Tuesday, January 4, 2011

TIDAK CUKUP DENGAN GELARAN ZINA & LALAT ... PAS MAHUKAN GELARAN 'SI TANGGANG' JUGA !


Selama ini GWM hanya ingat PDRM dan JPJ sahaja yang memulakan program Ops Sikap, Ops Bantu dan sebagainya.

PAS yang terpengaruh dengan program pihak berwajib, turut meniru dan menggunapakai konsep tersebut untuk mengasilkan satu program yang dikenali sebagai Ops Gerhana.

Cuma ... program yang dihasilkan oleh pihak berwajib bertujuan memberi kesedaran berkenaan undang undang, peraturan dan panduan berhemah ketika dijalanraya kepada rakyat.


Yang ini lain pula ... Ops Gerhana adalah program jelmaan perancangan sulit juak juak PAS ini lebih bertujuan untuk menjahanamkan pemimpin pemimpin dalam parti tersebut yang dikira sudah mencapai tahap maksimum 'expiry date'!

Gerakan saraf sulit dan kempen halus ini sudah mengorak langkah mencatur pemimpin pemimpin masa hadapan yang kononnya lebih moden dan professional.


YB Zulkifli Nordin menggelarkan puak puak ini sebagai Kaum Si Tanggang. GWM menggelarkan juak juak ini sebagai Erdogan.

Pemimpin pemimpin berjubah wajib dihapuskira (write off) kerana Putrajaya tidak layak diduduki oleh kaum yang berserban, berjubah satu warna, berjanggut masai, memakai wangian minyak attar dan segala macam benda yang melambangkan sifat kekampungan dan kuno PAS.



Mana ada standard ... PAS perlu melalui proses 'rebranding' dan 'revitalisation'. Pemimpin PAS yang sudah meniti senja akan dipancung sewaktu Muktamar PAS 2011 kelak.

Putrajaya hanya layak dinaungi oleh the so called ulama tanpa serban dan berkopiah, memakai kot, bertali leher, perfume YSL dan Hugo Boss, berkasut jenama Alain Delon dan Stuart Weiszman, bermisai dan berjanggut ala si Peliwat Tegar.


Modus operandi dan wahid perjuangan kaum Erdogan ini hanyalah satu ... untuk menabalkan pemimpin yang bergelar Anugerah Tuhan sebagai Perdana Menteri. Manusia yang bergelar Anugerah Tuhan ini semakin beraja dimata, bersultan dihati.

Riwayat kepimpinan golongan ulama dalam PAS akan berkubur ... Nik Aziz, Haji Hadi dan segala kaum yang bersekutu dengannnya sudah boleh menyimpan serban dan jubah dalam gerobok usang.


Mungkin itu juga adalah intipati pertemuan di antara Datuk Seri Najib dan Nik Aziz yang disaksikan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan pada 24 Disember 2010.


GWM : Padanlah blogger blogger pencacai PAS berperang sesama sendiri ... seronok juga membaca caci maki hamun pejuang pejuang the so called Islamic ini. Kaum Si Tanggang rupanya ...

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mp-zul-noordin-ops-gerhana-mahu-tukar-kepimpinan-pas/


1 comment:

  1. anugerah TUHAN.. bukan anugerah dari ALLAH..
    sape TUHAN anuwar & jijah???
    KUASA & DOSA!!
    depan belakang bini orang anak orang laki orang bebudak.. semua dia ANUwar SEBAT!!
    AMK pown bEKAS2 FANATIK MAIN BELAKANG!!!

    ReplyDelete