohnya sudah tidak mampu lagi untuk mengendalikan kes liwat ini. Dalam pembelaan kesnya, sudah tidak ada lagi saksi alibi yang kukuh.
Wan Azizah sudah tidak relevan sebagi saksi alibi. Kenyataan rasmi Presiden PKR sudah cukup bercanggah dengan rakaman cctv dengan mengatakan suaminya berada di tengah mesuarat di Pejabat PKR, Tropicana.
Pergerakan Anwar Ibrahim keluar masuk di unit 11-5-1 dan unit 11-5-2 dirakamkan oleh cctv keselamatan Desa Damansara Kondominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.
Siapa sebenarnya alibi Anwar Ibrahim ketika kejadian liwat dari jam 3:01 ke 4:30 pm di kondominium tersebut?
Dan bukti paling kukuh adalah pengesahan identiti Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu. - Utusan Malaysia 25 April 2011
Perbicaraan hari ini merupakan perbicaraan Anwar Ibrahim untuk menangguhkan lagi kes liwatnya. 15 orang yang dipanggil sebagai saksi kes beliau termasuklah DS Najib dan DS Rosmah hanyalah satu lagi helah untuk menangguhkan kes yang berlarutan sekian lama.
Saiful Bukhari Azlan sekali lagi dinafikan haknya. Keadilan yang dituntut dipermainkan oleh Si Peliwat dan Si Penzina China Doll ...
kes anwar ini sekiranya terlalu dilayan sangat ditakuti akan memakan diri , dimaklumi perbicaraan ini dimohon tangguh oleh anwar bukan sebarang tangguh , tangguh ada makna ..tangguh dalam menunggu , tangguh seribu muslihat !
ReplyDeletepatutnya passport anwar ditahan , jgn biarkan dia kesana sini bebas tanpa secalit halangan ..kerajaan terlalu baik , lambat laun makan diri sendiri !!