Friday, October 8, 2010
BACAAN WAJIB KAUM HAWA : PAS PERLEKEH KAUM WANITA SEJAK PENUBUHANNYA
GWM ingin menyentuh peranan kaum wanita dalam PAS yang lazimnya dicanang sebagai tunjang kekuatan parti tersebut.
Agak sukar menilai sejauhmana penglibatan kaum wanita di dalam PAS diberikan kedudukan terbaik dan peluang untuk berdaya saing sebagaimana para pemimpin lelaki. Jika diimbas, kaum hawa dalam parti PAS lebih banyak dipergunakan daripada diberi penghormatan sewajarnya sebagai tangan yang mampu menggoncang dunia.
PELUANG KESAKSAMAAN
Jika dibandingkan dengan PAS, UMNO dan Barisan Nasional cukup jauh meninggalkan parti jumud ini dalam memberi peluang dan hak kesaksamaan kaum wanita meliputi soal pembabitan dalam politik dan ekonomi.
Di peringkat pusat sama ada di dalam UMNO mahupun Kerajaan Pusat, kaum hawa diberi jawatan yang sewajarnya atas dasar merit dan atas dasar falsafah wanita adalah nadi penggerak kekuatan. Tidak ada dasar diskriminasi gender adalah agenda UMNO dan Barisan Nasional yang memperakui kekuatan kaum wanita sebagai tulang belakang perjuangan parti.
Shahrizat Abdul Jalil, Dr Mashitah, Hajjah Rohani Abd Karim, Puan Roziah Kasnon, Maznah Mazlan, Rosnah Hj Abdul Rashid Sirlin, Hamidah Osman, Hajjah Kamilia Dato Ibrahim, Rafidah Aziz, Dr Norraesah Hj Mohamad adalah nama nama wanita yang menduduki jawatan di peringkat Kerajaan Pusat mahupun Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Ini belum diambil kira nama nama kaum wanita yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik, Kementerian Persekutuan, Jabatan Persekutuan, SUK Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.
PAS yang masih meneruskan diskriminasi gender pula hanya memperuntukkan empat kerusi diperingkat pusatnya kepada wanita terdiri dari Noridah Salleh, Dr Lolo, Azizah Khatib Mat dan Hajjah Siti Mariah Mahmud. Peranan yang diberikan pula cukup kecil signifikan kepada perjuangan kaum hawa.
Disinilah letaknya keadilan gender di dalam UMNO dan Barisan Nasional yang turut sama menghargai sumbangan idea dan kudrat kaum wanita dalam memperjuangkan Islam dan hak hak orang Melayu.
PAS akan terus melalak dengan fitnah bahawasanya kaum wanita adalah kaum yang cukup tertindas di bawah UMNO dan Barisan Nasional walhal kaum hawa inilah yang diletakkan dibawah selipar capal lelaki parti PAS.
TILAWAH AL QURAN
Suara kaum wanita juga tidak terlepas dari menjadi satu isu mainan politik PAS. Alasan yang diberikan adalah suara qariah adalah aurat dan haram diperdengarkan.
Mungkin ramai terlupa sebelum Nik Aziz memegang tampuk sebagai Menteri Besar pada 1990, kerajaan PAS Kelantan terdahulu (1959 hingga 1978) pernah menghantar wakil qari dan qariah untuk menyertai Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan.
Sejak Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, segala hukum halal dan haram baru mula diperkenalkan. Yang peliknya, mufti kelantan dan Terengganu tidak pula mengeluarkan fatwa mengatakan kaum wanita yang memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran haram diperdengarkan.
Persoalannya, apakah suara wanita membaca al-Quran boleh menaikkan nafsu berahi pemimpin Pas dan boleh mewujudkan keadaaan yang memungkinkan berlakunya perzinaan atau mukadimah zina.
Manusia di dalam PAS sebenarnya mempunyai pemikiran yang sama dengan budaya orang Arab. Budaya orang Arab sememangnya meletakkan kaum wanita berada di tahap yang berlainan jika dibandingkan dengan negara ini. Maka tidak hairan, pemikiran sempit sebegini benar benar merendahkan martabat kaum wanita.
