Thursday, March 17, 2011

KOMPLOT ANWAR & HUSAM ! ... NIK AZIZ BAKAL BERKUBUR DI KELANTAN !


ANWAR IBRAHIM kelihatan bermati2 an mengatur strategi untuk penjenamaan semula PAS menjelang Muktamar pada bulan Jun ini. Beberapa rakan2 karib Melayu CinDia ada mengesahkan bahawa Anwar telahpun menyediakan dana khas bagi mengatur kempen strategi membunuh karier politik Puak2 Pro Ulama' di dalam PAS.

Anwar tekad akan memastikan Pro Erdogan akan menguasai barisan pimpinan PAS pada Jun ini. Tumpuan besar Anwar adalah bagi jawatan Timbalan Presiden PAS yang dipegang oleh Nasharuddin Mat Isa. Anwar sebelum ini telah berjaya meracuni pemikiran Pemimpin Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat agar membuang terus Ahli Parlimen Bachok ini kerana sentiasa berhubung dengan beberapa Pemimpin UMNO bagi mengurangkan jurang perbezaan PAS-UMNO demi masa depan Politik Melayu Islam.

Anwar telah memulakan kempen meletakkan nama2 yang popular dan diminati beliau seperti Husam Musa, Khalid Samad, Iskandar Samad, Dr. Mariah Mahmood dan beberapa yang lain. Ada juga beberapa pemimpin Pro Ulama' yang kini telah berpaling tadah menyokong menyokong Kumpulan Anwar di dalam PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat sebagai langkah terdesak bagi memperkukuh karier politik beliau selepas kontroversi Isu Calon dan kekalahan besar PAS di DUN Kerdau baru2 ini.

Namun, dikatakan Mohamad Sabu@Mat Sabu masih bermain tarik tali dengan Ketua Pembangkang kerana beliau mengambilkira reputasi Anwar yang kian menurun dek kerana Kes Liwat beliau yang semakin terserlah kesalahan berpihak kepada Ketua Pembangkang itu. Mat Sabu juga merupakan antara individu yang mengetahui kegiatan Anwar dalam aktiviti Liwat dan pernah membongkar 1 masa dahulu ketika Anwar memegang jawatan TPM.



Persoalannya, bagaimanakah nasib Hadi Awang? Adakah berlaku 1 kejutan di mana jawatan Presiden PAS juga akan dipertandingkan? Rekod Hadi Awang dilihat semakin buruk dengan kekalahan demi kekalahan beberapa PRK secara berturut2.

Hadi Awang juga bukan sahaja bukan Pemimpin 'kegemaran' Puak Erdogan, malah terdapat juga beberapa Pemimpin akar umbi yang begitu marah dengan Ahli Parlimen Marang ini yang terus membiarkan Anwar dan kuncu2 nya di dalam PAS menguasai Politik Pakatan Rakyat sehinggakan PAS semakin tenggelam.

Ada juga yang mengatakan Hadi Awang sewajarnya dilabelkan sebagai 'Pak Lah dalam PAS' kerana kelihatan lembap dalam membuat keputusan sehingga membiarkan reputasi PAS jatuh menjunam berbanding rakan sekutu dari DAP dan PKR.


Posted by MelayuCindia

4 comments:

  1. GAMBAQ YG MOLA2 U LETAK DI ATAIH TU NWAR BERAHI DOK PEGANG BAHU HUSAM KONON2 MAU HABAQ KATA..."MACAM NI LA TUAN2 CARA MUKADDIMAHNYA. LEPAIH TU .." HE HE HE

    ReplyDelete
  2. ANTI BOHMAU ... HANG PAHAM PAHAM SENDIRI DAH LA! HU HU HU!

    ReplyDelete
  3. gambar atas.. usam toleh kebawah belakang.. ada rasa mcm ada benda!!!

    gambar bawah nampak keduanya keletehan mcm lepas memadu kaseh aje...

    ReplyDelete