Wednesday, November 24, 2010

BLOGGERS PKR KINI MENGHENTAM DAN MELIWAT ANWAR !


TINDAKAN KELUAR PARTI BUKANLAH SATU KEPUTUSAN YANG BIJAK, NAMUN DEMI PERJUANGAN CMK RELA BEBASKAN DIRI JIKA ITU SUDAH TAKDIRNYA

”Selama ini CMK mempertahankan Keadilan atas alasan parti itu lebih baik dari UMNO. Berbagai hujah dan alasan diberikan untuk menolak hujah pihak lawan yang mempertikaikan perjuangan Keadilan. Namun, apalah guna untuk berpura-pura buat selamanya.”

“Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu”.

”Kata orang "jika tiada angin masakan pokok bergoyang". Namun, mungkin ada yang tidak dapat menerima kenyataan ini dan sanggup biarkan ia berlaku didepan mata. Namun, ia tidak mungkin bagi CMK. Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat.”



PEMILIHAN 2010 TIDAK BERSIH !! (WAJIB BACA !!)

“Di sini saya mengambil pemilihan Cabang Gombak sebagai contoh, iaitu salah satu kubu kuat bakal timbalan presiden PKR. Cabang Gombak yang mempunyai keahlian sekitar 7 ribu. Semalam, dari jumlah keahlian 7 ribu, jumlah yang keluar mengundi bagi Cabang Gombak hanyalah 284 undi sahaja. Apakah gombak dilanda banjir besar ?”

“Saya mengambil langkah di atas tanggungjawab saya sendiri, untuk memaparkan laporan yang dikemukakan oleh Chegubard untuk perhatian kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat pada 18 November lalu, setelah JPP dan biro bertanggungjawab tidak menghiraukan bantahan dan laporan sebelum ini.”

Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan proses pengundian Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara diatas dirujuk.

Pertama sekali laporan ini ditulis dalam kebimbangan semua saksi yang didedahkan dalam laporan ini terbuka untuk ugutan, malah kebanyakan saksi tidak berapa selesa untuk tampil kerana tidak mahu menimbulkan masalah pada diri.

Berikut ialah antara kepincangan yang muncul
1. Tarikh tutup pendaftaran/pertukaran anggota sudah diputuskan ada pertukaran selepas tarikh yang dibenarkan.

Merujuk aduan Saufi Mi'ad (bekas Pemangku Ketua AMK Teluk Kemang) mengenai pertukaran keanggotaan Ramlan Roes yang dibuat selepas tarikh yang dibenarkan. Pertukaran ini dibuat dan secara sengaja disedari selepas tarikh dibenarkan untuk membolehkan Ramlan bertanding Ketua AMK Teluk Kemang dengan menyokong Kamarul Baharin, Pengerusi Perhubungan Teluk Kemang yang bertanding Ketua Cabang Teluk Kemang


1. JPP disengajakan tidak cukup kakitangan ?
Alasan aduan tidak dilayan ialah JPP tidak cukup kakitangan. Saya menjadi pelik bagaimana ini boleh dijadikan alasan. Atau sengaja tidak cukup kakitangan supaya boleh menutup kelemahan. Dari peringkat awal Rembau telah menghantar 4 calon untuk membantu JPP namun semua ditolak


2. Pencalonan ditukar
Merujuk surat pengaduan rasmi yang dibuat oleh Zulkifli Ibrahim selaku penyelaras kempen saya yang mengadu mengenai kegiatan menukar pencalonan. Contohnya Tampin, memang sahih mensyuarat mencalonkan cheGuBard dan Chang Lih Kang sebagai calon Ketua dan Timbalan ketua AMK. Namun apabila muncul di database parti ia meletakkan nama Shamsul dan Khairul Anuar. Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi.


3. Buku daftar mengundi catat kurang dari jumlah Undi dalam peti undi
Perkara ini berlaku di beberapa tempat malah ada yang disenyapkan. Kebetulan di Kubang Pasu kami ada PACA maka kami berjaya 'menangkap' buku kehadiran yang hanya melaporkan kehadiran sekitar lebih kurang 70 orang sebaliknya kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak


4. Jumlah datang mengundi meragukan
Mendapat sms dari no. 0105895379 yang merupakan anggota KEADILAN setempat, beliau menyatakan tahu penipuan berlaku di mana pengundi yang hadir di Cabang Sandakan dan Libaran yang mana beliau sendiri melihat tiap cabang yang hadir paling tinggi hanya sekitar 200 orang itupun melibatkan 'pengundi hantu'. Beliau menamakan oleh En. Mustafa Osman, Ketua Penerangan Libaran sebagai terlibat.


5. Keputusan undi yang pelik
Jumlah undi yang tertera dalam laman web parti sendiri tidak konsisten. Ada nombor yang berubah ditengah-tengah minggu. Ada nombor yang menunjukkan undi mengurang. Adakah proses pengundian boleh dikira dengan cara 'negatif'.

Nurin Aina (no hp. 0127616421) Calon Exco wanita melaporkan punya bukti bagaimana jumlah undi boleh dilaporkan secara salah oleh JPP.


