Friday, March 11, 2011

GAGAL BERSAMA HINDRAF ... ANWAR IBRAHIM KINI BERALIH KEPADA PEKIDA !


GWM sudah lama mendengar khabar ini dari kalangan sahabat dalam PEKIDA. Anwar Ibrahim dikatakan mula membuat percaturan dengan menempatkan juak juaknya untuk menagih sokongan dari pertubuhan ini.

Anwar Ibrahim semakin tertekan kerana PERKASA sudah menjadi 'giant killer' bagi meraih sokongan orang Melayu dan pertubuhan tersebut dilihat lebih sinonim dan mesra bersama UMNO.


Percaturan politik perlu dilakukan segera kerana HINDRAF sudah menjadi duri dalam daging dalam meraih sokongan masyarakat India. Dan orang India sudah kembali memberi sokongan kepada BN. Momentum sokongan semakin kuat dan bergerak kencang dalam MIC.

HINDRAF semakin sedar dan mula keluar dari bayangan Anwar Ibrahim! Lelaki 'Y' ini tidak boleh diharap! Sama seperti 'pistol'nya ... Tembak tidak mengikut tempat ... asalkan ada 'lobang sasaran'!



PERKASA semakin mustahil dapat dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kerana beliau sendiri lebih kerap menghentam dan memperlekehkan pertubuhan tersebut. Tinggal PEKIDA sebagai galang ganti untuk meraih sokongan orang Melayu.



Memang benar 'Anugerah Tuhan' ini pernah memperkecilkan PEKIDA dan sering mengaitkan pertubuhan tersebut dengan UMNO. Namun 'Anugerah Tuhan' ini memang licik berpolitik ... selicik 'belut'nya.

Hanya dengan cara ini PEKIDA mungkin dapat membuka lembaran baru Anwar Ibrahim untuk meraih simpati dan undi orang Melayu. Slogan
NEW POLITICS karya agung 'Anugerah Tuhan' ini semakin kerap meniti dibibir orang Melayu sehingga seorang Timbalan Menteri BN tumbang dan tumpas dengan lenggok maut retorik beliau.


Apakah mungkin PEKIDA turut diperkudakan Anwar Ibrahim ... melagakan pertubuhan tersebut dengan PERKASA, demi sokongan dan undi orang Melayu.

Tiada yang mustahil dengan 'Anugerah Tuhan' ini ... kecuali DNA beliau sahaja!


4 comments:

  1. upah dah dapat ke blom??

    ReplyDelete
  2. upah roti canei aje, mane cukup!

    ReplyDelete
  3. Salam Gelombang Wangsa Maju, saya tidak fikir GWM sanggup berfikir dan terpaksa menulis dalam blognya dengan nilainya yang sama rendahnya dengan pemikiran Anwar Al-Juburi yang menganggap PEKIDA adalah sabuah pertubuhan NGO yang boleh dibeli dengan duit haram yang diperolehi dari yahudi dan juga hasil kutipan toci rasuah dari keroni-keroninya semasa dia menjadi TPM dan Menteri Kewangan.

    PEKIDA adalah NGO Melayu yang selama ini tetap berdiri dengan prinsip menabung wang adalah hasil kutipan daripada ahli sendiri yang sekarang berjumlam hampir 150,000 orang diseluruh Malaysia. PEKIDA tidak pernah menyembah-nyembah mana-mana pihak untuk mengisi tabungnya.

    GWM, amatlah diharapkan agar mengenal pasti dahulu siapa dikalangan kepimpinan PEKIDA samada peringkat Pusat, Negeri, Wilayah Persekutuan dan di Daerah-Daerah yang dianggap boleh di pengaruhi barua Anwar atau Anwar Ibrahim sendiri. Jika ada /// sahaja, itu bukan ahli PEKIDA yang sah. Jika ada sila semak I/C dan rujuk keahlian mereka di Ibu Pejabat PEKIDA 04-4233233.

    Dikomen anon jam 10.57pm dan 11.16pm, jangan anggap PEKIDA semurah itu.

    Setiausaha Agong PEKIDA Malaysia
    Sungai Patani, Kedah

    ReplyDelete
  4. SALAM ANON@SETIAUSAHA AGONG PEKIDA MALAYSIA. TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN YANG DIBERIKAN.

    GWM TIDAK SESEKALI MEMANDANG RENDAH PEKIDA NAMUN KHUATIR ADA ANASIR ANWAR IBRAHIM AKAN MULA MENYUSUR MASUK KEDALAM PEKIDA.

    TIDAK MUSTAHIL ... KERANA TIMBALAN MENTERI BN SENDIRI SUDAH SEMAKIN MENAMPAKKAN BELANGNYA.

    WASALAM

    ReplyDelete