Ucapan dasar Ketua Wanita UMNO
”Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri”
‘‘Saya mewakili lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO akan mempertahan dan menjadi perisai serta benteng kepada Perlembagaan Malaysia terutama Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 daripada sebarang tentangan dan penghinaan”
“Sebenarnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah intipati kepada kejayaan 1Malaysia kerana kepentingan semua kaum diambil kira”
“Untuk orang lain menghormati orang Melayu, kita mesti membangkitkan semula kemuliaan kaum Melayu yang menjadi pedoman perjuangan zaman dahulu. Tanpa kemuliaan, kita umpama seorang tuan yang penat bekerja meminta orang lain untuk menghormati kita,”
Itu adalah ucapan dasar Shahrizat Abd Jalil. Bertenaga, menarik, penuh emosi, sarat dengan mesej perjuangan dan hala tuju sebenar UMNO. Sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.
Macam mana pula dengan perbahasan dari perwakilan Wanita ... boleh tahan juga. Lebih bertumpu kepada rintihan rakyat marhaen.
Perwakilan Pahang Hamiah Khatib Awang berkata :
“Saya berucap dan bawa masalah yang dihadapi orang kampung. Orang kampong tidak hirau mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) kerana lebih mementingkan insentif, bantuan, kebajikan dan faedah yang bakal dinikmati mereka”
“Pengerusi JKKK dapat RM 800.00, pengerusi pergi haji percuma, beli tanah dapat subsidi tetapi Setiausaha? Bendahari? AJK? … Setiausaha dibayar RM 80.00 untuk kerja fotostat dan bancuh kopi, dahlah dalam UMNO tak ada gaji”
Adoi !!! … pedas berdesup ke telinga. Ucapan yang berpijak di bumi yang nyata, benda yang memang bersangkut paut dengan kegiatan harian. Itulah kaum wanita, wanita lebih mengetahui keperluan semasa dan kehendak rakyat. Kaum kaum ibu lebih prihatin dan sedar masalah yang berada di sekeliling.
Sebab atas dasar itulah seorang ibu lebih diberi keutamaan dalam Islam.
Ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO
"Golongan muda perlu diberi banyak peluang dalam parti dengan memegang dan memikul tanggungjawab lebih besar jika mahu melihat mereka sebagai pewaris untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu pada masa depan"
“Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat”
“Namun, keterbukaan sama masih belum ditarikan oleh semua di mana masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan lebih luas kepada orang muda”
“Saya percaya, Pemuda UMNO hari ini bukan golongan yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia”
Itu adalah ucapan dasar Khairy Jamaluddin. Bertenaga, penuh retorik, ucapan minta nyawa, ucapan minta bantuan, minta jawatan. Tidak bolehkah jika tidak diberikan di atas, cuba bergerak secara sendirian atau berkumpulan. Minta itu, minta ini ... apa ni bang!
Macam mana pula dengan perbahasan dari perwakilan Pemuda ... Haa ! ni yang seronok ni ... macam blogger GAP kita cerita.
“kualiti pembahas dari pahang yang diwakili oleh pemuda bahagian bera sungguh luar dari kehendak 'rakyat' dan luar dari kehendak 'orang melayu'. dia tuntut agat GLC buat yayasan. dan keuntungan 30% itu disalurkan ke program pemuda. apa punya motif mamat ni cakap ? takde substance dan nilai logika. institusi pemuda wajib membahaskan isu dasar presiden parti , wawasan presiden parti”
yang dok sibuk pembahas selangor zainuri minta adalah desakan agar khairy diberi jawatan menteri. yang dok sibuk diminta oleh perwakilan pahang adalah syer keuntungan GLC untuk disalurkan kepada program pemuda”
Astaghfirullahhala'zim!!! … takde benda lain ke nak berbahas. Itu belum lagi diberi jawatan jawatan yang dipinta oleh Ketua Pemuda UMNO?
