Friday, August 19, 2011

18PL .... Gerakan KRISTIANISASI Pelajar Islam, TAHNIAH UNTUK PARTI PAS !


GWM terlebih dahulu mengucapkan syabas kepada kepimpinan dan penyokong parti PAS yang kini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam mana-mana gereja di Malaysia.

Jika dahulu parti inilah kononnya memperjuangkan isu murtad dikalangan umat Islam kini PAs boleh dianggap sebagai pemangkin dan defender/ benteng pertahanan gerakan Kristianisasi di Malaysia.

Buletin Utama TV3 malam tadi dengan jelas membuktikan berlakunya gerakan ini dikalangan pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama melalui pusat tuisyen.




Anak-anak yang masih mentah ini diajar menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus Loves Me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa. Anak-anak ini akan diberikan habuan jika mampu menghafal dan menyanyikannya dengan baik.

Malah anak-anak ini turut diajar membuat simbol salib selain bercerita mengenai kisah Nabi Isa disalib. Ditambah lagi dengan tayangan video perdana mengenai kisah hidup Nabi Isa.


Saranan ibubapa anak-anak ini perlu diberi perhatian mendalam dan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Bawa ke muka pengadilan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gerakan Kristianisasi dikalangan pelajar Islam.

Pihak gereja dan missionary kini semakin berani, kurang ajar dan melampau. Pihak Kementerian Dalam Negeri sepatutnya mengheret pihak gereja ke muka pengadilan kerana pernah menafikan kegiatan mengkristianisasikan umat Islam. Temuramah yang dikeluarkan dalam Buletin Utama TV3 sudah cukup dijadikan bahan bukti.




Gerakan Kristianisasi sudah mencabul Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(4) dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 4 april 1988.


Apa yang lebih menyakitkan hati adalah kebobrokan parti Negara Berkebajikan yang mengalami sindrom virus syaitan bisu! Sehingga ke hari ini, pemimpin Islam parti berkenaan telah mengalami simptom seperti mata buta, buta hati, telinga pekak dan mulut menjadi bisu!










Hanya satu perkataan yang boleh diungkapkan dan digelar kepada pemimpin parti Negara Berkebajikan ... BACUL!

BACUL kerana bersekongkol dengan puak-puak yang mengkristiankan umat Islam ...
BACUL kerana sanggup menjadi benteng pertahanan puak-puak gerakan Kristianisasi ...
BACUL kerana isu murtad hanya mengganggu gugat sokongan dan undi pada pilihanraya umum kelak ...


BACUL adalah gelaran paling enak dan tepat kepada setiap pemimpin dan penyokong parti Negara Berkebajikan.

KeBACULan parti ini berada ditahap paling maksima kerana masih bersekongkol dan menyanjung Bapa Pluralisme dan Bapa Melacurkan Kalimah Allah ... Anwar Ibrahim!



Umat Islam perlu berterima kasih kepada parti Negara Berkebajikan kerana keBACULan mereka mempertahankan Abang Besar DAP dari apa jua jenis pembohongan. Mungkin sudah tiba masanya parti ini perlu menukarkan nama lain kepada Parti Bacul SeMalaysia ...


5 comments:

  1. Agaknya ... ini disebabkan kebanyakan Ulama' di Malaysia ... tidak menurut perintah ALLAH ... Al-Quran Surah Al-Fath ayat 29 :
    [29]
    Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya ... hingga akhir ayat.

    Terjemahan diambil dari - http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/

    ReplyDelete
  2. Pas akan kata..Ini semua salah Umno !....sebenar nya kita semua yg bersalah

    ReplyDelete
  3. Apa komen Datok Azhar Mansur pelayar negara jalur gemilang tentang isu ini. Mesti beliau ada komen menarik dan tanya pulak Tun M. Dulu masa di Bkt Mertajam suspek 'Jo Fenandez' kena tembak kat trafic light, dan buat PRK di Lunas. Tunggu apa lagi, biar bagi riuh se Malaya.

    ReplyDelete
  4. Kan lebih baik kalau Umno laksanakan hudud abis cerita terang-terang buku panduan kitab Al-Quran ada sebagai rujukan. Takdelah nak berlaku kristianisasi, masalah sosial dan macam-macam lagi. Balik kepada pakal jalan setelah jauh tersasar. Ituylah Al-Quran Nur Qarim. Ada BRAN laksana hudud!

    ReplyDelete
  5. APA CITER ANON 3.36PM ... HUDUD TU SALAH SATU CABANG HUKUMAN DAN KAEDAH JENAYAH DALAM ISLAM. LU ADA CARA LAIN SEPERTI TAKZIR DSB, BUKAN HANYA HUDUD SEMATA-MATA.

    GOOD TRY ... BACA DAN DALAMI ILMU LEBIH SKIT!

    ReplyDelete