Monday, June 6, 2011

LOLONGAN & SALAKAN CINCURUT SENYAP! ... BILA UDA HOLDINGS BERI PENJELASAN !


GWM sengaja membiarkan gambar terakhir ini sebagai 'Anonymous'! Khabarnya 'Anonymous' ini cukup berpengaruh dalam Kementerian Kewangan! ... Biarlah ianya menjadi teka teki buat seketika ...

Apapun, GWM jemput semua, baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang untuk menilai sejauhmana 'tahap tamak' KEPARAT KEPARAT perniagaan ini.


PENJARA PUDU (Bukit Bintang City Centre)

Latar Belakang Projek
a) UDA Holdings Bhd ( UDA ) adalah pemilik tanah kawasan ini dan bercadang untuk membangunkan tanah seluas 19.4 hektar menjadi pusat komersil bertaraf antarabangsa.

b) Perbelanjaan Kasar Pembangunan (GDC) projek ini dianggarkan bernilai sekitar RM3.5- RM4 Billion, dengan tempoh pembangunan selama 5 hingga 6 tahun.

c) UDA mahukan suatu bentuk kerjasama dari pemaju / pelabur lain yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan berpengalaman luas bagi meminimumkan risiko pembangunan / kewangan.

c) Lokasi strategik berdekatan dengan cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka dan Projek Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC). Berhubungan terus kepada perkhidmatan Monorail dan LRT sebagai tarikan kepada pelabur tempatan / antarabangsa.


Proses Tender / Bidaan
a) UDA telah menjemput 15 syarikat tempatan dan luar negara menyatakan minat untuk menyertai projek pembangunan tapak bekas Penjara Pudu pada Januari 2011.

b) 7-8 Mac 2011, 11 syarikat konglomerat membentangkan kertas cadangan mereka kepada Lembaga Pengarah UDA.

c) Dua (2) syarikat asing, AsianPac Holdings Ltd dan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) menawarkan kepakaran dan pulangan pelaburan.

d) Dua (2) syarikat usahasama tempatan dan asing, Jetson Construction Sdn Bhd dan LKJ Construction Sdn Bhd manakala bakinya turut menawarkan kepakaran dan pulangan pelaburan.

e) Baki tujuh (7) lagi adalah syarikat tempatan.

f) UDA menggariskan 3 terma rujukan yang perlu dipatuhi semua syarikat ketika membentangkan kertas kerja mereka dalam memastikan UDA Holdings Bhd mendapat pulang maksima serta terus menunaikan tanggungjawab agenda Bumiputera dalam pelaksanaan projek ini.

g) Tiga (3) Terma Rujukan ini ialah:
- UDA Holdings Bhd mahu memiliki kompleks beli belah dari Basement 1-5 yang reka bentuknya perlu inovatif, terkini serta mampu bersaing dengan kompleks beli belah sedia ada.

- UDA Holdings Bhd mahu memiliki semua tempat letak kereta.

- Terminal Bas yang mempunyai 180 petak dan ia perlu diintegrasikan dengan stesen monorel dan LRT sedia ada.


Objektif Sebenar Terma dan Syarat UDA
a) Untuk meminimumkan risiko kewangan dan pembangunan kepada aset UDA termasuklah:-
- Tanah tidak dicagarkan.
- Aset UDA akan disiapkan terlebnih dahulu
- Pemilihan rakan strategik berdasarkan kewangan kukuh dan berpengalaman.

b) Aset yang diberi kepada UDA mempunyai nilai pasaran yang maksima.
c) Pendapatan tahunan yang maksima dari aset tersebut bagi memastikan kesinambungan UDA pada masa akan datang.
d) Sebagai pengukur dan panduan bagi menilai semua cadangan pembangunan yang diterima.

Keputusan UDA
a) 28 Aprfil 2011- Lembaga Pengarah UDA bersetuju terhadap pemilihan Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) untuk membangunkan projek ini.

b) EICEC dilihat pilihan paling tepat sebagai pelabur (Turnkey) untuk UDA dalam pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu.

c) EICEC memenuhi keperluan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan UDA dengan beberapa tawaran utama mereka adalah seperti berikut:-

a) Tidak mengenakan bayaran ke atas tanah.
b) GDV tertinggi bagi aset UDA sebanyak RM2.1 bilion.
c) Pendapatan berulang tertinggi pada RM426 juta pada setahun.
d) Nisbah tertinggi aset UDA kepada GDV keseluruhan pada 29%.
e) Pulangan tertinggi nilai tanah lebih daripada 3 kali atau 300%.
f) Pelabur menyediakan kertas cadangan yang lengkap dan jelas mengenai pecahan aset UDA dan aset pelabur. Ini juga memastikan penyerahan aset UDA sebelum aset pelabur.
g) Kertas cadangan juga meliputi akses jaringan jalan masuk bertingkat yang akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.
h) EICEC berjaya 100 peratus mematuhi syarat-syarat dengan menawarkan aset tambahan iaitu Pusat Konvensyen.
i) Menyediakan 'Taman Rekreasi' sebagai kawasan hijau yang juga bertindak sebagai zon penimbal antara aset UDA dan aset pelabur.
j) Pembiayaan projek dari luar negara akan membawa FDI ke negara ini.