FATWA YANG MEROSAKKAN
Satu fatwa PAS yang cukup menghina Muslimin dan kaum wanita Islam khususnya adalah ”Sembahyang berimamkan Barisan Nasional tidak sah, sembelihan orang Barisan Nasional tidak boleh dimakan dan nikah yang dilakukan oleh Jurunikah Kerajaan tidak sah, kalau bersetubuh hukumnya zina dan kalau dapat anak, anak itu haram”.
Fatwa tersebut ditegaskan oleh pemimpin PAS, Haji Mustafa Abu Bakar di Kampung Keruak, Ulu Besut Terengganu pada November 1979. GWM cabar jika parti PAS mengatakan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan fatwa ini.
Dan sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah menarik balik kenyataan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Haji Mustafa Abu Bakar. Atas dasar nas Al Quran dan hadis mana digunakan oleh parti jumud ini tidak pula diberitahu.
Persoalannya, sudah berapa ramaikah suami isteri beragama Islam yang berlainan fahaman politik telah melahirkan anak haram jika berpandukan kepada fatwa di atas ?
Mainan politik jahat PAS ini sebenarnya meletakkan taraf dan martabat kaum wanita berada pada kedudukan yang cukup rendah dalam Islam. Bayangkan apa yang terjadi kepada anak yang dilahirkan para isteri yang mempunyai fahaman politik dan penyokong Barisan Nasional dan UMNO yang bersuamikan penyokong PAS.
Sudah berapa ramaikah anak anak yang dilahirkan selepas tahun 1979 yang sudah menjadi anak haram berpandukan fatwa songsang parti PAS ini ? Bagaimana dengan nasib kaum hawa ini ? Adakah mereka juga menjadi haram untuk diperturunkan umat Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda suka jika ramai umatnya dilahirkan ?
Begitu mudah mereka yang digelar ustaz atau ulama di dalam PAS mengeluarkan fatwa sebegini rupa semata mata sikap double standard dan sokongan serta dan undi yang dijadikan wahid perjuangan parti.
PENGANIAYAAN KAUM WANITA OLEH PAS
Contoh paling klasik adalah kes Mahkamah Syariah yang mebabitkan the so called ayam sabung PAS, Mat Sabu. Bekas Naib Ketua Pemuda PAS ini ditangkap khlawat pada 13 Januari 1995 di bilik Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan bersama wanita bukan muhrim yang juga isteri “sahabatnya” bernama Norma Abdul Halim.
PAS ghairah mempolitikkan kes khalwat tersebut dengan siri ceramah yang dijadikan mahkamah terbuka dengan Nik Aziz menjadi back up supporter mempertahankan Mat Sabu. Nik Aziz di dalam kenyataan yang dipetik dalam Utusan Malaysia 1 Februari 1995 menyifatkan kes ini adalah perangkap pihak tertentu.
Malangnya, PAS hanya memperjuangkan Mat Sabu dan meninggalkan seorang wanita bernama Norma Abdul Halim tanpa sebarang pembelaan. Tidak pernah pun dalam siri ceramah pada tahun tersebut, PAS membantu membersihkan nama Norma Abdul Halim. Apa yang penting adalah watak dalam PAS yang paling top yang wajib dipertahankan, Mat Sabu dan bukannya Norma Abdul Halim!
Wanita terutamanya kaum ibu perlu mengingati kembali kes Mahkamah Tinggi Syariah Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Allani S Abdul Kadir yang melarikan diri bersama pasangannya Illyani Mohd Noor pada 29 Disember 2009. Kes yang sepatutnya membabitkan kedua pasangan ini berpisah sementara menjadi kucar kacir akibat perbuatan Unit Amal PAS. Yang menjadi mangsa adalah ibu bapa Illyani Mohd Noor terpinga pinga melihat pasangan tersebut melarikan diri.
Inilah amalan dan ajaran PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan hak kaum wanita. Yang anehnya masih ramai kaum wanita menyokong secara membabi buta parti ini walaupun tahu hakikat sebenar kejadian ini. Soal halal haram diketepikan dan menjadi mainan politik.
