Tuesday, October 12, 2010
AJAIB ... KHAIRY JAMALUDDIN KEMBALI MENJADI HERO MELAYU ?
Antara percaya dan tidak, realiti atau khayalan, mimpi atau fantasi … namun itulah yang disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Khairy Jamaluddin (atau nama timangan manjanya KJ) mempertikai kenyataan Chua Soi Lek yang terus membangkitkan isu kuota bumiputera 30 peratus sewaktu berucap di Persidangan Pemuda MCA semalam.
Beliau menggambarkan Chua Soi Lek sebagai lidah bercabang kerana terus menerus berdegil meneruskan niat mempertikaikan isu sensitif ini. KJ juga menuntut supaya Chua Soi Lek membuka mata dan menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor swasta dan berhenti mengkritik isu ekuiti bumiputera.
Sehingga ke hari ini, MCA masih terus membisu mengenai perkongsian kerjasama ekonomi di antara kaum Cina dan bumiputera seperti yang telah dibangkitkan oleh beberapa pemimpin UMNO.
”Saya rasa perkara seperti ini tidak wajar dibangkitkan lagi kerana ia telah dipersetujui bersama sebelum ini” ujar KJ.
GWM berani mengatakan ini bukan pertama kali Chua Soi Lek membuat onar dan menjadi duri dalam daging kepada Barisan Nasional. Pada Kongress Ekonomi Cina yang lalu (17 Ogos 2010), Chua Soi Lek dengan lantang membangkitkan isu hak keistimewaan bumiputera.
Chua Soi Lek semakin berani mendesak dan membuat political assasination ke atas UMNO sejak mengambil teraju kepimpinan MCA. Sikap kurang ajar dan kaduk naik junjung MCA semakin terserlah sejak beliau menjadi Presiden MCA gara gara hilang sokongan dan undi kaum Cina pada PRU 12.
Tapi apa yang lebih menggemparkan adalah, the biggest comeback oleh Khairy Jamaluddin sewaktu membuat kenyataan rasmi di Utusan Malaysia. Sebelum ini, KJ lebih dilihat sebagai Melayu Liberal yang cukup selesa bersekongkol dengan juak juak pemimpin Cina.
Terlalu banyak kenyataan beliau sebelum ini amat bertentangan dengan aspirasi perjuangan orang Melayu dan menyakitkan hati ramai pihak, terutamanya orang Melayu.
Walaubagaimanapun, GWM akan terus menganalisa pergerakan politik KJ untuk melihat sejauhmana kejujuran kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.
Bukan mahu menyindir dan mengutuk, tetapi lebih kepada sikap berhati hati dengan political swing KJ. Tak tahulah jika KJ sudah ’bertaubat nasuha’ setelah di asak di setiap penjuru oleh UMNO, NGO Melayu dan para blogger pro kerajaan.
Adalah menjadi harapan umat Melayu jika sekiranya KJ lebih kehadapan dalam mempertahankan serta memperjuangkan nasib orang Melayu setaraf dengan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Apakah mungkin KJ sudah membuka mata dan telinga beliau serta insaf dengan nasib bangsanya yang semakin diperlekehkan hari demi hari. Atau mungkin KJ semakin terdesak melihat sokongan akar umbi yang lari hilang ditelan arus politik.
Berkemungkinan juga dengan semakin hampirnya Persidangan UMNO, maka KJ perlu kembali dilihat sebagai Chief In Command dalam kelompok Pemuda UMNO. Apakah mungkin ada satu kejutan sewaktu persidangan yang akan bermula beberapa hari saja lagi.
Berbagai andaian GWM berikan namun penentu hala tuju politik adalah terletak di tangan manusia yang bernama Khairy Jamaluddin.
Walau apapun, KJ sudah menjadi Hero Melayu Untuk Satu Hari, bukan begitu Khairy Jamaluddin ?
Sumber rujukan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
MELAYU ATAS PAGAR
Kita tengok dulu sbb KJ ni dah lama guris hati orang-orang melayu..
ReplyDeleteMungkin dia sengaja nak test power pengaruh beliau..
Yang pastinya melayu mudah lupa...!!
persidangan dah dekat oooiiii ... cepat la kawan kita ni jual minyak ooooiii ... nanti undi lari ooooiii ... nak jadi menteri tak sempat ooooiiii ... rating bang razali dah naik ooooiiii ... mampus la ngko KJ ooooooiiii
ReplyDeleteTerlalu awal nak puji si " Kaki Jolok " ini dalam isu yg baru di bangkitkan itu. Tak tahu apa motif nya sebanar dgn statement yg di laungkan itu. Jgn ada " udang di sebalik mee udah ". Apa pun we look and see apa drama yg nak di lakunkan olhe KJ ini seterusnya.
ReplyDeleteTunggu ....................
KJ taubat nasuha ???? tahu buat ada la !!! persidangan dah dekat, bintang dan populariti dah menjunam. ini le time nak kasi naik rating. udah le tu KJ, ngko resign la cepat cepat hantu woi! buat menyemak jer!
ReplyDeletebaru nak pikir psl org melayu ???? KEPALA B***H !!!
tahniah satu hari untuk kj!
ReplyDeleteapa dia kejutan si Kitol Juburi ni nak buat masa persidangan ? keluar UMNO kot ?
ReplyDeletealhamdulillah ... syukur ... nanti aku buat pulut kuning!
Berapa dia bayar kau untuk promo cerita ini?
ReplyDeleteAPA MOTIF SI KJ KUAR STETMENT DLM PAPER. AKU MUSYKIL.
ReplyDeleteajaib memang ajaib.tetiba je buat press conference hentam mca. apa game mamat ni tengah buat dgn mca. korang ada klue tak.
ReplyDeleteFrom Zero to Hero...then back to Zero, then Zero then again, zero zero zero zero
ReplyDeletekih kuh kih kuh, lawak anon 4.11pm, zero to hero, hero to zero, sero to zero sama la dua zero. dua zero sama la macam telu dua biji dia jugak. harap ada telur, K***K menyorok.
ReplyDelete