Mungkin ramai yang nampak dan tertanya tanya mengapa wujudnya tulisan dalam bahasa Thailand pada video klip ini. Apa rasional dan relevannya? Ada juga yang tidak nampak kerana terlalu memberi tumpuan kepada lakonan cemerlang Anwar Ibrahim.
Dalam kekalutan, tulisan di video klip memaparkan alamat di negara Thailand. Barangkali misteri alamat tersebut bakal terjawab melalui video klip yang bakal ditayangkan seterusnya ... Mustahil tiada kesinambungan dari 'trailer' asal?
Rakyat bakal disajikan lagi dengan kemunculan video klip seterusnya yang akan disertai dengan pengesahan dari pakar tempatan mahupun luar. Pastinya kesahihan Anwar Ibrahim sebagai pelakon layar utama membalun 'China Doll' turut disertakan dengan dokumen sahih bagi mematahkan sebarang 'alibi' dan 'spin' dari kem Anwar Ibrahim.
Uniknya ... tulisan dalan bahasa Thailand tersebut berkait rapat dengan soalan Dato' Eskay terhadap Anwar Ibrahim.
1) Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2) Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3) Di hotel mana Anwar menginap?
4) Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5) Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
Dan kemunculan video klip ini (berbahasa Thailand) di alam maya tempoh hari sudah cukup memberi tamparan dan sindiran cukup tajam apa yang tersirat di sebalik soalan soalan maut Dato' Eskay.
Secara logiknya, video klip ini lebih berusia dari video klip bertarikh 21 Februari 2011 yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara tempoh hari.
Dan persoalan paling menarik ... sudah berapa banyakkah video klip Anwar Ibrahim bersenggama bersama pelacur sejak dua tahun yang lalu? ... didalam dan luar Malaysia?
Seluar dalam semakin terlondeh! Anwar Ibrahim semakin cemas ...
khanthoi khantoi... abisle nuaq..
ReplyDeleteboleh link ke bloq
www.headbomb.bloqspot.com
Bro, video Anwar dengan MiloSuam ada tak? Hahahahahahaha....
ReplyDeleteHAH! ... YANG ITU MASIH DALAM PEMBIKINAN MPP!
ReplyDeleteTAJUK FILEM ... ANU DALAM BOTOL KICAP KILANG PERMATANG PAUH!
Aku rasa bukan PDRM yg saja2 nak lambat siasat atau AG nak tangguh2 TAPI belum ada political clearance lagi kot!
ReplyDeleteLagi lambat Najib buat keputusan lagi mudah bagi Nuar nak spin.
Biar rakyat sedar dan buat penilaian semula tentang sokongan membabi buta mereka terhadap pemimpin anugerah tuhan ini...
ReplyDeleteSejak timbulisu video ni aku tengok ramai pemuda kampong aku dan sebelah (cawangan dalam UMNO bahagian Sepang)start campur mesra dengan orang kuat pembangkang tempatan, memang pelik. Silap hari bulan mau bubar sayap pemuda UMNO.
ReplyDeleteHarap isu video ni selesai segera.
Buat la vote system.
ReplyDeleteBiar orang ramai yang menentukan .Adakah anwar sebenarnya pelakun blue film ni?
Semua akan vote nanti..
Habis citer
anon 9:18 PM,
ReplyDeletentah2 geng pembangkang yg nakkan kemesraan pemuda umno bahagian sepang tu sbb mrk dah semakin sedar & gusar nasib ketua umum mrk...apa pendapat ketua bahagian plak?
elokla berbaik sangka...