Tuesday, February 22, 2011
PANAS ! ... ABDULLAH SA'AMAH GELAR NIK AZIZ 'SEMI FINALIST' MUNAFIK !
Tak kiralah apa sekalipun konotasi dan definasi 'bermuka muka' ... kerana sudah sememangnya maksud tersiratnya adalah munafiq.
Yang jelas, Abdullah Sa'amah pelik dengan sikap dan perangai Nik Aziz yang tidak kenal erti menyesal dan menghina orang Melayu.
"Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba hari ini keluar kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.
Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.
"Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar," katanya.
Katanya, sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.
"Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan? Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.
"Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal," katanya.
Pada masa sama, beliau yang juga ahli Pas yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sekiranya memerintah kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.
"Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP," katanya
sumber / pautan : UTUSAN MALAYSIA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
NIK AZIZ sudah lama hilang pertimbangan dan kewarasan politik dalam perjuanghan politik PAS, tetapi sayang golongan cerdik pandai dalam PAS sendiri tidak dapat mengesaninya...... Dalam PAS ada ulama hebat dan ada golongan profesional tetapi mereka berdiam diri seolah2 dipukau dgn. karenah Nik Aziz.
ReplyDeleteKalau hendak mencari Islam sebenar, carilah di masjid2 atau di surau2 tetapi bukan mencari dalam sebuah parti yang menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi politik....akibatnya Islam dan bangsa turut bercelaru kerana pemimpinnya bercelaru dalam pemikirannya,saranan2nya dan tindak-tanduknya.Carilah pemimpin yang berkarisma, bertokoh dan pemimipin yang boleh membawa ummah ke jalan dunia dan akhirat,bukannya pemimipn yang suka menggunakan perkataan ' celako', ' binate ' dll. yang kesat kepada pihak yang tak disenanginya.....Terima kasih.
dah tok guru pondok pon kecek gini, nak hujah apa lagi..........
ReplyDelete