Mengapa EICEC?

a) Penerima anugerah syarikat paling inovatif di China untuk tahun 2010.
b) Salah satu dari 10 syarikat teratas tanggungjawab sosial di China.
c) Diletakkan sebagai ‘An Outstanding Enterprise’ di Hong Kong untuk tahun 2010.
d) Memiliki / mengurus salah satu jambatan kabel terpanjang (1.2km) di dunia.
e) Telah menyiapkan lebih dari 1,000 projek pembinaan di seluruh dunia termasuk Moscow China-Town bernilai USD1 Billion.

f) Antara beberapa syarikat yang diluluskan oleh Menteri Pembinaan China untuk beroperasi di luar negara.

g) Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh, kerana 100% dimiliki oleh Kerajaan China, seperti risiko kegagalan dianggap minimum.

h) Mendapat sokongan kewangan yang dijamin CCB (China Construction Bank) sebanyak USD1.3Billion untuk projek tapak bekas Penjara Pudu. Memiliki kredit AAA.

i) Mendapat kemudahan kredit dari China Development Bank sebanyak USD 4.0 billion bagi pembiayaan projek di luar negara.

j) Kerjasama asing (seperti kerajaan dengan kerajaan) dianggap kaedah yang terbaik untuk kejayaan menyiapkan projek.



Sebagai GLC, UDA perlu bertanggungjawab untuk membuat keuntungan dan meminimakan risiko kerugian terhadap Kerajaan Persekutuan. Jika tidak, rakyat akan pertikai keputusan yang dibuat ... terutamanya pembangkang! Peluru yang boleh membunuh UDA!

Keputusan UDA melantik EICEC juga berdasarkan kepada faktor ketelusan dan kebertanggungjawaban. EICEC juga adalah sebuah GLC China (dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Republik China).

Dan paling penting ... tanah yang diusahakan tidak dicagarkan bagi mengelak sebarang kerugian jika berlakunya kemelesetan ekonomi (economic downturn) seperti pada tahun1997-1998.

Lawatan DS Najib ke China tempohari adalah adalah sebagai usaha menarik FDI (Foreign Direct Investment) ke Malaysia. Nyata usaha DS Najib membuahkan hasil.

Naza TTDI, salah sebuah syarikat Bumiputera juga tidak berjaya dalam tender ini kerana tidak mampu memberikan tawaran yang terbaik kepada UDA bagi projek ini apatah lagi dengan syarikat syarikat yang lain termasuk lah juga syarikat 'Ali Baba' yang di canang oleh Musa Syeikh Fadzir.


Pada GWM sikap segelintir 'politician' mahu kenyang sepuas-puasnya tanpa memikirkan kesan jangka panjang sama ada mampu atau tidak membangunkan projek ini sepatutnya difikirkan ... sebelum melolong dan menyalak!

Perlukah UDA secara membabi buta memberikan projek ini kepada sebuah syarikat bumiputera yang dibelakang tadbirnya adalah BABA, hanya bermodalkan RM 10-100 juta untuk membangunkan sebuah projek bernilai billion ringgit!

Dan jika syarikat sebegini diberi mandat untuk membangunkan Bukit Bintang City Centre terkandas separuh jalan, bukankah kerajaan terpaksa menebalkan muka untuk 'Bail Out' .... hanya semata mata untuk melepaskan tengkuk cincurut cincurut ini!

Yang nyata, pembangkang akan mainkan isu ini 360 hari, 360 malam! Nonstop!



1 comment:

  1. GMW ! Tahniah atas penjelasan yang agak memuaskan

    On Paper memang semua nampak cantik

    Lagi besar projek lagi besar komisyen, lagi besar untung,lagi banyak masyuk..
    lantak lulah nak makan,
    akhirat sentiasa ada menunggu ...

    Tapi rakyat sebenarnya tahu apa yang tersurat dan apa yang tersirat, walaupun rakyat sekecil aku yang tak sekolah tinggi juga tahu ini semua, tapi nak buat macam mana, hukum dunia dah begitu, yang kaya menguasai yang miskin, sebagai hamba Allah, kita hanya mampu berdoa, kerana Allah telah menjanjikan kita Syurga dan Neraka.

    Tapi aku tetap tertanya tanya, kepala otak aku sentiasa berpusing pusing mencari jawapan kepada soalan ini, apakah faedahnya projek semega ini kepada orang Melayu?

    Melayu Bangga?
    Melayu Yang untung?
    Melayu yang mana?
    Berapa ramai?
    Melayu terpinggir?
    Melayu gah pada nama tapi tak gah pada upaya?
    Menang sorak kampung tergadai?
    Apa asasnya UDA ditubuhkan dahulu?
    Sedap mata memandang sedap lagi yang dapat projek?
    Lambang kejayaan Melayu?

    sebenarnya terlalu banyak yang bermain main dikepalaku.....

    Maka teringatlah aku akan sebuah bandar iaitu Bandar Baru Uda atau lebih dikenali dengan panggilan BBU diJohor Baharu sebab aku anak Johor. Sebut sahaja BBU ,semua orang Johor Tahu, maka terbayanglah aku sebuah bandar Melayu kerana majoritinya Melayu, ada sekolah, ada Masjid (fully aircond lagi), ada kedai kedai Melayu dan aku rasa bangga dengan UDA yang di BBU ni..

    Adakah perasaan yang sama akan aku rasai apabila Bukit Bintang City Centre menjadi kenyataan????

    ReplyDelete