Thursday, April 22, 2010

PRK HULU SELANGOR : PENIPU RAKYAT SEMAKIN PARAH !!! PKR BATANG KALI KELUAR PARTI !!!

Pasukan UMWM malam tadi bergegas ke Batang Kali setelah menerima panggilan dari Penyelaras Cawangan BN Batang Kali Encik Abdul Aziz, seramai 30 orang telah keluar dari PKR (PARTI KHIANAT RAKYAT) Cawangan Batu dan menyertai UMNO.

UMWM sempat menemuramah beberapa bekas ahli PKR yang sememangnya sudah muak dan jelak dengan tipu janji ANWAR IBRAHIM dan KHALID IBRAHIM kononnya akan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sejak tahun lepas. Namun begitu, sehingga ke hari ini permintaan mereka tidak pernah langsung dipedulikan.

Rata rata bekas ahli PKR juga telah jelas nampak mainan politik ANWAR IBRAHIM yang lebih banyak menabur janji janji kosong tanpa perlaksanaan. Mereka juga telah bosan kerana setiap kali ceramah dan perjumpaan yang diadakan, tidak sekalipun PKR perjelas apa yang akan dilakukan untuk menaikkan taraf hidup penduduk setempat. Yang ada hanyalah caci maki dalam ceramah.

Bertitik tolak dari situ, 30 orang bekas ahli PKR telah sepakat menemui Encik Abdul Aziz dan mengemukakan hasrat untuk menyertai UMNO yang jelas tentang perjuangan dan hala tuju kerana sememangnya UMNO sentiasa meghulurkan tangan membantu penduduk setempat walaupun bukan ahli UMNO sendiri.











PENIPU RAKYAT jelas semakin tertekan dan terdesak untuk mendapatkan undi rakyat. UMWM juga diberitakan, akan ada lagi ahli ahli cawangan PKR yang akan keluar parti dan menyertai UMNO.

TENAT MEMANG TENAT.

5 comments:

  1. Salam UMWM, salam 1 Malaysia .

    Begitulah kehendak Allah. Bangkai gajah mana boleh di tutup. Bila kesedaran dan keinsafan telah timbul maka akan berduyun-duyunlah mereka yang terlibat itu akan keluar PKR.

    Hala tuju dan matlamat PKR telah terpesong, patutlah rakyat semakin bosan. Cakap tak serupa bikin. Kerana terdesak sampai AMK mereka sanggup merosakkan banner-banaer dan signboard BN.

    Seolah-olah Malaysia ini kepunyaan kumpulan gangster dan tak bertamadun pula. Asal salah, tak betul sahaja, begitu cepat tangan menuding jari kepada BN.

    Semuga rakyat Malaysia dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Syabas bloger-bloger yang begitu gigih membetulkan keadaan. Perjuangan kalian semua insya-Allah akan di kenang sepanjang masa.

    "Betulkanlah yang Biasa
    dan Biasakanlah Yang Betul"

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com
    http://saatjais.formor.com

    ReplyDelete
  2. Salam Assaad,

    UMWM mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

    UMWM akan terus bekerja keras bukan hanya pada setiap kali pilihanraya diadakan. UMWM akan terus berjuang memberi penerangan demi penerangan apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan adalah benar dan tidak sama sekali menyimpang dari ajaran Islam disamping memperjuangkan 1 Malaysia.

    UMWM juga akan berterusan 'membogelkan' siapa ANWAR IBRAHIM dan PAKATAN PEMBANGKANG sememangnya tidak membawa apa apa kebaikan kepada umat manusia di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. PKR akan menerima nasib sama seperti Parti S46 dulu, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Hancur lingkup semua nya PKR akan terkubur buat selama lama nya itu lah lain kali jangan buat naya kat org Allah maha besar Allah melihat apa yg kamu buat sumpah Saiful telah terkena balik pada Anuar dan parti nya cukup 2 tahun sumpah Saiful itu lah kebesaran Allah kita sendiri dapat melihat kemusnahan PKR dan Anuar tak lama lagi.

    ReplyDelete
  5. Perjuangan PKR memang tiada matlamat.
    Asas perjuangannya hanyalah untuk memenuhi nafsu serakah Nuar Barahim untuk membalas dendam.

    Nuar Brahim memperalatkan PAS kerana mendapati PAS sanggup memperalatkan agama Islam untuk mendapatkan undi.

    Nuar Brahim juga sanggup menajadi alat DAP kerana DAP dapat membantunya merosakkan UMNO/BN.

    Menentang Gerombolan Pakatan Haram ini adalah tugas seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan perpaduan, kesejahteraan dan kemajuan anak-anak generasi akan datang.

    ReplyDelete