Tuesday, March 1, 2011

PUAK ERDOGAN RANCANG 'BUNUH' KARIER DAN KAREKTOR SYED IBRAHIM !


ADUN KETUA SEMANTAN!! Sebuah DUN yang dikuasai PAS di Pahang. YB Syed Hamid Syed Mohamad. Beliau telah membongkar 1 isu yang dijadikan senjata utama PAS untuk menyerang peribadi Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim.

Beliau telah membuat pengakuan bahawa beliau salah seorang yang bertanggungjawab menghantar Syed Ibrahim menyambung pengajian ke Universiti Al Azhar, Mesir. Beliau juga telah menjawab persoalan2 yang timbul iaitu iaitu Syed Ibrahim sememangnya belajar di Mesir dan tamat pengajian dengan segulung Ijazah. Persoalannya, bagaimana dan kenapa ADUN PAS Pahang ini membongkar hal ini?

ADUN Ketua Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad merupakan bapa saudara kepada Calon BN DUN Kerdau. Syed Hamid merupakan salah seorang pakcik yang menyokong niat ikhlas Syed Ibrahim untuk menyambung pengajian beliau pada ketika itu.

Kenyataan beliau ini telah membunuh rancangan sulit Tuan Ibrahim dan kuncu2 nya yang telah dihasut oleh kumpulan Pro Erdogan bagi menjadikan fitnah ini sebagai senjata utama mereka.


Bagaimana Tuan Ibrahim hendak menjawab setiap soalan yang ditujukan kepada beliau mengenai hal ini? Adakah beliau cuba memberitahu kepada kesemua pengundi DUN Kerdau dan rakyat Malaysia bahawa PAS sebenarnya telah melakukan perancangan2 kotor ini sejak sekian lama bagi merampas kuasa BN?

Halal. Halal memfitnah demi menjatuhkan BN. Halal bekerjasama dengan sesiapa walaupun Syaitan dan Dajjal sekalipun demi menjatuhkan BN. Inilah jihad PAS. Lebih baik bekerjasama dengan Yahudi terus. Ianya lebih baik. Kerana PAS sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

Posted by Melayu CinDia

No comments:

Post a Comment