Monday, October 4, 2010

SAIFUDDIN NASUTION MATI AKAL TERTELAN JULAP CAP ASSMIN!

GWM bersimpati dengan Seiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution yang mengalami trauma mati akal sejak akhir akhir ini.

Saifuddin Nasution dilihat enggan mengulas lanjut insiden FunFair Pemilihan PKR 2010 yang berlaku di Sabak Bernam dan Sri Aman setelah ditemubual oleh wartawan Sinar Harian.

“Buat masa ini, biarlah saya menumpukan perhatian terhadap tugasan yang harus diselesaikan dahulu” ujar beliau. Namun, Saifuddin Nasution tidak memberi penjelasan mendalam mengenai tugasan yang harus diselesaikan oleh beliau.

JULAP ‘CAP ASSMIN’?


Mustahil bagi seorang pemikir dan pakar spin seperti Saifuddin Nasution berdiam diri dari memberi sebarang statement berhubung insiden insiden yang memalukan sewaktu FunFair Pemilihan PKR 2010 sedang berlangsung.

Acara Membaling Objek Keras, Larian Amal Mengejar Jurugambar, Pertandingan Menggertak Jurugambar, Upacara Penangguhan dan Pembatalan Keputusan Pemilihan yang sememangnya sinonim dengan gaya hidup juak juak PKR menjadi semakin tidak terkawal.

GWM diberitahu tugasan rahsia Saifuddin Nasution adalah mencari punca berlakunya penyakit Mad Cow Disease (lebih dikenali dengan nama saintifik sebagai Bovin Spongiform Ensefalopati - BSE) dikalangan ahli dan penyokong PKR.

Sumber berita mengesahkan Saifuddin Nasution telah menjumpai punca sebenar penyakit ALA GILA BABI ini setelah mencuba JULAP CAP ASSMIN yang telah lama beredar dikalangan perwakilan pemilihan.

Protein yang dicacati didalam JULAP CAP ASSMIN ini didapati berkumpul membentuk gentian gentian plague padat yang kelihatan seolah olah terdapat ‘lubang lubang’ pada otak para perwakilan. Kejadian inilah yang telah mengakibatkan kemerosotan keupayaan mental para perwakilan untuk berfikir secara normal.

FAKTOR ANWAR IBRAHIM

Siasatan yang dijalankan mendapati pengedaran percuma JULAP CAP ASSMIN dilakukan oleh Ketua Penyangak PKR, Anwar Ibrahim.

GWM difahamkan majoriti perwakilan mengadu sakit perut tidak dapat membuang air besar selama seminggu semenjak rumah terbuka Aidilfitri dibuat dikalangan ahli ahli PKR.

Untuk menutup malu, Anwar Ibrahim telah mengarahkan kepada calon dan para perwakilan untuk terus mengelak dari menggunakan media arus perdana daripada terus mensensasikan isu ini. Amaran yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim cukup jelas bagi mengelak isu ini terus dieksploitasi dan dijadikan bahan propaganda Barisan Nasional.

Namun disebalik cerita sebenar, Anwar Ibrahim perlu tangkas menutup jejak (audit trail) dan kesalahan beliau yang telah mengedarkan JULAP CAP ASSMIN secara percuma pada setiap perwakilan.

Bagi mengelak malu yang besar, Saifuddin Nasution bersama sama Pegawai Sains PKR terdiri dari Fuziah Salleh dan Nik Nazmi Nik Ahmad terpaksa membuat kenyataan akhbar bahawa kejadian ALA GILA BABI dikalangan perwakilan PKR disebabkan oleh dalang utama, iaitu UMNO.

UMNO dituduh telah menyebarkan VIRUS PROPAGANDA secara airborne yang cukup mustahil untuk dikesan dan dirawat kerana terlalu merbahaya dan boleh menyebabkan kematian berfikir secara waras.

PENAWAR PENYAKIT – TONIK KUAT ZAID IBRAHIM ?

Sumber yang belum disahkan memberitahu sudah ada penawar kepada penyakit ALA GILA BABI ini. Walaupun belum diuji secara saintifik, sumber dalaman PKR menjelaskan ubat keluaran Team B, TONIK KUAT ZAID IBRAHIM dikatakan mampu menyembuhkan protein protein cacat yagg terdapat pada JULAP CAP ASSMIN.

Sehingga kini, para pegawai penyelidikan sains PKR masih lagi menguji tonik ini sebelum diedarkan secara percuma dikalangan para perwakilan.

Berita Selanjutnya Pada Esok Hari :

MANJAKANI KEMUT NURUL IZZAH
UJIAN AWAL TONIK KUAT ZAID IBRAHIM


sumber rujukan :
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8250796.asp


MELAYU ATAS PAGAR


3 comments:

  1. MACAM CELAKA TAKPE YB RAZ ...

    INI DAH PENUH DENGAN SEGALA JENIS KOTORAN BAIK BAKTERIA MAHUPUN VIRUS.

    AL JUBURI JE YANG LALU MAKAN JULAP CAP ASSMIN!

    ReplyDelete
  2. Harap dpat dihindari dari semua org ,, kemungkinan besar bleh merosakkan usus

    ReplyDelete