Saturday, March 26, 2011
PANAS ... BN YOUTH JOB FAIR 2011 ... GAGAL SECARA TOTAL ?
Sasaran menyediakan 20,000 pekerjaan dengan 300,000 hingga 400,000 ribu pengunjung ternyata tidak benar!
Berdasarkan data dan maklumat terkini, sasaran sebenar mencapai 40,000 pekerjaan dengan 400,000 hingga 500,000 penyertaan. Sesuatu yang cukup dibanggakan dari idea Makmal Pemuda Barisan Nasional! Tahniah!
Malah Ekspo dan Karnival Kerjaya kelolaan Pemuda BN ini juga sudah disahkan oleh Malaysia Book of Records sebagai pencapaian paling terbesar dan terbaik pernah dihasilkan sehingga kini.
GWM pernah menyiarkan artikel berkenaan BN Youth Job Fair 2011 pada 14 Mac 2011 sebagai usaha murni pernah dihasilkan oleh Pemuda BN atas rasa tanggungjawab dan dedikasi yang ditunjukkan.
Selain itu, BN Youth Job Fair 2011 turut menganjurkan sesi nasihat panduan kerjaya, ceramah kerjaya dari pakar-pakar dari industri terpilih, 'internship corner' dan 'resume clinic'.
Satu lagi kejayaan cemerlang program Pemuda BN adalah penarafan dan penerimaan derma sebanyak RM 16.5 juta dari berbagai institusi pengajian tinggi bagi BN Youth Education Scholarship. Derma ini mampu membiayai dan menempatkan 230 graduan untuk mendapatkan diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.
Syabas dan tahniah kepada Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN Youth Lab) atas rasa tanggungjaw dan integriti sebagai badan pembela anak muda yang menempuh alam pekerjaan dan alam pendidikan di institusi pengajian tinggi.
Ketua Pemuda BN tersenyum lega ...
Jangan lupa! 25 Mac - 27 Mac 2011! 10.00 pqgi hingga 10.00 malam! Bertempat di PWTC Kuala Lumpur, satu program Pemuda BN memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan anak anak muda.
GWM terfikir sejenak ... apa yang dilakukan oleh barisan pemuda pembangkang bagi membantu anak anak muda! Yang termampu dilakukan oleh pemuda pembangkang hanyalah menggalakkan anak anak muda berdemonstrasi dan merosakkan harta benda awam dan sahsiah diri! Itu sahaja yang mampu dilakukan ...
tahniah. agenda pemuda yang realistik. sasarkan juga korporat besar yang dahulunya meletakkan bahasa bukan melayu sebagai syarat diterima bekerja. BN boleh!
ReplyDeletehehe utamakan yg dh lame jd ahli BN boleh?..
ReplyDeleteBro, jangan puji salah orang! Ni bukan kitol punya idea beb. Know ur facts first bro! Maaf la ya kerana menegur ikhlas
ReplyDeleteHOUSE PK! NOTED. THANK YOU.
ReplyDeleteBRO,
ReplyDeleteTAHNIAH KEPADA PEMUDA BN. SATU USAHA YANG BAIK.KAITKAN JUGA DENGAN UNDI DARIPADA PENGUNDI MUDA.
JANGAN LUPA , KITA ADALAH PARTI POLITIK. BUKAN KONSULTAN KERJAYA.
SAMBIL KITA TOLONG KITA MESTI DAPAT MANFAAT..