Monday, February 14, 2011
PANAS ! ... NIK AZIZ RACIST ! ... ORANG ASLI JAKUN TUNTUT MOHON MAAF !
Keceluparan mulut Nik Aziz memang hebat dan tiada tandingan. Dan akibat dari keceluparan mulutnya orang asli Jakun menuntut Ularmak Besar PAS ini memohon maaf secara terbuka.
GWM difahamkan mulut 'super celupar' Nik Aziz semakin tidak terkawal hanya kerana marah dengan tindakan pihak tertentu yang memburukkan parti PAS.
Akibat amarah, Nik Aziz menggelar kelompok tersebut sebagai 'Jakun'! Apa yang menjadi persoalan, mengapa nama kaum orang asli yang dijadikan sasaran Nik Aziz.
Apakah beliau takut akan kehilangan undi jika sekiranya mulut 'super celupar'nya menyebut ... Melayu Bodoh! Cina Tongsan! atau India Pariah!
Mungkin juga kerana orang asli adalah kaum paling minoriti di Malaysia, maka lebih afdal dan senang memperlekehkan orang asli.
Paling menyedihkan, Nik Aziz tidak pernah tahu wujudnya suku kaum 'Jakun' di negara ini ...
GWM tidak faham! ... setakat manakah pendidikan sebenar Nik Aziz sehingga dimasyhurkan dan bergelar Menteri Besar Kelantan. Mustahil di zaman persekolahan beliau tidak pernah diajar mengenai subjek Pengajian Sejarah?
GWM cukup bersetuju dengan saranan Kementerian Pendidikan agar subjek Sejarah wajib dijadikan subjek bukan hanya untuk lulus SPM, malah sepatutnya lebih dari itu.
Jika tidak, lebih ramai lagi pemimpin pembangkang akan semakin celupar dan memperlekehkan orang asli di Malaysia.
Sebelum terlupa, sudahkah kerajaan Islam PAS Kelantan menyelesaikan masalah rampasan tanah orang asli di Gua Musang ...
GWM : Sudahlah merampas tanah orang asli ... diperlekehkan pula keturunan orang asli!
PENIPU PEMBELIT SESAT LAGI MENYESATKAN
ReplyDelete