Poket! Poket! Poket! Macam mana tak kena tembak dengan pembangkang! Macam mana nak tarik pengundi pengundi baru!
Apa komen para pembaca budiman? Bagi la sikit komen you ...
Sumber rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/10/kualiti-perbahasan-pemuda-memalukan.html
MELAYU ATAS PAGAR
Mantap artikel lu beb! mintak izin untuk disalin ke blog saya
ReplyDeletebo bo bo boleh bang !!!!
ReplyDeletesetuju dengan artikel. kita tak perlu nak manhaj ke apa benda ke nak cakap pak arab berbelit belit. cukup dengan bagi satu kenyataan kukuh untuk menarik pengundi muda. bukan stakat mengomel nak tarik pengundi atas pagar pakai alatan canggih. jika asas perjuangan pemuda pun dah lari dan menyimpang dari asas perjuangan umno, lu pikirla beb! pengundi atas pagar nak umno bagi satu asas kenapa perlu join umno dan sokong umno. jangan byk retorik bro!
ReplyDeletesaya ada kat PWTC semalam...naik bengang pulak dengar sorg wakil pemuda tiba2 jerit DANA dgn nada paling tinggi dalam ucapannya!!!
ReplyDeleteSaya org biasa ingat Pemuda nak jerit perjuangan Melayu, hak-hak bangsa dengan nada jerit paling lantang...
alih-alih..tak semena-mena..paling lantang MINTAK DANA!!!! apa ni bro!!
Bangang!
pada pandangan saya pemuda umno adalah hopeless human being! selagi khairy jamaludin tidak mengubah sikap dan tabiat buruk pada dirinya maka pemuda umno tidak layak untuk bercakap mengenai perjuangan umno.
ReplyDeletekebanyakan program pemuda adalah program syok sendiri. pangkah memangkah.
dan yang paling penting khairy jamaludin perlu meminta maaf secara terbuka kepada tun dr mahathir atas sikap biadab terhadap orang yang lebih tua darinya.
noktah ...
tak perlu suruh kj ubah sikap...xde masa dah..pru dah nak dekat..
ReplyDeletekj patut disingkirkan aja....noktah
anon 4.47pm
ReplyDeletesetuju dengan berbulat bulat suara!
Salam Mat dan irwan...ucapan dari wakil pemuda dari Pahang berkenaan 30% dari GLC utk disalurkan ke program2 anjuran pemuda saya mmg bersetuju sekali dikala waktu utk kita mengadakan byk program2 utk pemuda tak kira nasional,negeri2 dan bahagian2 memandangkan utk menjayakan sesuatu program memerlukan dana atau duit....korang mesti faham...KP2 Bhgn diseluruh negeri punbukannya berduit..skrang dok tengah fikir mana nak cari duit bagi sesuatu program..dan bukannya untuk diri sendiri..aku rasa cuba ko buat program pemuda di peringkat cawangan...dgn sapa ko nak mintak spnsor..KP Cwgn ko atau KC Cwgn ko....brapa yg bole ko dapat dari mereka sume....skrang dah bukan macm dulu...kp bhgn nak mintak job ke apa ke melalui menteri ker setpol ke belum tentu bole dapat...ko carik la sendri....kalau tertubuhnya Yayasan GLC memudahkan lg KP2 Bhgn2 mendapatkan dana dan baru la bole buat program2 utk pemuda...cuba ko byangkan kalu ko punya usb line modem tak bayar..ngan sapa ko nak mintak....pikirla sendiri
ReplyDeleteglc=goverment link company..knpe duit kerajaan nk bagi kat pemuda..kerajaan sekarang bukan hanya umno..kerajaan sekarang ialah barisan nasional yang terdiri daripada gabungan parti mic mca pbb supp dan lain2 komponen parti..menggunakan duit glc utk program pemuda tidakkah itu menyalah gunakan wang rakyat??mungkin utk program rakan muda ok la kot..hamba hanya bertanya...harap beri pandangan..
ReplyDelete