Monday, May 17, 2010

POST MORTEM PRK SIBU : PUNCA KEKALAHAN BN ... SIMPLE


Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu menyaksikan calon DAP memenangi kerusi seterusnya memecah monopoli BN dengan undi sebanyak 18,845 undi mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew yang memperolehi 18,447 undi.

Perbezaan undi sebanyak 398 undi sebenarnya mencerminkan BN perlu mengubah strategi jika mahu merampas kembali Parlimen Sibu pada PRU 13.

Penulis ingin memberi analisis secara relatif kekalahan BN pada pilihanraya ini. Penulis sebenarnya merasakan isu isu hangat 'Kalimah Allah', 'Kaum Cina akan dipinggirkan' dan sebagainya hanya memainkan peranan lebih kurang 10% hingga 20% dalam DAP berjaya memenangi kerusi Parliemn Sibu.

Isu isu di atas kurang 'emphasis' sebenarnya berbanding dengan isu isu yang akan diutarakan di bawah, pada pendapat penulis lah!!!

ISU CALON




Mungkin apa yang diutarakan oleh penulis kurang benar tapi perlu dititikberatkan kerana perkara yang sama berlaku seperti di pilihanraya Parlimen Hulu Selangor tempoh hari.

Robert Lau Hui Yew sebenarnya bukanlah calon tempatan sedangkan calon DAP Wong Ho Leng adalah pengundi tempatan. Beliau yang sebelum ini adalah ADUN Bukit Assek merupakan pengundi tempatan dan faktor ini sedikit sebanyak memainkan peranan penting untuk rakyat mudah berjumpa dan berkomunikasi.

Mendiang Robert Lau Hoi Chew juga dikatakan sudah terlalu lama memegang jawatan MP Sibu. Pengundi dilihat mahukan perubahan dari segi calon yang akan menggantikan beliau dan seorang anak tempatan. Calon DAP Wong Ho Leng lebih dilihat sesuai kerana telah bertanding di Sibu pada PRU lalu pada tahun 1995, 2004 dan 2008. Mungkin ini 'advantage' yang ada pada Wong Ho Leng kerana telah lama bertanding dan mungkin lebih memahami isu isu setempat.

PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD


Pendapat penulis mungkin agak kurang tepat namun ini adalah hakikat bahawa para pengundi di Sarawak mahukan 'new face' dan 'new talent' kerana beliau dilihat sudah terlalu lama menerajui Sarawak.

Tidak ada cacat cela pada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau dilihat sebagai peneraju Sarawak sekian lama. Beliau telah membawa Sarawak ke mercu kegemilangan di bawah tampuk pemerintahannya. Rekod beliau cukup cemerlang ... cukup cemerlang !!!

1) GDP Sarawak dari 1981 - RM 6.5 bilion kepada RM 19.7 bilion tahun 1995.
2) Kadar Kemiskinan Tegar dari 1995 - 31.9% turun kepada 7.5% tahun 1997.
3) Bekalan Air dari 1990 - 31.8% kepada 85% pada tahun 1995.

Namun sejak Allahyarhamah Laila Taib meninggal dunia akibat kanser pada 29 April 2009, beliau dilihat kurang bertenaga untuk mengendalikan politik dan ekonomi di Sarawak pada masa kini. Isu isu yang dimainkan oleh DAP sepanjang pilihanraya kali ini ( selain dari di atas ) seperti 'Logging Industry', 'Nepotism' dan 'Economic Domination' dilihat memainkan peranan penting kepada DAP berjaya memecahkan monopoli BN di Sibu.


BANGSA ULTRA KIASU


Seperti yang telah penulis utarakan sebelum ini selepas pilihanraya Parlimen Hulu Selangor, inilah sebenarnya faktor kekalahan BN yang besar dan sebenarnya !!!

(lihat posting UMWM Isnin, May 3, 2010 - PROFESSOR AMY CHUA BUKTIKAN MELAYU BERHAK TUNTUT ATAS DASAR MAJORITI dan posting Selasa, April 27, 2010 - PRK HULU SELANGOR : POST MORTEM 2 ... APA LAGI PENGUNDI CINA MAHUKAN !!!)