Para pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dengan bersahaja mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini adalah soal peribadi dan tidak melibatkan parti. Itulah pembohongan besar PAS kerana Unit Amal PAS bertindak sebagai benteng meloloskan pasangan ini untuk melarikan diri ke Thailand.
Bagaimana pula dengan kes ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang sehingga kini masih belum memberi tuntutan nafkah mutaah kepada bekas isteri beliau Siti Chou Abdullah berjumlah RM 3 juta. PAS menjadi pekak dan bisu dalam membicarakan soal ini dan seboleh bolehnya menuntut setiap ahli parti menutup mulut dari mengeluarkan sebarang kenyataan secara rasmi dan tidak rasmi.
Kes ini adalah contoh terbaik bagaimana PAS mengabaikan hak dan tuntutan nafkah seorang ibu tunggal. Jika diminta membuat kenyataan, pastinya jawapan yang diberikan adalah ini soal peribadi. Agak mustahil seorang ADUN yang mempunyai sejumlah harta yang banyak termasuk projek projek di Gua Musang, simpanan di bank dan perniagaan di China tidak mampu menyelesaikan tuntutan nafkah bekas isteri.
Ini adalah kezaliman dan penganiayaan jelas dan nyata terhadap kaum hawa. Bagaimana pula dengan kes kes yang melibatkan parti PAS yang tidak didedahkan di dada dada akhbar?
KAUM HAWA DIPERGUNAKAN OLEH PAS
Sesuatu yang membimbangkan adalah kaum wanita tidak dan tanpa menyedari dipergunakan oleh PAS sebagai kuda tunggangan untuk perjuangan jumud parti.
Rakyat masih lagi tidak memahami mengapa Noridah Salleh beria ia menangis memeluk Elizabeth Wong walhal perbuatan maksiat yang dilakukannya bukanlah luar biasa kerana beliau bukannya beragama Islam.
Bagaimana dengan wanita Muslimah lain yang seperti Siti Chou Abdullah yang terang terangan dinafikan haknya oleh ADUN Melor. Bukankah Muslimah ini sepatutnya perlu mendapat simpati yang tidak berbelah bagi oleh Ketua Muslimat PAS. Mengapa tidak ditangisi dan dipeluk erat kerana Siti Chou Abdullah adalah wanita Muslim dan mangsa keadaan. Berbanding dengan Elizabeth Wong secara terbuka mengamalkan seks bebas ini pula mendapat simpati dan tangisan yang langsung tidak membawa sebarang kebaikan.
Begitu juga dengan demonstrasi jalanan yang membabitkan kaum wanita. Tidakkah ini sebenarnya merendahkan martabat kaum wanita itu sebenarnya. Ini adalah kerja orang jantan bukannya suatu kerja untuk kaum wanita. Jangan marahkan pihak berkuasa jika ada yang dipukul dan dibasahi air pemedih mata malah ditangkap. Salah anda sendiri kerana berada ditengah tengah lautan kaum lelaki.
Sampai bila perlu Muslimah PAS menutup mata dan tidak berfikir secara rasional dan hanya menurut sahaja titah perintah para pemimpin PAS yang kadangkala banyak melakukan khilaf.
WANITA PERLU MEMBUKA MINDA
Muslimah PAS perlu melihat keadaan ini sebagai satu doktrin PAS yang mengeksploitasi sesuatu isu dan keadaan untuk kepentingan politik sempit parti PAS. Selama manakah PAS perlu diberi hak eksklusif memperdayakan kaum wanita tentang adanya perkataan ”Islam” pada parti namun tindakan tidak melambangkan ciri ciri Islamik.
Secara tidak sedar, PAS kini hidup dalam contradiction dan percanggahan. Terlalu banyak fatwa dan tindakan Pas banyak merugikan kaum wanita khususnya.
GWM boleh menyifatkan kaum wanita kaum adalah golongan Mustadh’afin di dalam jemaah PAS. Kaum hawa ini sebenarnya adalah suatu golongan yang dilanda diskriminasi dan ketidakadilan akibat angkara para pemimpin PAS.
