Wednesday, March 16, 2011
ANGIN SENGGUGUT KETUA PENERANGAN PAS DATANG LAGI ! ... YOU ALL TAK INTELLIGENT !
Angin senggugut Idris Ahmad kembali lagi! Mungkin geram dengan kegagalan Timbalan Menteri 'Mr Balun Intelligent' mendoktrinasi majoriti pelajar IPT untuk menyebelahi pembangkang, tenaga akademik pula dijadikan sasaran terbaru.
Tidak cukup dengan menyemai budaya membenci dan memberontak di kalangan pelajar, ahli akademik, pentadbir dan professor turut diheret ke kancah pergaduhan sehingga digelar para cendekiawan ini 'primitif UMNO'.
Tenaga pengajar turut digelar 'anjing kerajaan' jika berjaya mengampu untuk kenaikan pangkat walaupun merit akademik sememangnya layak untuk dinaikkan pangkat. Mana mana ahli akademik yang menyebelahi pembangkang dan tidak dinaikkan pangkat dianaktirikan oleh kerajaan.
Mungkin Idris Ahmad geram kerana gagal menjalankan doktrinasi sebagaimana dilakukan di sekolah pondok dan tadika PASTI.
Cukup mudah parti PAS menyeleweng pemikiran anak anak kecil yang tidak berdosa jika dibandingkan dengan golongan dewasa. Diletakkan bendera PAS pada gambar lukisan anak anak ini.
Anak anak dibiasakan memakai headband 'logo keagungan PAS' dan memegang bendera DAP untuk turut sama menyertai ibu bapa di demonstrasi ataupun di pilihanraya kecil ... terpinga pinga anak anak kecil ini!
Dan berbalik kepada isu ahli akademik 'pengampu kerajaan', yang mengajar pelajar berdemonstrasi adalah juak juak PAS sebenarnya. Yang menabur fitnah di IPT juga adalah juak juak PAS.
Janganlah dimomokkan dan disalahkan tenaga akademik jika tidak mendapat sokongan, ahli akademik lebih matang dan cekap berfikir dari pelajar dan Idris Ahmad, yang tampak kurang matang ... walaupun umur sudah matang!
Malah pemikiran ahli ahli akademikjauh lebih matang dari Timbalan Menteri 'Mr Balun Intelligent' Saifuddin Abdullah!
Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je!
Apa balun balun! ... ingat blogger main belakang ke!
Salam, awak boleh cuba pad herba Avail & insyaAllah boleh menghilang/ kurangkan senggugut tanpa makan ubat.Sila rujuk http://www.goavail.com/senggugut
ReplyDelete-ina