Saturday, November 27, 2010

BLOGGERS ‘FIRAUN KECIL’


GWM ingatkan hanya di dalam politik tanahair sahaja yang mempunyai ‘Firaun Kecil’. Mengenang kembali peristiwa bagaimana YB Zulkifli Noordin melabel musuh dalam selimut bekas parti beliau, PKR.

Firasat Zulkifli Noordin memang tepat mengenai kewujudan golongan ini yang mendesak ke arah memenuhi agenda mereka yang hampir berjaya. Agenda ‘Firaun Kecil’ ini makin jelas dan semakin berani.

Biarlah, kerana ianya hanya melibatkan politik semata mata. Sudah menjadi norma dalam politik, hari ini kawan, esok musuh, tulat akan kembali menjadi sahabat dan seterusnya.



Telahan GWM makin menjadi nyata ... dalam kelompok bloggers pro kerajaan juga sudah wujud ’Firaun Kecil’ ini. Ramai bloggers juga sudah nampak tingkah laku ’Firaun Kecil’ ini namun tetap mendiamkan diri. Takut nanti jadi bahan ’penyedap makanan’ pembangkang, sahabat akan menjaga aib sahabat.

Tetapi jika cacing sudah naik ke mata, apa perlu lagi didiamkan perkara ini. Kelak akan jadi virus yang tidak ada penawar lagi!

GWM tak peduli ... perlu berterus terang walaupun secara tersirat! elite tak elite! Persetankan dengan rating dan blog hits yang ada. Lagipun ... GWM hanya blogger nyamuk, tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung. Nyamuk jika dibiarkan lama kelamaan boleh menyebabkan kematian juga ... nyamuk aedes! Contohnya!


Bloggers ’Firaun Kecil’ ini suka menyangak dan menyamun ... aka Penyangak bin Penyamun! Mereka bergerak secara berkumpulan. Lebih dikenali sebagai bloggers elite! Bukan sebarangan bloggers yang mampu duduk semeja dengan mereka. Hanya yang ada title rating tertinggi, blog hits mencecah langit, dan followers yang begitu ramai … seramai penduduk di Malaysia.

Bloggers nyamuk … jangan harap dapat duduk semeja. Nak berborak pun mungkin dipandang atas bawah terlebih dahulu. Elite lah katakan!

Pemimpin yang sarat koceknya adalah sasaran utama. Inilah visi dan misi kelompok terhebat ini. Mana mana isu dan kelemahan peribadi pemimpin yang boleh di’spark’, kesemua mereka akan memainkan isu tersebut serentak, sehingga pemimpin ini panas juburnya ... menggelegak otaknya!

Selagi pemimpin tersebut tidak membuat ’panggilan emas’ ... selagi itulah isu peribadi dan kelemahan pemimpin tersebut akan dimainkan di dalam blog ... nonstop! Pemimpin tersebut perlu sujud kepada ’Firaun Kecil’ ini.


Selesai sahaja 'jual beli’ di antara pemimpin dan ’Firaun Kecil’ ini, lantas timbul artikel menyentuh segala jasa dan kebaikan yang pernah dilakukan oleh pemimpin tersebut ... terhapus segala dosa, timbul pahala! Mak aih! ... macam malaikat.

Modus operandi ’Firaun Kecil’ ini juga berubah mengikut situasi dan kesesuaian. Mana mana pemimpin yang mahu menjatuhkan pemimpin lain akan menggunakan khidmat professional mereka untuk meyerang peribadi lawan ... bloggers for hire!

Seperti situasi berikut ... pemimpin A mahu mejahanamkan kredibiliti pemimpin B, calling ’Firaun Kecil’ for hire, upah di terima ... masyuk ... barulah menyerang di dalam blog. Pemimpin B tersentak, calling back the same ’Firaun Kecil’, upah di terima … masyuk … hentam balik pemimpin A. Makan tak habis kedua dua belah, sama seperti pepatah Inggeris ... kill two birds with one stone. Sana masyuk ... sini pun masyuk!

’Firaun Kecil’ ini juga mahukan bloggers nyamuk untuk mengikut telunjuk mereka. Oleh kerana sudah terlalu lama dalam dunia blogging, maka lebih afdal arahan mereka diikuti ... macam Firman dan Sabda! Otai lah katakan ... jangan lawan cakap mereka.



Bloggers nyamuk yang mencari nama akan berada dibawah pengawasan dan seliaan mereka. Jika lulus ‘ujian’ ... Alhamdulillah ... you are most welcome! Mana mana bloggers nyamuk yang dirasakan tidak perlu berada di dalam kelompok ini, blog blog mereka akan di’remove’ atas alasan menjadi pencacai individu atau mana mana pemimpin yang bukan dibawah ’golden list’ mereka. Wallahuwa’lam... list beli barang di pasar kot!

