Tuesday, August 10, 2010

MANA DIA JALUR GEMILANG ... APA DAH JADI ???


Dah masuk 10 Ogos 2010, namun jarang sekali dapat kita melihat bayangan dan kibaran Jalur Gemilang berkibar megah di tanah air. Apatah lagi dengan hanya tinggal 21 hari untuk kita menyambut Kemerdekaan, semangat rakyat tampak kian lesu dan lesi.

Media pro kerajaan pun jarang ’highlight’ bulan Kemerdekaan malah iklan sambutan Hari Kemerdekaan muncul sekali sekala menyulam dengan iklan produk produk yang lain. Tidak perlu kita melihat media pro pembangkang untuk meniup semangat Kemerdekaan kerana kerja juak juak ini hanyalah membangkang. Bangkang! Bangkang dan Bangkang!

Ertinya roh dan semangat Kemerdekaan sudah semakin pupus dari jiwa sanubari kita. Rakyat khususnya golongan muda langsung hilang minat, semangat patriotik lupus sama sekali. Jika ditanya apakah tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, mungkin 80% gagal menjawab dengan tepat.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini adalah ’1 Malaysia Menjana Trasnformasi’.

Seelok eloknya ’ditransform’ kepala hotak kita ni dulu, untuk menjadi bangsa yang cintakan dan mendaulatkan tanah air. Sudah 40 tema dikeluarkan oleh kerajaan sejak dari tahun 1970 bermula dengan ’Muhibah dan Perpaduan’, namun pengisian ilmu mengenai Kemerdekaan adalah sifar.

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah saksi utama jatuh dan turunnya bendera Union Jack dan bangunan inilah yang menjadi saksi peningkatan, pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Bebasnya kita dari belenggu penjajahan British bermulalah episod perjuangan mengisi kemerdekaan ke dalam setiap roh dan jiwa rakyat. Semangat Kemerdekaan terus menerus disemai bagi memberi kesedaran kepada rakyat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan.


Walaubagaimanapun, orang Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui Kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.

Perjuangan menuntut Kemerdekaan mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda yang masih mempunyai semangat ’pepsi cola’ , hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari Kemerdekaan. Roh dan Jiwa Kemerdekaan masih belum dapat dirasai dan disentap masuk ke dalam hati sanubari.

Tinggal hanya kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini bendera diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Sejauh mana rasa bersyukur generasi atau golongan muda ini dalam perjuangan menuntut Kemerdekaan, hanya sejarah perjuangan itu sendiri sewajarnya direnungkan kembali dengan sedalam dalamnya.

Malangnya, generasi muda yang kononnya bijak pandai ini kembali menagih simpati dan sokongan dari luar negara untuk kepentingan politik yang jumud dan bebal. Mereka ini lebih berkeyakinan bahawa campurtangan juak juak Yahudi akan dapat meneruskan agenda pemikiran politik yang sempit.

Ingatlah, sesungguhnya golongan terdahulu telah berpenat lelah, bergolok gadai, hidup dan mati berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan sewajibnya golongan muda hari ini memahami dan mempertahankan maruah dan keamanan yang diperoleh hasil perjuangan pemimpin terdahulu. Bukan menggadai kembali maruah negara!

Cabaran yang kita hadapi pada hari ini lebih hebat dalam mengekalkan momentum perpaduan dan ekonomi dan seharusnya kita mendokong usaha kerajaan dalam mempertahankan negara dari sebarang bentuk penjajahan baru.

Tidak berguna sebenarnya apabila kerajaan telah menghasilkan 40 tema Hari Kemerdekaan dan selama itulah kita hanya setakat membaca dan melihat tema dan cogankata tanpa menjiwai dan memahami roh dan semangat Kemerdekaan itu sebenarnya.

Luangkan sedikit masa untuk memahami dan mendalami tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini ’1 Malaysia Menjana Transformasi’. Dalam apa apa majlis ilmu sekalipun pengisian ilmu cukup penting dan samalah juga seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke 53tahun ini.

Bukan setakat menyambut Kemerdekaan dengan melihat kemeriahan pancuran bunga api di depan TV, berpesta di disko dan pub serta merempit sehingga nyawa melayang tepat jam 12.00 malam.



MELAYU ATAS PAGAR

No comments:

Post a Comment