6. Keselamatan proses pengundian lemah yang memungkinkan penipuan
Di Tuaran laporan saudara Bobby (PACA di Tuaran) sebanyak 30 kertas undi tidak punya cop dibantah tetapi tidak dikira rosak atau batal sebaliknya dikira sebagai sah


7. Campur tangan serius DSAI
Dr Jurin (no hp : 0195313585) melaporkan bahawa Ketua Cabang Kota Marudu memaklumkan bahawa beliau telh dihubungi oleh DSAI sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkan menolak calon tertentu. Di Cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP dari AJK cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung


8. Di cabang beluran Ketua AMK Beluran melaporkan Pusat Pengundian ditutup pada jam 3.30 ptg menyebabkan lebih dari 10 anggota AMK yang dibawa tiba jam 3.55 ptg gagal mengundi


9. Jumlah kertas undi yang dihantar ke Cabang juga pelik. Di Pendang ada pengundi tak dapat mengundi kerana kertas undi tidak cukuptetapi di Cabang Batu Sapi, Libaran dan beberapa cabang yang tiba – tiba mencatatkan kehadiran tinggi kertas undi terlebih cukup. Menurut maklumat JPP kertas undi disediakan hanya sekitar 20 % - 30 % dari jumlah pengundi tetapi di tempat yang jumlah undi pelik kertas undi tersedia lebih dari 50 %. Mana JPP tahu yang orang akan datang mengundi lebih ? Bagaimana dengan hak pengundi di Pendang yang dinafikan hak mengundi.



AKTIVIS REFORMASI: PUCUK PIMPINAN PARTI PUNCA KEMELUT PEMILIHAN PKR

“Aktivis Reformasi kecewa apabila melihat pucuk pimpinan lebih mementingkan jawatan dan pangkat serta kedudukan selesa di sisi Anwar Ibrahim daripada mengambil peduli rintihan serta keluhan anggota bawahan. Semua permasalahan yang dibangkitkan oleh anggota bawahan dianggap remeh dan tidak penting. Pimpinan parti tidak bersungguh-sungguh untuk menangani permasalahan yang dibangkitkan. Semua permasalahan tidak diselesaikan secara tuntas dan bertanggungjawab; hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan sampah disapu masuk bawah karpet, asalkan tidak menjejaskan kedudukan pemimpin tinggi parti.”

“Aktivis Reformasi mengetengahkan sebahagian dari permasalahan yang diketahui umum tetapi tidak ditangani oleh JPP dan pimpinan parti. Aktivis Reformasi juga sangat yakin bahawa tidak ada pasukan pemantau yang mengesahkan setiap proses pemilihan telah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kalau ada, di mana dan apakah status laporan-laporan tersebut?”




KEPUNDEKAN MELAYU DALAM PARTY MAJORITY MELAYU

“Anwar dan keluarga dia yang berkampung kat dalam PKR tu tahu kehendak anak muda khususnya, rakyat amnya tentang kebebasan memilih. Dan jaminan ketelusan dalam memilih. Tapi, bila Allah uji untuk tahap parti sendiri, pun gagal. Sepanjang Wan Azizah Presiden, dan sepanjang Anwar yang berbuih2 mulut cerita bab kejujuran pemilihan, mana dia contoh dan model dalam pemilihan sekecil party? Mana dia penggunaan dakwat kekal?”

“Jika 2 tahun lepas rakyat masih lagi memasang angan-angan untuk melihat perubahan dan yakin pada Anwar Ibrahim, sekarang semuanya entah ke mana. Nampaknya mereka semua sudah menolak "politik harapan".

Anwar Ibrahim contohnya. Dari dulu sampai sekarang cakap pasal "reform". Nak reform itu dan ini tapi pada hakikatnya parti sendiri pun dia gagal nak reform. Berbagai masalah ditambah pula dengan gelagat pimpinan dan golongan elitis dan berkepentingan di dalam parti tersebut.”

GWM rasa tak perlu lagi menambah beberapa blog blog PKR yang sudah berpatah arang dengan parti mereka. Jika dahulu bloggers PKR sanggup menjilat dan diliwat berkali kali Anwar Ibrahim kononnya atas dasar demokrasi, kini bloggers ini pula menyumpah seranah Anwar Ibrahim.

GWM merasakan bloggers PKR ini mempunyai akal pendek dan pra matang kerana telah teruk otak mereka diliwat dan di’brainwashed’ oleh Anwar Ibrahim. Agak malang kerana bloggers PKR tidak pernah mengkaji perjalanan politik de facto leader PKR ini sewaktu di dalam UMNO.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada PKR adalah sama sahaja semasa beliau di dalam UMNO … politik masuk bakul angkat sendiri, politik ABIM. Tidak ada hebatnya Anwar Ibrahim kerana beliau pun bukannya seorang yang cerdik. Jika cerdik, tidak mungkin perkara sebegini berlaku di dalam PKR.

Namun yang lebih bodoh adalah bloggers PKR yang masih lagi menaruh harapan kepada Anwar Ibrahim dan Parti Anak Beranak ini.


Sumber / pautan:
BLOG CUCUMATKILAU
BLOG EDYESDOTCOM
BLOG KASIPECAHLA
BLOG REFORMIS JALANAN



MELAYU ATAS PAGAR

No comments:

Post a Comment