Yang sebenarnya, bloggers bloggers nyamuk ini membuat kerja atas dasar parti. Apabila kerja dilakukan atas nama parti … suka atau tidak pemimpin perlu dipertahankan dari serangan pembangkang.

GWM tidak menafikan ada pemimpin kita yang perlu ditendang keluar secepat mungkin, tetap bersabarlah! Bloggers sepatutnya bekerja untuk parti, bukan untuk menjahanamkan parti! Menangkan parti terlebih dahulu ... baru disusuli dengan tindakan yang bijak dan terancang.


Siapa ’Firaun Kecil’ ini yang mahu menentukan siapa yang layak memimpin dan siapa yang perlu ditendang keluar dari parti. Ini kerja bodoh! ... mind your own business! Baru setahun jagung mengenali dunia politik. Bersuara seperti guruh berdentum di langit … hujan tak juga kunjung tiba.

Biarlah pemimpin tertinggi membuat keputusan dengan sewajarnya. Mereka lebih lama bergelumang dengan dunia politik dari ‘Firaun Kecil’ ini. Pemimpin tertinggi tahu kelemahan dan kekuatan yang ada. Siapa anda!

Jika benci sekalipun seseorang pemimpin, tegurlah secara berhemah. Bukan semberono. Adab sopan perlu dijaga ... kita bukan dari golongan kafir harbi yang makan babi! Semua mahu disondol!

Suara bloggers adalah suara keramat! Siapa yang tidak mendengar suara bloggers. Tidak perlu menghentam pemimpin sendiri umpama esok sudah tiba kiamat. Cukup berbeza di antara teguran dan menghentam. Jangan salahguna kebebasan yang ada.


Dan bloggers ’Firaun Kecil’ ini juga cukup pelik tabiatnya. Jika ada suatu pilihanraya .. mustahil sahabat bloggers yang lain tahu di mana modus operandi mereka. Top Secret Mission! ... tempat ’Firaun Kecil’ ini tidak boleh diketahui dan dilawati … haram! Hanya mereka yang berada di dalam inner circle sahaja berhak mendapat maklumat tempat tinggal.

Sepatutnya bekerjasamalah dengan sahabat bloggers yang lain. Untuk parti juga. Bertukar tukar maklumat. Duduk bergebang di kedai kopi bersama sama. Bagi tunjuk ajar dan curahkan pengalaman yang ada kepada bloggers nyamuk. Barulah timbul rasa hormat di antara elite dan nyamuk ... respect earned.

Perlu ada hubungan simbiotik di antara bloggers elite dan bloggers nyamuk. Bloggers elite hanya perlu spark sesuatu isu .. becomes the prime mover, bloggers nyamuk akan bertindak sebagai secondary movement. Kerjasama perlu padu dan erat.

Nak kata elite pun tidak juga … artikel di blog pun banyak yang ‘copy and paste’ dari blogger nyamuk. Lagi jahanam! Blog hits pun adalah kerana ‘Firaun Kecil’ ini sudah lama bergelumang dengan dunia blogging.

GWM menegur kerana sudah terlalu panas telinga mendengar rintihan, keluhan dan rungutan dari sahabat bloggers yang lain. ‘Firaun Kecil’ ini perlu membuang sikap bongkak dan bangga diri jika mahu dihormati. Janganlah terlalu angkuh dengan status elite anda.


Ramai lagi bloggers elite yang tetap merendah diri walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia alam siber ini. Pun begitu ... ada juga blogger elite yang 'di pangkah' hanya kerana tidak mempunyai pendapat yang sama dengan 'Firaun Kecil' ini. Bernanah telinga bila mendengar segala jenis dana perlu disalurkan hanya kepada ‘Firaun Kecil’ sahaja. Nak jadi penyamun dan penyangak ke?

Firaun Kecil’ ini sering menuduh pemimpin bertindak menjadi penyamun dan penyangak. Malangnya, tindakan mereka ini juga tidak jauh berbeza dengan penyamun dan penyangak. Hidup ini ibarat roda … senantiasa berputar. Ada waktu kita akan berada di atas dan turun ke bawah jua akhirnya. Tidak akan selama lamanya berada di atas. Ini hukum karma!

Jangan terlalu memperlekeh bloggers nyamuk kerana anda juga bermula dari situ. Buangkan sifat tamak haloba dan sentiasa berlagak pandai dari segenap segi. Jangan hanya di mulut 'Jihad Fisabilillah' ... perbuatan ... Masya Allah ... 'Ana macam Kafirlah'. Sifat sebegini sama sahaja seperti Anwar Ibrahim. Politik masuk bakul angkat sendiri.


Tak begitu wahai ’Firaun Kecil’ ?


