Saturday, January 1, 2011

HUSH! ... BIAR BETUL ... P KALAMANATHAN ADAKAN TAZKIRAH KHAS UNTUK KHALID SAMAD DAN TEO NIE CHENG !


GWM tersandar dalam terkejut ... betul atau tidak kenyataan dari P Kalamanathan ini. Rasanya perlu GWM membongkar cerita disebalik keberanian P Kalamanathan mahu memberi tazkirah secara percuma kepada Khalid Samad dan Teo Nie Cheng!

Tidak sampai selang beberapa hari isu Teo Nie Cheng 'bersenamjoget' di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, P Kalamanathan mengambil langkah berani untuk memberi tazkirah percuma kepada ahli Parlimen Serdang ini.

Memandangkan sudah hampir 30 tahun menetap di Malaysia dan PAS nyata gagal memberi tunjuk ajar sebaik mungkin mengenai Islam, P Kalamanathan tampil memberi tazkirah pertama kepada rakan politik bukan Islam.

PERTEMUAN DENGAN TEO NIE CHING

Tazkirah pertama kepada Teo Nie Cheng adalah mengenai halal dan haram dalam Islam. Beliau menyeru Teo Nie Cheng untuk mengenali perbuatan, tingkah laku dan adab berpakaian apabila berada di rumah suci umat Islam.


Dalam pada masa yang sama beliau sempat mengingatkan Teo Nie Cheng agar lebih memahami budaya dan adat orang Melayu serta sensitiviti umat Islam.

Teo Nie Cheng kelihatan terpinga pinga memikirkan bagaimana rakan politik bukan Islamnya lebih memahami Islam berbanding dengan kuda tunggangannya dalam parti PAS.

Nyata jangkaan Teo Nie Cheng amat meleset terhadap rakan politiknya dalam BN ... Beliau tertunduk malu kerana menyangka beliau lebih hebat dari ahli ahli politik bukan Islam yang lain.

BERTEMU SAHABAT LAMA

P Kalamanthan terpaksa bergegas untuk menemui rakan dan sahabat beliau dalam parti PAS, Khalid 'Al Gereja' Samad ...

Dan kedatangan P Kalamanathan sebenarnya bukanlah untuk menyampaikan tazkirah. Ianya lebih kepada menasihati rakan politik yang sudah jauh terpesong dari ajaran Islam.


P Kalamanathan tidak menunggu lama. Dipegangnya kedua dua tangan Khalid 'Al Gereja' Samad sambil menegur perbuatan rakan politiknya itu yang sanggup memfitnah beliau sewaktu bulan puasa di Felda Sungai Tinggi.


Khalid 'Al Gereja' Samad tertunduk malu ... berlinangan air mata di pipinya tanda sesal yang tak sudah.

Khalid 'Al Gereja' Samad terpaksa menerangkan keadaan yang sebenarnya. Beliau bukannya marah kepada P Kalamanathan, cuma ... cuma beliau kesal dan geram dengan JAIS. Beliau kesal kerana tidak mampu untuk menabur fitnah kepada JAIS.


Sekali lagi, Khalid 'Al Gereja' Samad tidak mampu menjawab persoalan di atas. Beliau hanya mampu meminta maaf berulangkali sambil menetiskan air mata dan memeluk erat P Kalamanathan.

P Kalamanathan resah ... rimas ... dan risau ... Takut di salah anggap mempunyai hubungan sejenis dengan Khalid 'Al Gereja' Samad. Terpaksa beliau menepis pelukan Khalid 'Al Gereja' Samad.

P Kalamanathan tidak sanggup membayangkan dengan betapa gelinya beliau dengan seorang manusia yang bergelar 'Anugerah Tuhan' ... Terlintas difikirannya.

"Itu bukan Anugerah Tuhan ... tetapi ANU GAH MACAM TUHAN" ... geli geleman P Kalamanathan membayangkan wajah manusia tersebut ... menggeletik badannya.

TAZKIRAH HEBAT SEDANG MENUNGGU DI HADAPAN

P Kalamanathan terpaksa mengundurkan diri sepantas yang mungkin. Beliau telah memaafkan segala kesalahan Khalid 'Al Gereja' Samad. Cuma beliau mahu Khalid 'Al Samad' berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk tersebut.

Khalid "Al Gereja' Samad mengesat ngesat airmata dan mahu P Kalamanathan minum dahulu secangkir kopi bersamanya di kedai mamak berdekatan.

"Lain kali sahabat ... kita bertemu lagi" jawab P Kalamanathan. "Kamal Alan Nathan ... mahu kemana ente" sapa Khalid ' Al Gereja' Samad.

"Ana ada satu lagi tazkirah untuk disampaikan" ulas P Kamalanathan. "Siapa ente ... siapa ... tolong beritahu ana" tanya Khalid 'Al Gereja' Samad.

"Mursidul Am PAS ... Mursidul ente ... ana perlu memberi tazkirah kepadanya juga" jawab P Kamalanathan dengan bersahaja..

Khalid 'Al Gereja' tergamam ... sekali lagi beliau menangis dan menghalang sahabatnya dari berjumpa dengan Nik Aziz.


"Dia bukan tandingan ente ... tinggi ilmunya ente" pekik Khalid 'Al Gereja' Samad.

P Kamalanathan sempat menoleh kebelakang seraya berkata "Have faith in me, my dear friend ... belum cuba belum tau!"

Lagi kuat raungan dan tangisan Khalid 'Al Gereja' Samad ...

GWM : Sila lihat akhbar Sinar Harian hari ini, ruangan Wawancara, muka surat 23 ... he he he!

sumber:
SINAR HARIAN, 1 Januari 2011

2 comments:

  1. gaya bahasa dan penceritaan yang menarik!! hahahaha.. kalau debat... nik aziz pon kecut dengan ostaz kamal!!!

    ReplyDelete