Thursday, March 31, 2011


Kerajaan Selangor telah meluluskan 128 hektar tanah untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri itu sejak 2008 hingga sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata kelulusan itu diberi menerusi 90 permohonan yang diterima kerajaan negeri.



Daripada jumlah itu ...
114 hektar adalah untuk membina tokong,
7.6737 hektar untuk kuil, 4.7402 hektar untuk gereja,
0.7495 hektar bagi gudwara,

Menjawab soalan Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri juga belum bercadang mewujudkan pelan induk bagi pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor.


Hebat penangan Khalid Gagap, Khalid Samad dan 'Anugerah Tuhan' ini. 128 hektar hanya semata mata untuk meraih sokongan dan undi bukan melayu dan bukan Islam.




Gambar di bawah adalah rekabentuk Gereja Calvary atau Calvary Convention Centre (CCC), masih dalam peringkat pembinaan bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.






CCC bakal menjadi sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta. Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia.




Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk abapila ia siap nanti.




Persoalannya, perlukah di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?. Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?. Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?.

Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini!. Dan projek ini dimulakan dan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat!





Tahniah kepada umat Islam di Selangor kerana menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat! Tahniah juga diucapkan kerana berjaya ditipu hidup hidup!

Tahniah kerana berjaya menjadikan pembinaan masjid dan surau langsung tidak penting untuk berjemaah! Anda hebat Rakyat Selangor ... teruskan memilih Pakatan Rakyat untuk PRU 13 nanti!

Semoga lebih banyak rumah rumah ibadah bukan Islam dibina sehingga mengecilkan lagi peluang umat Islam untuk membina rumah Allah!


Tahniah ... Inilah yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim! Pluraslisme! Umat Islam diperbodohkan!

sumber / pautan research yang hebat :
AZMI AWANG KELANA dan UTUSAN PRIBUMI



4 comments:

Sangtawal Sakranta said...

salam,

sila baca artikel lama saya tentang kenapa gereja itu perlu didirikan oleh kuncu-kuncu zionis di malaysia :

http://sangtawal.blogspot.com/2009/01/zionis-dan-emas-bhg-3-semenanjung-emas.html

salam perjuangan.

Unknown said...

SALAM SANGTAWAL! HEBAT ARTIKEL SAUDARA, BEGITU TERPERINCI PENJELASAN YANG DIBERIKAN.

Anonymous said...

Ilmu yg semua umat islam harus tahu..

Drakulla said...

Aku ada baca jugak. Tapi dalam wikipedia...asal-usul nama malaysia.