Thursday, March 10, 2011

BLOGGER GELOMBANG RAKYAT DIBAYAR RM200 RIBU??

Malam tadi Melayu CinDia telah membicarakan di blog Gelombang Rakyat mengenai suara sahabat2 blogger Pro Kerajaan mengenai masalah dalaman Unit Media Baru (UMB) yang kian resah dan gelisah akan kebangkitan blogger2 Pro Kerajaan.

Ianya bertambah panas apabila seorang yang menggelarkan diri sebagai blogger telah membuat artikel melambung2 UMB dan menghina Blogger2 Pro Kerajaan di akhbar Sinar Harian, Masalah berbangkit termasuklah soal PAS Media, fasiliti dan banyak lagi ditimbulkan.

Terkejut Melayu CinDia. Ada 34 komen dipamerkan untuk artikel tersebut di Blog Gelombang Rakyat. Pelbagai pandangan, kupasan ,kritikan dan yang lebih dahsyat tuduhan liar kedua2 pihak. Tuduhan apa? WANG aka DUIT.

Isu2 lain tiada. Nak tahu juga mengenai hal berkenaan PAS Media. Malangnya, tiada pula di komen2 tersebut. Yang lebih dahsyat, bercerita tentang UMB, timbul pula nama WangsaMAJU Blogger's Team melalui komen2 tersebut. Melayu CinDia lah yang kena.

Keluar isu Melayu CinDia, blogger Gelombang Rakyat dibayar dengan sejumlah wang setiap bulan. Berapa jumlahnya? Ingatkan RM 12 Ribu ke, RM 200 Ribu ke. Rupa2 nya RM 2000 sahaja. Hmm... Alangkah bahagianya jika ianya benar2 berlaku. Kerjaya blogger seperti Melayu CinDia dan blogger2 yang lain dijadikan sebagai kerjaya tetap dan dibayar dengan gaji tetap setiap bulan.

Tidak perlulah terkapai2 Melayu CinDia yang merupakan antara graduan baru yang masih menganggur terkapai2 mencari pekerjaan di luar sana yang semakin sengit. Namun, apakan daya. Semua itu hanyalah sebuah kisah dongeng ciptaan Manusia semata2.

Siapalah yang hendak memberi wang sejumlah RM2000 sebulan kepada Blogger Nyamuk ini? Kadang2 sakit hati juga dengan tuduhan2 sebegitu. Dikatanya kita dibayar setiap bulan, tapi sebenarnya tak. Tak mengapalah. Itu 1 doa juga sebenarnya. Sememangnya 1 impian hampir kesemua bloggers untuk menjadikan hasil kerja kita ini sebagai kerjaya tetap. Walaupun ianya sukar menjadi realiti. Melayu CinDia berharap sangat agar doa dari mereka yang fitnah itu akan termakbul.

Dalam komen2 tersebut, tertera nama Datuk Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beliau dikatakan individu yang membayar gaji bulanan RM2000 kepada Melayu CinDia. Kalau beliau berkesempatan membaca komen2 ini, mesti tergelak besar. Sebab teringat Melayu CinDia 1 ketika dahulu pernah ada orang tanya beliau, "Datuk, blogger2 Wangsa Maju ni Dato' bagi elaun bulan2 ke? Paling tak tahan dengar jawapan beliau di hadapan Melayu CinDia n the gang, "Elaun? Aku bagi air liur ada la. Hahahahahaha."

Tapi sekurang2 nya Melayu CinDia dan WangsaMAJU Blogger's Team dapatlah juga fasiliti ikhlas dari pihak UMNO Bahagian Wangsa Maju. Kemudahan seorang blogger. Laptop dan broadband. Jika ada Pilihan Raya Kecil, nama kami disenaraikan sekali dalam jentera2 parti yang ditugaskan mewakili BN Wangsa Maju. Inilah jiwa UMNO sebenarnya. Sentiasa menghargai pengorbanan kesemua individu yang turut berjuang mempertahankan parti. Tanpa mengira jawatan mahupun kedudukan. TERIMA KASIH UMNO WANGSA MAJU.

Lebih lucu apabila Wangsa Maju Blogger's Team dibandingkan pula dengan UMB, sebuah Unit yang lahir dari salah 1 sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Jauh gile jarak perbezaan tu. Lainlah kalau dibandingkan UMB dengan UMNO Online. Barulah kena brother. Tapi ok lah tu, boleh tumpang glamour.

Wangsa Maju Team Bloggers bukan Unit dari mana2 Pertubuhan. Tubuh macam itu sahaja. Ia ditubuhkan hasil inisiatif kesemua blogger Pro Kerajaan yang menginap di kawasan Wangsa Maju termasuklah Melayu CinDia sendiri. Tidak berdaftar pun, malah bukan di bawah naungan mana2 parti politik.

Cuma atas inisiatif menyokong BN, maka kita berjumpa dan meminta sokongan daripada UMNO Wangsa Maju. Kalau hendakkan wang semata2, buat apa jumpa UMNO. Baik bekerjasama dengan PKR Wangsa Maju yang sudah pasti disediakan peruntukan besar khas buat media maya di setiap Cabang.

Tapi tidak sama sekali. Nilai, Penghormatan dan Penghargaan mesti diutamakan. Tidak ada maknanya jik hanya kerana tamakkan wang semata2 akan tetapi tidak dihargai orang lain. Memang wang amat penting. Zaman sekarang siapa yang tak perlukan wang. Akan tetapi, jangan terlalu tamakkan wang sehingga wang memakan diri manusia.

