Tuesday, October 26, 2010

PANAS ... ! PAS MELACURKAN KEMBALI AGAMA SUCI ALLAH !

GWM cukup kesal kerana parti PAS yang semakin terdesak untuk mempertahankan DUN Galas, sekali lagi membuat onar dan merendahkan martabat Islam sebagai agama yang syumul.

Tidak cukup dengan kehadiran ’ustaz ustaz lompat DAP’ pada pillihanraya kecil yang lalu, PAS kini kembali menjemput ’penceramah bebas ustaz dari PKR’ pula.



’Ustaz PKR’ yang juga ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai diberi penghormatan melacurkan ayat ayat Allah bertempat di Padang Sivik Gua Musang. ’Ustaz Chai Ming Kai’ ini dengan confident menghuraikan, berhujah dan mentafsir ayat ayat suci Allah.

Bukan main bersorak juak juak PAS bertakbir seronok melihat bukan muslim ini berhujah. Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Mohamad Amar Nik Abdullah pun tumpang sekaki senyum.

Dengan mengenakan baju Melayu dan bersongkok, ’Ustaz Chai Ming Kai’ berhujah tanpa melihat sensitiviti terhadap agama Islam. Nak buat macam mana, tok tok alim PAS dah bagi ’green light’ untuk mnenggunakannya.


Persoalan yang amat jelas …

Beranikah pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan rasmi segala tafsiran yang digunapakai oleh ’Ustaz Chai Ming Kai’ benar benar berlandaskan fikrah dan tafsiran sebenar seperti Tafsir Ar Rahman?

Beranikah pemimpin PAS mengeluarkan fatwa secara rasmi tindakan ’Ustaz Chai Ming Kai’ ini halal disisi Islam?

Sudah berapa ramaikah ’ustaz ustaz DAP’ sebelum ini menerima hidayah dan memeluk Islam hasil dari dakwah songsang PAS?

Inilah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai matlamat menghalalkan cara. Halal asal tindakan ini menguntungkan PAS dan mampu meraih sebuah undi wahid! Alasan tidak salah bukan Muslim menggunakan ayat Al Quran adalah contoh akidah sebenar pemimpin dan penyokong parti PAS. Inilah corak politik parti pembangkang.

Tidak hairan mengapa tindakan menghalakan cara ini menyebabkan bukan Muslim semakin berani menconteng arang dan bertindak memandang rendah martabat Islam. Parti PAS adalah pelopor melacurkan agama suci Allah.

Masih belum terlambat untuk pengundi Islam DUN Galas untuk tidak terbabit dengan tindakan gila parti PAS dalam membuat ceramah. BN/UMNO sekalipun tidak pernah menjemput pemimpin parti komponen untuk menjadi ‘ustaz mee segera’ setiap kali membuat ceramah.

Penduduk dan pengundi Islam DUN Galas perlu berfikir secara rasional tindakan membabi buta parti PAS. Jangan nanti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana mulut, badan binasa.

Jangan kerana akidah, Allah Taala menurunkan bala kepada kita kerana memperolok olokkan Islam! Nauzubillahhiminzalik!


Sumber rujukan:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/10/live-galas-kapir-sudah-mula-mentafsir.html
http://ohpolitik.blogspot.com/2010/10/galas-ustaz-chan-tafsir-quran-demi-raih.html



MELAYU ATAS PAGAR



4 comments:

  1. Salam,
    bro. jgn tak tahu.ceramah pas adalah satu bentuk hiburan utk alipas. hiburan dlm btk nyanyian, muzik,filem haram belaka bagi mereka. so fitrah manusia suka berlibur. selain makan ubat kuat dan tunjuk kegagahan di atas katil, ceramah politik la hiburannya. bukan dia nak dengar apa yg pemimpin dia ckp, tetapi apa yg boleh menggembirakan mereka dan membuat mereka melolong dengan cara bertakbir. so hiburan islam pas kata mereka. jadi bila kita tunjuk apa yg pemimpin mereka kata, mereka kata fitnah sebab tak dengar pun. tukang ceramah macam penglipur lara. cuba ceramah bab serius, mesti tak ada yg sorak dan dengar. tapi bila bab fitnah dan mencaci, riuh rendah dgn takbir.cuba buat kajian.

    ReplyDelete
  2. memang itulah hakikat PARTI PELACUR ISLAM aka PAS. menggunakan ayat ayat dan dalil dalil dalam al quran sepotong, sedikit untuk menghalalkan cara. umat islam wajib berdoa supaya tak kena bala oleh Allah nanti. yang tak berdosa terkena tempias.

    ReplyDelete
  3. bro...... sepatut nya kau org tumpang rahmat, ada insan bukan muslimin boleh membaca dan mentafsir ayat2 Al Quran. Dalam hukum syarak dan syarie, tidak salah sesaorang itu membaca dan mentafsir ayat2 Al Quran demi membina kebaikan dari pengajaran ayat2 Al Quran tersebut dan membaca dan mentafsirkan di tempat dan masa yang sesuai.

    Melainkan sesoarang itu, baik muslim atau bukan muslim membaca ayat2 Al Quran tersebut dengan niat mempersenda dan mempermain-mainkan ayat2 tersebut dan dalam keadaan dan masa yang tidak sesuai, maka adalah haram bagi nya membaca dan mentafsir ayat2 Al Quran. Dan kita umat Islam tidak kira PAS, UMNO atau sesiapa pun patut menegur dan melarang perkara tersebut berulang lagi.

    Dalam situasi ini, saudara dan kwnw saudara sepatutnya merasa malu kepada individu tersebut kerana beliau bukan muslim boleh membaca dan mentafsir ayat2 Al Quran dgn tertib dan betul tafsiran nya.

    Adakah saudara dan kwn2 saudara tidak merasa malu dan terhina apabila ada bangsa lain yg bukan beragama Islam boleh membaca,menghafal dan mentafsir ayat2 Al Quran. Adakah saudara dan kwnn saudara mampu berbuat saperti individu tersebut.

    Semoga Allah swt membuka hati saudara dan kwn2 saudara mendalami Islam dan beriman kepada Allah. Beriman kepada Allah tidak semesti nya menyokong dan mengundi PAS atau UMNO.

    ReplyDelete
  4. Salam Anon 1:32

    Katakanlah, "Wahai orang-orang kafir!" Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUKKU AGAMAKU. ~ Al-Kaafirun 109:1-6

    Rasanya kalau kita berlandaskan kepada ayat di atas, tak ada apa yg perlu dimalukan, mereka sekadar jadi burung kakatua, esok lusa mereka lupa apa yg disebut, kalau ingatpun mereka tak tau pun apa yg dbacakan, tp macam biasa la, jika sesiapapun naik kepentas dpt sorakan macam ni, semangtnya pasti makin berkobar2.

    Terlalu ramai yg memandai2, dah tak cukup yg islam yg kapiaq pun diheret ke pentas, mendendangkan 'hiburan' kepada pencari hiburan alternatif ini. Ujung kote pun tak potong, lg apa yg nak dimalukan, Anon harus rasa malu kerana...UNTUKMU AGAMAMU, DAN UNTUKKU AGAMAKU.

    APAHAL diorg nak sebok ngan agama kita. Klau tak sebab nak memenangi hati pengundi, kau ingat kapiaq ni nak ke baca ayat suci ni? Suruh di pegi baca kat kapiaq lain lg bagus...

    Wallahualam

    ReplyDelete