Thursday, November 25, 2010

GLOBAL CORRUPTION BAROMETER SURVEY … ANWAR DAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PERLU BUANG KERAKYATAN !

Pemimpin Pakatan Rakyat patut malu dengan fitnah dan tohmah yang dilemparkan kepada kerajaan dibawah pimpinan Barisan Nasional. Media pembangkang yang turut menjaja isu rasuah kronik dan kritikal kerajaan memerintah sepatutnya menilai kembali moral dan integriti mereka.


Dan terutamanya Anwar Ibrahim, yang baru kembali dari Jelajah Australia sibuk mencari sokongan dan mengalih perhatian kemelut isu peribadinya. Anwar Ibrahim dan juga pemimpin Pakatan Rakyat begitu memuji Indonesia yang dikatakan sebagai sebuah negara paling demokratik dan bersih dari rasuah jika dibandingkan dengan Malaysia.


Kenyataan beliau dalam The Australian jelas menghina Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam progresif. Anwar Ibrahim lebih senang mengatakan Malaysia adalah negara yang cukup sarat dan kronik dengan isu rasuah. Anwar Ibrahim sepatutnya malu dengan fitnah dan tohmah yang dilemparkan kepada kerajaan.

Pendedahan Transparency International (TI) melalui kajian Global Corruption Barometer Survey 2009 meletakkan kedudukan Malaysia lebih baik dari negara negara jiran merupakan tamparan hebat kepada para pemimpin Pakatan Rakyat.



Kajian tersebut mendedahkan Indonesia sebagai salah sebuah negara paling korup di Asia, jika dibandingkan dengan Malaysia. Malah Singapura yang dianggap sifar rasuah, juga tidak terlepas dengan gelaran negara paling teruk mengamalkan rasuah dalam perniagaan dan sektor swasta.



Kajian turut mendapati Malaysia berada pada kedudukan sebagai sebuah negara paling kurang mengamalkan rasuah bersama Thailand. Indonesia yang disanjung tinggi oleh Anwar Ibrahim sebagai sekutu, berada pada kedudukan negara yang paling teruk dilanda isu rasuah.

Apakah justifikasi Anwar Ibrahim mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling korup dan berdasarkan data dan bukti manakah yang beliau sandarkan.


Jika suatu tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, Pakatan Rakyat pasti menggunakan nama Transparency International sebagai sandaran untuk menjatuhkan hukum. Namun, apakah benar dakwaan ini.

Yang jelas, kajian terperinci ini menunjukkan sebaliknya. Apakah tidak mungkin Pakatan Rakyat akan menuduh kerajaan Malaysia membayar sejumlah wang untuk menyogok Tranparency International bagi memutarbelitkan fakta. Tidak ada yang mustahil bagi parti parti pembangkang yang bernaung dibawah Pakatan Rakyat.

Dan tidak mustahil juga kajian ini akan dipertikai sebagai berat sebelah kerana tidak mengikut kehendak dan telunjuk pembangkang. Siapa Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang mahu mempertikai kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International.

Anwar Ibrahim sepatutnya melihat persepsi rakyat terhadap PKR yang dipenuhi dengan isu kronisme dan nepotisme. Bagaimana pula dengan laporan penipuan dalam pemilihan parti itu. Dan jika Anwar Ibrahim masih berdegil, maka eloklah beliau dan mereka yang berada didalam Pakatan Rakyat membuang kerakyatan Malaysia.


Pemimpin Pakatan Rakyat patut malu dengan fitnah dan tohmah yang dilemparkan Lebih bagus jika sekiranya Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang berhijrah dan mendapatkan kerakyatan Indonesia. Indonesia adalah negara sekutu puak pembangkang. Paling tidak, berhijrah ke Singapura yang dikenali sebagai negara sifar rasuah, walhal sektor swasta dan perniagaan di negara tersebut dipenuhi dengan amalan rasuah yang kronik.

Sumber / pautan:
TRANSPARENCY INTERNATIONAL : GLOBAL CORRUPTION BAROMETER SURVEY 2009

MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

  1. Anwar ni pandai main hentam je .. Jubor pun dia hentam juga.

    ReplyDelete
  2. Begini lah kita nak kata Anwar dan PR.

    Katalah mereka membuat kempen yang Malaysia sebenar benarnya adalah negara 4 musim yang cuacanya seperti England. Keaadaan Malaysia sebagai negara tropika adalah salah.

    Maka juak juak PKR ni pada masa ni berebut rebut memakai baju tebal untuk membuktikan yang kita adalah negara yang bercuaca seperti England. Berpeluh peluh sampai naik kurap. Yang naik bas yang jalan kaki.

    Begitu la Anwar.

    Orang kata: Orang yang menongkah arus

    Dia fikir orang Australia tu adalah orang asli Ostolia yang tak baca buku macam dia.

    Mungkin dengan telefon bimbit yang canggih mereka boleh mendapatkan maklumat segera dari database Ostolia sebagai rujukan.

    Maka dengan itu jadilah Anwar semacam badut depan mata mereka dimana segala perbelanjaan jamuan di tanggung oleh Anwar (Ntah mana dia kerok duit untuk membawa fitnah yang di buat di hari mulia Hari Raya Korban).

    Mungkin ahli parlimen ostolia tergelak terguling guling mabuk free selepas Anwar meninggalkan majlis.

    Benda terang terang putih Anwar nak juga kata hitam.

    ReplyDelete
  3. Salam GWM.
    Blog sdra sentiasa dlm bloglist saya sblm blog saya kena hijack minngu sudah.

    Mohon link ke blog sdra.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Dan tidak mustahil juga kajian ini akan dipertikai sebagai berat sebelah kerana tidak mengikut kehendak dan telunjuk pembangkang. Siapa Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang mahu mempertikai kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International.
    mattress protector with plastic lining
    small double extra deep fitted sheet

    ReplyDelete