Seronok juga dapat komen2 macam ini. Bergaduh. Serang Melayu CinDia lagi seperti hendak menjatuhkan orang Politik berkepentingan. Walhal Melayu CinDia ini rakyat biasa sahaja. Tak ada apa2 jawatan pun. Pemimpin Politik jauh sekali.

Melayu CinDia mengeluarkan artikel tersebut bukan hendak kerohkan keadaan. Ianya sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada OTAI2 Blogger yang dihina dan dicerca sebegitu rupa di dalam akhbar Sinar Harian, walhal perjuangan CyberWAR mereka tidak ternilai risikonya. Sudah pasti Melayu CinDia turut dukacita. Mereka ini sumber rujukan dan inspirasi Melayu CinDia dalam menghasilkan sebuah blog yang mantap.

UMNO tetap perjuangan Melayu CinDia. Bukan hanya ketika menyertai dunia blogger, malah sejak dahulu lagi. Biarlah apa sahaja mereka hendak perkatakan mengenai kita. Tidak perlu melatah. Tidak perlu bimbang. Tidak perlu beremosi. Kerana Melayu kita di pihak yang benar.

Sebenarnya ianya memberi semangat baru kepada Melayu CinDia dan Sahabat2 Blogger itu sendiri. Semangat untuk terus komited memperkasa penulisan dan isu yang akan membangkitkan semarak Gelombang Rakyat. Semua ini dilakukan demi memperkukuhkan Kerajaan pimpin Barisan Nasional. INSYAALLAH!!


7 comments:

  1. Bro GWM,
    Nak ketawa punada bila dgr dibyr RM200k sebulan.

    Puh, banyak tu....

    Tapi diorang ni memang lawak tahap gaban la...
    Nak buat fitnah pun patut2 la...
    Steady Bro GWM, pedulikan depa semua tu...Teruskan Perjuangan.

    ReplyDelete
  2. mahu wang?masuk pkr, jumpa pak azmin,dia kasi wang gerentee...

    ReplyDelete
  3. Salam GWM,
    UMA, air liur pun tak dapat.

    UMA fikir kalau marah jangan lebih 3 hari. Sikit sikit berbedza pendapat tu oklah. Mungkin terselit juga yang baik di celah celahnya. Bawak berbincang. Takut nanti yang dalam kain semua terdedah. PR pulak yang ambik peluang. Setakat ribut untuk mengerakkan minda tu oklah.

    UMA takde orang ajar buat blog dan menulis blog. Memandai sendiri. Jadi tak terikat dengan mana mana kumpulan. Tetapi, UMA menghormati otai otai. Sebab itu UMA support isu isu yang ada berkempenting negara, bangsa dan agama.

    Ala...kita buat dek ajelah. Jom kita bantai Saifudin!!!

    ReplyDelete
  4. Salam Bro GWM,
    aku hanya pembaca setia rangkaian bloggers mesra kerajaan masa kini. Pastinya ada hikmahnya apabila tiba-tiba isu Bloggers Otai vs UMB vs Timb. Menteri Pengajian Tinggi sebaik PRK Kerdau dan Merlimau ini.

    Moga pertembungan kecil ini dapat diselesaikan dengan sejernih mungkin. Insya-Allah, akan lahir suatu yang sangat hebat selepas ini.

    Menerusi isu Bloggers vs UMB rasanya hal kebajikan bloggers mesra akan secara serius difikirkan oleh UMNO pusat. Itu harapan rakyat yang mesra kerajaan le.

    Ingatan : Maka sia-sialah pertembungan ini jika hanya hasilkan perpecahan dan perperangan lebih besar sesama sendiri menjelang peperangan besar PRU13.

    Aku anggap ini hal normal dalam mencari penyesuaian dan penyelarasan segenap komponen jentera bagi suatu 'setting' terbaik sebelum res sebenar nanti. heee..

    ReplyDelete
  5. Saya sebenarnya yakin,mmg ada anak2 muda yg luhur hatinya berjuang bukan kerana siapa dan mengharapkan sesuatu. Mungkin org2 seperti ini dilorongkan oleh Allah untuk berfikir apa yg perlu dibuat demi agama,bangsa dan negara.

    Ada yg tidak dikenali bergerak berseorangan, dan ada juga yg akhirnya diketemukan dgn org2 yg mempunyai jiwa yg sama.

    Yakinlah dengan Allah dan berjuanglah demi agama,bangsa dan tanah air...semak niat dipermulaan,pertengahan dan akhir kerja2 kita. Rezeki Allah akan datang dari lorong2 yg tidak pernah kita fikirkan.

    ReplyDelete
  6. Kita teruskan perjuangan kita. Jangan terpengaruh propaganda seperti ini.Mereka itu cemburu pada pencapaian blogger pro Kerajaan yang semuanya ada ranking-disukai di alam maya.

    ReplyDelete
  7. Salam

    Bayar apa ke jadah nya, beli laptoppun hutang senQ, sendiri bayar, mana ada UMNO bayar, cuma kesedaran akan penipuan pembangkang yang membuat saya pun blogging, terutama lawan PAS dengan hujah Ilmu Agama.

    Salam

    ReplyDelete