Friday, April 1, 2011

VIDEO SEKS 100% TULEN ... TIBA MASANYA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PERLU DIPERCEPATKAN !


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' bukan palsu menurut penilaian dan pemeriksaan pakar-pakar tempatan.

Pihak polis turut menubuhkan satu pasukan khas dibawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim.

Jika pihak polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan 'thorough investigation', maka sudah tiba dan tepat pada masanya ditubuhkan juga Suruhanjaya Siasatan DiRaja bebas untuk menyiasat kesahihan dan pelakon utama video seks tersebut.

Pihak pembangkang sudah pasti akan melontarkan segala bentuk kecaman kononnya siasatan pihak polis pasti akan menyebelahi dan dipengaruhi kerajaan. Baik pemimpin pembangkang, media alternatif dan blogger pro pembangkang pasti mencanang pihak polis bersubahat dalam hal ini bersama kerajaan.

Maka penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang bebas dari pengaruh kerajaan perlu disegerakan bagi mencerminkan ketelusan dan keadilan yang bakal dibuktikan. GWM yakin rakyat pasti bersetuju dengan langkah ini.




Seperti biasa, penubuhan badan bebas ini akan dimomokkan parti pembangkang dan media alternatif sebagai pembaziran masa dan wang rakyat ... itu pasti! Dan lazimnya, parti pembangkang tidak sanggup menerima sebarang keputusan yang tidak menyebelahi mereka.

Rasional dan peri pentingnya badan ini mampu memperlihatkan kredibiliti dan prinsip keadilan yang diamalkan di Malaysia. Apa jua bentuk mekanisme malah perlantikan gabungan pakar forensik tempatan dan luar negara boleh diputuskan melalui gabungan pemimpin utama parti pembangkang.

Rakyat berhak mengetahui keputusan dari kedua dua badan ini, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Dan sebarang keputusan yang dikeluarkan perlu dihormati dan diterima dengan bulat hati.

Melainkan, pihak yang terlibat semakin resah dan panas punggung dengan keputusan muktamad yang bakal dikeluarkan oleh Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Mengapa perlu takut jika tidak terbabit dalam video seks ini ...



7 comments:

  1. Macamana tu ha!,kalau DSA betul-betul jadi actornya dalam filem tu.Tapi dia buat report dia bukan actornya.Fening-fening

    ReplyDelete
  2. OOOO ... MEMANG PENING ANON 10.39PM!

    ReplyDelete
  3. Tapi kebiasaannya orang yang berak dijalan,dia tak AKAN mengaku dia yang berak.Pemimpin apa namanya ni,Xbertanggungjawab.His...His...

    ReplyDelete
  4. ITU BUKAN PEMIMPIN ANON 10.43PM! ... ITU PELIWAT!

    ReplyDelete
  5. keh keh keh, menurut kitab utama PR berwarna jing-gay, muSHITdol am mereka boleh ampunkan dosa2 pelaku seks yang telah terkantoi dgn syarat si pelaku mestilah menganuti agama Perosak Rakyat. Jika pelaku seks ada jawatan tinggi dalam PR, dosa2 mereka diampunkan serta merta tanpa perlu kehadiran paderi mereka tu....

    keh keh keh

    ReplyDelete
  6. salam....

    sepatutnya sebelum isu seks semakin
    kalut...pemimpin gabungan PR menjauhi PKR...agar tidak terpalit
    sama dengan skandal anugerah tuhan tu....liabilitinya kini ditanggung bersama....


    sia-sia peluang yg terbentang utk
    naikkan semula imej PAS di mata rakyat...

    kini PR jatuh merudum....

    ReplyDelete
  7. sure sah parti pembangkang akan mengamok,,,puak2 ni mmg mentallity x mau terima faktur kebenaran...buat PDRM teruskan mencari kebenaran untuk menjantas puak2 pelampau ,pengkhianat,haprak,jumud,buta agama dan pelbagai lagi....

    ReplyDelete