Cuma BN diingatkan supaya mengurangkan aktiviti 'entertain' puak puak kiasu ini. MCA dan Gerakan sepatutnya mengambilalih gerak kerja setiap kali pilihanraya kecil yang akan diadakan. Bukan UMNO !!!

MCA dan Gerakan sepatutnya 'tackle this issue right from the beginning ... not UMNO'. Adalah lebih baiknya BN lebih menumpukan kepada kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak dan juga kaum India kerana kaum kaum inilah yang akan memberi kelebihan cukup besar undi kepada BN. Bukan bangsa Ultra Kiasu !!!


MELAYU ATAS PAGAR.

6 comments:

  1. Betul lah tu... tapi apa yang di mahukan sekarang oleh puak kiasu Cina baik berada dalam BN atau PKR adalah KUASA. sebab ini adalah faktor yang masih belum diperolehi oleh mereka > Tanah .. depa dah dapat .. Ekonomi depa dah kontrol.. pada mereka ..untuk pasti berkuasa. Barang yang dipegang jangan terlepas,, barang yang belum dapat mesti direbut..walaupun megambil masa yang panjang.. kerana mereka tahu Melayu akan berpecah sedikit demi sedikit kerana tamakkan harta dan wang secara mudah.

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    apa nak kisah duit banyak tabur aje,ambil tetap ambil pangkah tak pasti..itulah budget politik yg digunakan setiap pilihanraya...semua budget kementerian abis di kurangkan.teman tengok rentak politik kat malaysia zaman ini adalah tabur duit,sana projek sini projek,umum sana umum sini.bagi teman kita perlu letak calon berdasarkan populasi kaum,yg mana byk populasi kaum itu kita letak pemimpinya.Politik kita zaman ini mesti gan duit,nak orang datang ceramah hulur duit taja bas,tak bagi duit orang tak datang.kita mau pemimpin politik kita berjiwa macam org dulu-dulu,semangat kental,bukanya memikirkan duit 24 jam,kalau macam ne,amatlah malang kalau kuasa melayu nanti berubah tangan,masa itu barulah kita terbangun dari buaian mimpi indah.bagi teman,teman tengok yg dok banyak berusaha dalah ketua -ketua umno bertungkus lumus,mana ketua-ketua parti lain,adakah mereka buat hal sendiri.senang aje bagi teman PRU13 kita letak calon berdasarkan populasi kaum di satu-satu tempat dan di situ baru kita boleh menilai parti mana rakyat mahukan.kpd pempin-pemimpin diatas jangan cantas mencatas,lawatilah kawasan anda,dekatilah pengundi anda.

    AKHIR KATA HIDUP PERKASA

    ReplyDelete
  3. Pola pengundian dan pemilihan rakyat kpd Pakatan Rakyat pasca tsunami PRU 12 masih tidak byk berubah....rakyat tetap lebih percaya kpd Good Governent, dan ini tiada dlm UMNO/BN.rakyat lbh mempercayai intergriti dan sikap Pakatan Rakyat dr umno/bn....sikap rakyat kpd umno/bn juga tidak byk berubah dan menjelang PRU 13, rakyat tetap dgn keyakinan kerajaan BN seharusnya ditukar atau BN perlu menjadi pembangkang sebaik sahaja PRU 13 berakhir...maknanya keinginan rakyat utk menolak umno/bn kini amat kuat, cuma menyimpan kuku tajam saja sblm mencakar umno/bn menjelang PRU 13....bersiap lah umno/bn dgn kain kafan!!

    ReplyDelete
  4. KEPADA SAUDARA ANONYMOUS 7.57PM, ORANG KG, HASHIM DAN ANONYMOUS 11.34PM ...

    TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN DAN KRITIK YANG DIBERIKAN DALAM BLOG INI.

    WALAUPUN UMWM LEBIH BERPIHAK KEPADA KERAJAAN / BN, NAMUN KAMI AMAT KRITIS DENGAN SEGALA PANDANGAN YANG DIBERIKAN.

    BUAT SAUDARA HASHIM DAN ANONYMOUS 11.34PM ... BELUM TENTU PAKATAN RAKYAT, JIKA MENANG PRU 13 ISLAM ATAU PAS AKAN KEMBALI MENGUASAI TAMPUK PEMERINTAHAN ... 'POWERPLAY' SEBENARNNYA DIBAWAH TELUNJUK DAP.

