Monday, October 18, 2010

SAIFUDDIN NASUTION ... ANDA SAH RAJA PEMBOHONG !


Sudah masuk hari ke 18 dalam bulan Oktober 2010, namun Saifuddin Nasution masih gagal menunjukkan sebarang bukti dan fakta UMNO terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kekecohan pemilihan PKR baru baru ini.

Dalam artikel lalu, (Saifuddin Nasution Pembohong Besar!, 1 Oktober 2010) GWM mencabar Ahli Palimen Machang untuk mendedahkan segala penemuan bukti dan fakta terperinci penglibatan UMNO jika benar beliau seorang berintegriti dan bermaruah.


TERCABAR DAN MENIPU

Saifuddin Nasution dengan rasa over confident membuat pendedahan tersebut dalam akhbar Sinar Harian, 1 Oktober 2010. Bukan mudah tugas Setiausaha Agung PKR ini untuk membuat words spinning setelah terdesak untuk menguatkan lagi hujah dan dakwaan beliau.

Beliau menamakan individu terlibat, Abdul Razak Halidi sebagai barua UMNO untuk mencetus kekecohan pada Pemilihan PKR di Kuala Langat dan individu individu yang dirahsiakan nama terlibat membuat onar pada Pemilihan PKR di Sabak Bernam, Klang dan Kapar.

Saifuddin Nasution cuba bertindak bijak untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan kekecohan yang ditimbulkan oleh pembantu pembantu khas Anwar Ibrahim sewaktu sidang akhbar yang diadakan oleh saudara Rahimi Osman.

Bagi mengelak integriti beliau dipersoalkan oleh penyokong parti dan rakyat, Dr Syed Husin ditugaskan untuk membuat penafian kekecohan sidang akhbar saudara Rahimi Osman dilakukan oleh penyangak PKR.


TAMPARAN BESAR


Belum sempat beliau memulihkan kredibilitinya, Abdul Razak Halidi tampil mendedahkan Saifuddin Nasution sememangnya pembohong besar!

Sambil memegang borang keahlian yang sah (nombor keahlian B210000792, diicetak pada tarikh 2 November 2008), saudara Abdul Razak Halidi membidas kenyataan bodoh Saifuddin Nasution.

“Saifuddin Nasution berbohong! Saya boleh buktikan yang saya masih ahli PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan tidak pernah menyertai UMNO. Memang saya mengetuai kekecohan itu. Tetapi Saifuddin mengeluarkan kenyataan kurang cerdik serta tanpa usul periksa dan terus menuduh saya orang UMNO kerana mahu menyembunyikan kepincangan dalam parti”.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak cerdik Saifuddin kerana mendakwa saya ahli UMNO sedangkan langsung tidak pernah menjadi ahli kepada parti itu, cuma ahli Pas. Malah ketika Pilihan Raya Kecil Lunas saya adalah ahli jentera keselamatan kepada beliau”.

“Ini tidak benar. Saya tidak pernah keluar PKR, tetapi Saifuddinlah yang suka melompat parti.

“Orang yang tidak berpendirian seperti ini tidak boleh dipercayai apa lagi menjadi pemimpin kerana hanya akan memecahbelahkan parti. Saya telah berbincang dengan peguam saya untuk memfailkan saman terhadap Saifuddin kerana berbohong dan memfitnah saya”
ujar Abdul Razak Halidi.

Maruah, integriti dan kredibiliti Saifuddin Nasution sudah tercalar. Apa lagi yang perlu dilakukan oleh beliau untuk menutup bangkai khinzir yang dicipta oleh beliau. Busuknya bukan kepalang!


Kebodohan dan sifat munafiq Saifuddin Nasution semakin terserlah dengan pendedahan ini. Saifuddin Nasution kini malu besar akibat facts spinning yang memakan diri.

Begitu juga dengan sahabat beliau dan juga penulis satira politik terkenal Mohd Sayuti Omar (MSO) yang mempertahankan kredibiliti Saifuddin Nasution berdasarkan maklumat ‘kosong’ tanpa sebarang bukti sahih. Kredibiliti MSO turut terpalit dengan najis khinzir ciptaan Saifuddin Nasution.

GWM sekali lagi melontarkan cabaran kepada Saifuddin Nasution .... Mana dia bukti Saifuddin Nasuton? Mana dia bukti UMNO dalang terbesar?

Sumber rujukan asli :

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/10/saifuddin-nasution-pembohong-besar.html
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/10/saifuddin-nasution-hentikan-retorik.html
http://www.pisau.net/2010/10/saifudin-ditangkap-berbohong.html
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/10/bukankah-mereka-ini-beruk-beruk-pkr.html http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/10/pkr-nafi-arah-gagalkan-sidang-media.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
http://msomelayu.blogspot.com/2010/09/susupan-pagi_29.html


MELAYU ATAS PAGAR

2 comments:

  1. bapak mika pembohong,mika pun pembohong...kahh.kahhh.....

    ReplyDelete
  2. sepuden dah mati akal mati pucuk nak spin, checkmate!!!

    ReplyDelete