MELAYU ATAS PAGAR
bro ...
ReplyDeletesedih la bila baca artikel ni. gua pun tak paham kenapa pompuan PAS tak nampak langsung benda benda ni depan mata.
tahniah bro. satu artikel yang cukup membanggakan.
Tidak hairan kalau satu hari nanti hawa pas jatuh dalam dakapan dap akibat kemandulan minda pas untuk memikirkan sesuatu yang selayaknya diberikan kepada hawa-hawa mereka.
ReplyDeletebro GWM, betina2 dlm pas ni takut jatuh talakkk tiga,nnti ssh nk tmpang kesenangan dgn jantan2 pas ni..x caya tanya bini khalid gereja
ReplyDeletePas mengikat perempuan prempuan muda ke tua parti tsb kerana tak mahu suami mereka belot dalam perjuangan pas yg sesat lagi menyesat kalau pas jujur dalam perjuangan yg sia sia ini kenapa dikelantan tiada satu pun calun perempuan dari pas bertanding mahu pun menjadi YB kenapa semua nya jantan jantan pas saja yg bertanding di P/raya tak kira kechil atau umum disitu kita sudah nampak pas tidak itraf kaum perempuan dalam parti pas buat selama lama nya apa salah nya di galas pas letak calun perempuan pas bertanding di dun galas itu kalau ikhlas lah pas ada lah sabuah parti politik pihak perempuan pas pun perlu di beri jawatan dalam pentabiran Nik Aziz kenapa takut tak usah soal pasal islam di sini kalau pas jujur untuk memberi hak pada kaum perempuan dalam pas kalau tidak jangan pakai parti PAS buang saja lambang bulan bubuh lambang matahari.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletepas ego ny kuat. bajet ikut islam yg lurus. tp d kelantan byk betul jenayah.tgk bola d stadium pn,bole baling mercun n bakar stadium. inilah hasil "matlamat menghalalkan cara" anjuran pas. lanyak aje.yg pnting puas.huhh!!
inilah akibatnya salah didikan dan asuhan. sepatutnya golongan ustaz ini mendidik kaum wanita bukan perguna kaum wanita.
ReplyDeletesaya tengok kaum wanita PAS ni dah macam kenha cuck hidung. dah macam jadi hamba.
minta minta adalah golongan kaum hawa PAS yang baca artikel ni.
thanks bro. good article!
desperate giler nak cari undi. merayu rayu pompuan sokong beend. ha ha ha. kesian korang...
ReplyDeletesama ada golongan wanita PAS mahupun lelaki boleh befikir, itu bergantung kepada otak mereka!
ReplyDeleteotak yang cedera teruk di brainwash susah nak cuci bang!
wali selipar dah bagi minum air holy water selipar dia!
hik hik hik!
ARAMAK !!! ADA PULAK JUAK PAS BAGI KOMEN BN NAK CARI UNDI PLAK! WANITA SELALU MENGUNDI BN! WANITA PAS JE YANG DAH PASS, TOUCH & GO DENGAN PUAK PUAK LAKI PAS! KAH KAH KAH.
ReplyDeleteJANGAN JANGAN SI ANON 11.34PM NI LAHIR LEPAS 1979 KOT. BAPA DIA PAS MAK DIA PKR. ITU PASALLA DAH JADI ANAK HARAM!
KAH KAH KAH!
Sedih bro masih ada orang Islam yang mengambil kesempatan membodohkan kaum wanita Islam...ingatkan zaman jahiliah saja kaum wanita dihina sebegitu tapi zaman sekarang pun sama pulak tu daripada puak yang mengaku memperjuangkan Islam...kesian kesian bro..
ReplyDeletePas boneka DAP..
sebenar nya pompuan2 dalam pas ni tak kisah pun...dia rasa bangga menjadi pemuas nafsu pemimpin2 pas...sebab mereka juga makan ubat kuat untuk menandingi kekuatan nafsu kambing2 jantan dalam pas.
