Tuesday, February 8, 2011
SULTAN MANA MEMERINTAH KELANTAN ! ... MINTA PAS TOLONG JAWAB !
GWM baru balik dari negeri Serambi Mekah ... ada urusan kerja tiga hari disana. Kata orang tua, sambil menyelam minum air ... sambil buat kerja tetap, GWM ambil gambar panorama di sekitar Kelantan ... kerja blogging kena berjalan seperti biasa.
GWM ucap terima kasih kepada blogger Papa Gomo dan Melayu Cindia yang tolong update blog ini sepeninggalan GWM di perantauan. Awek kelate manis belako!
Sudah hampir empat bulan Sultan Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru. Namun seperti ada yang tidak kena dengan gambaran persekitaran di Kelantan.
Mungkin ini hanyalah pandangan peribadi GWM selama tiga hari berada di Kelantan. Pelik ... kerana sepanjang berada di Kelantan, tidak ada satu outdoor signboard pun yang menyambut pemasyhuran Sultan Faris.
Yang ada cuma ini ...
(Ini hanyalah sebahagian kecil gambar yang GWM ambil semasa berada di Kelantan. Ada banyak lagi ... simpan buat stok! Ini hanyalah gambar paparan disekitar Kota Bharu dan depan Airport!)
Kerajaan Kelantan masih lagi mengekalkan outdoor signboard Sultan Ismail sebagai Sultan Kelantan. Sepanjang jalan di Kota Bharu ke Machang, Tanah Merah dan sebagainya, gambar Tuanku Sultan Ismail Petra tetap megah berdiri!
Apakah kerajaan PAS Kelantan tidak menghormati langsung Sultan Faris sebagai Sultan Kelantan baru yang telah dimasyhurkan? Tiada langsung satu signboard tertera! Atau mungkin kerajaan PAS terlupa untuk mendaulatkan Sultan Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru?
Maklumlah sibuk dengan pilihanraya kecil dan ceramah a.k.a. kutipan derma, sehingga kerajaan PAS Kelantan boleh terlupa untuk memasyhurkan Sultan yang baru.
Yang peliknya, dalam pejabat pejabat kerajaan juga masih lagi mengekalkan gambar Sultan Ismail Petra dan Permaisuri. Seolah olah menunjukkan baginda masih lagi Sultan Kelantan yang sah!
Perkara remeh mungkin ...
GWM : Apa sebenarnya permainan kerajaan PAS Kelantan! ...
Aku tetap dengan baginda Tuanku Sultan Ismail Petra. Sultan Kelantan yang Sah.
ReplyDelete@Papa Gomo melaung macam anjing daulat tuanku. tp pasal kelantan lain pulak perangai papa gomo. sultan yang sah tak disokong. yang mantan sultan pula yg disokong. ada agenda BN mungkin.
ReplyDelete