Thursday, January 6, 2011

DAP ... THE REAL RACIST, CHAUVINIST, ANTI MALAY PARTY!


GWM rasa sudah tiba masanya rakyat secara serius membuka mata seluas luasnya dengan tindakan perkauman parti DAP.


Bagaimana seorang pemimpin Cina DAP Ng Wei Aik boleh menghamburkan ayat 'Tutup Kedai, Balik India' dengan sewenang wenangnya, jika beliau sekiranya tidak bersikap perkauman.


Paling mendukacitakan adalah tindakan biadab Ng Wei Aik 'mengepak' tangan pekerja Syed Kassali Mohamed.


Semuanya bermula dari tahun 1986, DAP telah memulakan rancangan merampas Pulau Pinang dengan menabur perasaan anti-Melayu dengan slogan 'Gerakan adalah boneka UMNO'.

Rancangan Tanjong I, Tanjong II dan Tanjong III yang memaparkan Lim sebagai ‘Robocop’ (Pejuang Menghancurkan Ketidakadilan) yang disusun rapi selama ini telah membuahkan hasil dengan kejayaan DAP merampas Pulau Pinang pada PRU 12 yang lalu.

DAP jugalah perancang strategik belakang tabir apabila Suqiu, Jiao Zong dan Dong Zong (terdiri dari 13 NGO Cina) mengemukakan 17 tuntutan pada Ogos 2000, yang sememangnya sealiran dengan DAP ‘Malaysian, Malaysia’.

DAP menggerakkan tuntutan Jiao Zong (Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina) dan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) yang menolak mentah mentah Sekolah Wawasan dan masih berdegil dengan konsep 'vernacular'.

Pertubuhan ini yang tetap angkuh dan sombong dengan sekolah sekolah Jenis Kebangsaan Cina, langsung tidak membantu ke arah perpaduan nasional yang hakiki. Ini merupakan kemenangan moral buat DAP.


DAP juga dibalik tadbir 83 tuntutan Suqiu (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan Persatuan Cina Malaysia) yang tidak munasabah.

Pertubuhan inilah yang telah mendesak Kerajaan untuk menghapuskan sistem kuota untuk kemasukan universiti, mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara bumiputra dan bukan bumiputera dalam semua bidang baik ekonomi mahupun politik, menghapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan gantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

Bagaimana pula dengan sikap sebenar pemimpin DAP ...

Mulut celupar Lim Kit Siang menggelarkan Tun Dr. Mahathir sebagai 'Rasis no. 1 Malaysia' semasa memberi ucapan di jamuam makan malam DAP Segambut pada 25 September 2010 ... hanya kerana Tun Dr Mahathir berkata orang Melayu akan hilang kuasa sekiranya UMNO tidak berkuasa.

Jika Tun Dr Mahathir digelar 'Rasis No. 1' ... maka GWM menyifatkan Lim Kit Siang adalah 'Racist Grand Master'!


Perjuangan rasis pemimpin DAP disambung oleh Teresa Kok dengan kes tahanan wanita yang dikerah berbogel pada November 2005 adalah warga Cina. Setelah siasatan dijalankan, Teresa Kok didapati membuat dakwaan palsu dan wanita tersebut adalah orang Melayu. DAP membisu dan melepaskan tangan hanya kerana tahanan tersebut orang Melayu.


Pengusiran kaum India dari Kampung Buah Pala contoh terbaik bagaimana rakyat sepatutnya sudah mampu menilai sikap ultra rasis DAP.

Rasanya wajar jika Utusan Malaysia menyambut cabaran Tony Puah. Mungkin kejadian yang menimpa Syed Kassali boleh dijadikan sandaran justifikasi betapa benarnya sikap perkauman dan chauvinist DAP.



Tak begitu Mat Sabu ...




GWM : Harap rakyat mula sedar, orang Melayu dalam PAS dan PKR masih tidak sedar diri lagi ...

No comments:

Post a Comment