MELAYU ATAS PAGAR

13 comments:

  1. TERBAIK dari ladanglah GWM!!
    kasi menang dulu..baru betul..
    otak tu jangan fikir nak menyamun aje..bukan leh bawak kubur pun kepala agong tu ...

    ReplyDelete
  2. jgn fikir blogger nyamuk ni x bising..dah lah copy paste,bg lah sikit kredit kat blogger nyamuk ni..jgn fikir pasal rating jer..pada blogger elit yang tgk artikel ni..sorry utk anda...bertaubat lah..jgn nak menyamun jer..fikir lah kawan-kawan yang lain..anda makan burger yang lain pun nak makan burger juga...takkan makan pasir.apa pun perjuangan yang sebenar nya blogger nyamuk ni adalah perjuangan FISABILILLAH...duit mmg penting tp yang paling penting perjuangan.

    ReplyDelete
  3. Kalau blogger sama blogger pun secara tak resmi ada kem susahlah untuk mencapai matlamat perjuangan...

    Ikhlaskah penulisan kalau mengharapkan bayaran dan boleh demand pula nilainya? Jujurkah kepada perjuangan kalau mengharapkan imbalannya?

    Kepada yang mengaku diri sebagai blogger yang elite...apakah tulisan dan penyebaran berita yang dibuat itu berkualiti? Ingatlah, yang membaca blog itu bukan semuanya dapat terus menerima bulat2 apa yang ditulis kerana pembaca blog itu terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.Ada otai politik,ada pegawai tinggi,ada guru,ada penuntut malah pekerja kolar biru...lihat saja comment2 yang diberikan, setengahnya berasap juga tulisan komentator ini.

    Tuan, dedahkan blogger mana yang perasan dirinya kumpulan elite dan blogger mana yang menjadi firaun kecil tu untuk makluman pengunjung.

    ReplyDelete
  4. Salam bro, sedikit sebanyak ada juga kebenaran tulisan tuan.... namum sebagai penulis yang ikhlas untuk menegak kebenaran, menangkis segala tomahan khianat musuh-musuh parti, kawan rasa tak perlulah kita fikirkan itu semua.... menulis tetap menulis sama ada ada pembanca atau tidak, sekurang-kurangnya kita dapat luahkan apa yang tersirat dan tersurat dari hati kita...

    Kawan lebih suka menjadi pejuang yang tidak dikenali dan Allah saja yang lebih mengetahuiNya...

    Bersabarlah... teruskan menulis demi kebenaran...

    ReplyDelete
  5. MUAHHAHAHAHAHAHAHAH
    AKHIRNYA KAO SEMUA TAU
    HE HE HE HE HE

    ReplyDelete
  6. GWM,

    Tahniah di atas artikel yang hebat ini. No komen. Two thumbs up!

    ReplyDelete
  7. Salam GMW,

    best!!! GT pun blogger nyamuk.. aku menulis bukan kerna nama...

    ReplyDelete
  8. sapa sebenarnya blogger elit dan firaun kecil tu..cakpa je lah terus sapa mereka ni.

    ReplyDelete
  9. terbaik le bro..berani kerana benar.bak kaya rbf bercakap benar walaupun pahit..apa ada pada blogger elite?setakat menulis sahaja.berapa percent rakyat akan baca dan percaya tulisan dioarg.aku rasa aku tau golongan elite nih sapa.diketuai oleh seorg blogger yg terkenal dgn pendekatan cari makan atau serang kalau permintaan tak dipenuhi.tapi sebenarnya mamat tuh tak bagus mana pun.

    dah byk cerita pasal blogger2 elite nih.aku yakin pemimpin pun malas nak layan org2 mcm nie.jangan ingat pemimpin tuh bodoh.kalau dia bodoh dia takkan jadi pemimpin.jangan bangga dengan rating alexa.

    menyalak ler blogger elite.satu hari keburukan korang akan terbongkar.aku yakin.masa akan menentukan.

    salam perjuangan

    blogger nyamuk aedes

    ReplyDelete
  10. YES..YES...YES... Berani kerana benar. Jangan biarkan puak-puak yg mengaku elit ni mengambil kesempatan yg hanya memikirkan "masyukkk".. Jika terpaksa bloger2 nyamuk harus londehkan mereka agar pembaca setia macam saya kenal siapa mereka ini ... Syabas GWM.

    ReplyDelete
  11. Salam Bro,

    Dulu meniaga tepi jalan saja...menupun ciput.

    Lepas tu adalah dua tiga menu orang habaq kata sedap, ramaila sikit pi makan, mapulah sewa kedai untuk 'meniaga'...

    La ni dah buka restoran 24 jam, ramai yang singgah. korang-korangpun minum kalu tak makan pun. Tokeh adalah peluang untuk promote restoran/blog sendiri masa tu...

    Eitis Blogger? main ramaikah kelompok mereka?

    ReplyDelete