ReplyDeleteiklan dalam harakah dah membuktikanya.
kes eli bukit TElanjanG salah satu contoh..
pompuan pas pelok betina sundal tersebut sambil berbisik dan memuji kerana mereka sama2 gila sex.
bro, buanglah gambar atas sekali tu..memalukan umno je...jerit sampai nk pecah mulut...
ReplyDeletebile da taksub..
ReplyDeleteotak jd sempit..
da xpk da mana betul mana salah..
yg penting terus mengikuti..
semua kata3 dan petunjuk dari pemimpin mereka..
hudoh btol lah pompuan2 umno nih mnjerit melolong .. buang la gambo tu bro ..x snonoh ..
ReplyDeleteni.hg dok tgk mcm ni ja.hg p tgk belah arab,perempuan nak keluaq rumah pun xboleh,naik keta pun xbuleh.p belajaq agama la.kalau hg kata pas abaikan perempuan,depa xada pulak bom perempuan sampai mati.kes tu awat la ni senyap ja??hg kata pas abai perempuan?bini depa semua tutup aurat.bini pemimpin umno mcmna pulak?bukak sana bukak sini. ok la tu dia peluk perempuan bukan laki. ni bini pemimpin tu peluk lee chong wei,shah rukh khan.apa kes pulak?jawab sikit...
ReplyDeletehg tgk hg post gambaq puteri umno hg tu,bersopan btoi smp gelak bukak mulut luas mcm tu.ni bini pemimpin hg tu sampai keluarga dia pun buat video klip kata dia perempuan puaka,ape cer? jamaluddin jarjis pernah cabul perempuan dulu,tapi polis buat apa?khairy jamaluddin dgn maya karin.apa cer?najib dgn ziana zain.apa cer?altatunya?ada pemimpin pas buat mcm tu?xada lagi..
ReplyDeletesekurang2nya..pemimpin pas dan bini depa dah mengerjakan haji/hajjah.ampa punya pemimpin bila lagi? p baca pasal BENEDICTINE ORDER.pastu hg akan paham,kenapa pas tak pakai baju formal.depa pakai jubah bagi laki,dan tutup aurat terus untuk perempuan.umno?ilmu agama xtinggi.sebab tu dah kena dgn perangkap BENEDICTINE ORDER drpd yahudi.aku nak tanya la kenapa bini pemimpin ampa cerai dulu dengan bekas suami dia?dia ambik tau dak pasai anak dia?dia buleh pulak p peluk shah rukh khan dan lee chong wei?bila pemimpin umno ni nak jaga aurat bini depa?bini tun mahathir?bini pak lah?big mama najib?bini tok guru dgn anwar rasanya tutup auratkan,ke x entah?isteri seorang ajk umno yang mati sebab p sedut lemak 14 kali..ni apa benda ni?jaga bini dak? p cermin dulu perempuan kita..assalamualaikum...
ReplyDeleteKorang suma 2x5 daaa.islam dlm kad pengenalan je sbb katanya nenek moyang islam..hakikatnya sbb korang melayu bukan islam. Org muslim xwat benda2 mcm tuh.
ReplyDeletetu pasal bila aku dah layak mengundi (21 tahun) aku x sokong pas sebab dari aku mula belajar membaca sampai aku dah pandai baca dan menilai.. aku dah nampak PAs mmg letakkan kaum aku dibawah tapak kaki dia....
ReplyDelete"kalau hg kata pas abaikan perempuan,depa xada pulak bom perempuan sampai mati.kes tu awat la ni senyap ja??"
ReplyDeleteanon 3:49 PM, hang kut yg tak ketahuan hala?
kes ni dah selesaipun. yg bom pompuan tu pun dah dihukum! hang nak suruh najib & rosmah kena hukum macam mana sbb najib sendiri dah sumpah muhabalah! biaqla Allah SWT yg hukum dia. rosmah pulak dah terang lagi tersuluh ada bersama2 anak yatim yg diraikan dlm satu majlis.
memang hang ni ada penyakit yg amat merbahaya! pi jumpa doktor cepat2..penyakit hang nama dai 'denial syndrom'