Wednesday, March 9, 2011
SELEPAS BOB LOKMAN ! ... CHUA JUI MENG PULA MENEMPAH TIKET KE SORGA !
GWM kurang mengerti apa kriteria yang Chua Jui Meng katakan sehingga mengakui PAS lebih Islam dari UMNO. Nampaknya sudah ada lagi seorang pemimpin yang bakal menduduki syurga PAS. Tahniah buat Nik Aziz dan Hadi Awang!
Sama juga seperti Lim Guan Eng, Ngar Kor Ming dan puak puak yang bersekutu dengannya (yang telah melacurkan Al Quran, hasil endorsement dari parti PAS), masing masing sudah merasakan semakin dekat dengan Islam kononnya.
Apa yang dimaksudkan oleh Chua Jui Meng bahawa PAS mengamalkan ajaran Islam sebenar apabila parti tersebut bersetuju melacurkan penggunaan kalimah Allah di gereja.
Kata beliau, tindakan PAS menyebabkan semakin ramai penganut Kristian yang pergi ke gereja ... bukannya kerana mengatakan Allah Itu Esa, Allah Itu Satu! Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan.
Amat melucukan, Chua Jui Meng sudah semakin pintar dan bijak menghentam UMNO sebagai parti Assabiyah kerana mengagungkan 'Kemelayuan'. Walhal bukannya beliau tidak tahu parti PAS kini semakin sibuk mencari sokongan dan undi orang Melayu dan sudah menjadi semakin Assabiyah dari UMNO.
Mungkin masih ramai yang belum mengetahui, Chua Jui Meng adalah seorang chauvinist ... sama seperti puak puak parti DAP dan PKR yang menolak dan mempertikaikan DEB, hak dan kesitimewaan orang Melayu.
Cuma ... Bob Lokman sudah tidak keseorangan lagi. Chua Jui Meng sudah semakin hampir dengan jejak jejak beliau untuk mendapatkan tiket ke syurga.
http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/03/jangannanti-demam-kang.html
ReplyDelete