    DIHARAPKAN SAUDARA BERDUA LEBIH BANYAK MENGKAJI POLA PEMIKIRAN BANGSA ULTRA KIASU SEBELUM MARUAH DAN 'KAMPUNG' MELAYU TERGADAI.

    ISLAM AKAN BERKUASA HANYA SEKIRANYA SESUATU BANGSA ITU CUKUP KUAT DARI SEGI IDENTITI DAN TAMADDUN.

    UMWM HANYA INGIN MEMETIK SEBUAH SURAH AR RAAD AYAT 11 ...

    "ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI"

    PENTING UNTUK UMAT MELAYU MELIHAT AYAT INI DARI SEGI KONOTASI DAN TEOLOGI KERANA ... PERCAYA ATAU TIDAK, AYAT INILAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH BANGSA KOREA UNTUK BERJAYA SEHINGGA KE HARI INI.

    BAGAIMANA MAHU MENGUBAH PERSEPSI ISLAM ITU SENDIRI JIKA SESUATU KAUM ITU MASIH LEMAH DALAM SEGENAP SEGI. SEKILAS PANDANG, SURAH INI SEAKAN MIRIP KEPADA 'ASSABIYAH' KERANA ALLAH TAALA CUKUP MENEKANKAN PENTNGNYA SESUATU BANGSA ITU MEMARTABATKAN TAMADDUN BANGSA ITU SENDIRI.

    KERANA ITULAH RASULULLAH MENEKANKAN RUKUN IMAN TERLEBIH DAHULU DAN DIDATANGI DENGAN RUKUN ISLAM. SAMA JUGA SEPERTI SELEPAS 11 TAHUN RASULULLAH DITABALKAN SEBAGAI NABI, BARULAH SEMBAHYANG ITU DIWAJIBKAN.

    SALAM PERJUANGAN ...

    ReplyDelete
  5. UMWM 2:28

    saya nak respon kenyataan anda..

    hujah spt inilah yg anda gunakan utk meracuni pemikiran org2 melayu terus menyokong anda (UMNO)..anda perlu sedar apa yg Tuhan kata itu memang benar, tapi kita juga perlu mengubah sst jika sst itu tidak mampu untuk membela kita, malahan lbh merugikan kita!!!
    kita harus menukar kpd pihak yg lbh mementingkan kemaslahatan rakyat dr pihak yg lebih mementingkan diri sendiri...

    sememangnya jika anda kata, melayu perlu bersatu spy kuat, namun parti anda amat mendukacitakan kerana membawa budaya keji iaitu suka memfitnah dan melayan melayu yg tdk sependapat dgn anda spt haiwan, tiada sifat kasih sayang dan ini memecahbelahkan melayu...

    anda juga lbh mementingkan diri, berebut2 jwtn dgn keadaan yg memalukan!!! macamana kita nak percaya kan anda?

    PERCAYALAH SAUDARA UMWM...MELAYU TAK SOKONG UMNO SAHAJA,KRN MELAYU UMNO KINI SUDAH MENJADI MELAYU ELIT, BANGSAWAN, EKSKLUSIF, HARTAWAN,EXECUTIF, ETC, TAPI BANGSA MELAYU TETAP BERSATU DLM WADAH YG LAIN PULA YG LBH PRIHATIN TERHDP BANGSANYA...UMNO KINI SUDAH TIADA LAGI HAK EKSKLUSIF TRHDP MELAYU...HARAP MAKLUM

    ...org melayu jati...

    ReplyDelete
  6. SAUDARA ORG MELAYU JATI ...

    TERIMA KASIH DI ATAS KRITIKAN DAN KOMEN YANG DIBERIKAN. UMWM AMAT MENGHARGAI BUAH FIKIRAN SAUDARA.

    BUAT PENGETAHUAN KESEMUA SAUDARA SEBANGSA DAN SEAGAMA KAMI, UMWM MEMBUAT KERJA SECARA 'FREE', TANPA ADA 'SPONSOR' DARI MANA MANA PIHAK. INI PERJUANGAN KAMI, INI JIHAD KAMI, INSYA ALLAH ...

    SALAM PERJUANGAN ...

    ReplyDelete