Tuesday, February 19, 2013

Jangan tunjuk cara samseng. Kita angkat (bawa) satu 'banner' (kain rentang) untuk memberitahu rakyat bahawa YB Jenice Lee telah berjanji untuk menubuhkan Sekolah Rendah Cina di sini.



Enam bekas ahli DAP hari ini dihalau keluar daripada menyertai ceramah 'UBAH : Bersihkan Malaysia’ anjuran DAP yang diadakan di DUN Teratai, Pandan Indah malam tadi.

Menurut bekas ahli DAP Tony Tan, mereka dihalang untuk menjelaskan tuntutan janji DAP berhubung penubuhan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di kawasan terbabit serta tidak dibenarkan untuk menaikkan kain rentang berkenaan janji tersebut.

"Jangan tunjuk cara samseng. Kita angkat (bawa) satu 'banner' (kain rentang) untuk memberitahu rakyat bahawa YB Jenice Lee telah berjanji untuk menubuhkan Sekolah Rendah Cina di sini.

“Sejak tahun 2007 hingga 2008, telah banyak aktiviti dilakukan seperti derma daripada orang ramai tetapi sampai sekarang masih tiada sekolah seperti yang dijanjikan,"

Tan yang juga pembantu ADUN Seputeh (Terresa Kok), menggesa orang ramai terutamanya penduduk DUN Teratai untuk tidak lagi terpedaya dengan janji ADUN tersebut yang hanya pandai menabur janji demi meraih undi.

Read More, ADUN TERATAI BUAT HAL LAGI







Ini bukanlah kali pertama ADUN Teratai Jenice Lee melakukan onar terhadap penyokong dan pengundinya. Sudah beberapa kali ADUN Teratai DAPigs ini gagal menunaikan janji yang ditabur sejak bergelar Yang Berhormat. Malah ramai warga marhaen dianiayai oleh Jenice Lee.


Penduduk Flat 700 Pandan Perdana pernah mendesak ADUN Teratai ini supaya menunaikan janji membina pagar di kawasan perumahan mereka seperti dijanjikan pada kempen pilihan raya umum sebelum ini.

Penduduk dan penyokong Pakatan Haram ini mendakwa, semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Jenice berjanji akan membina pagar bagi mengelak penjenayah menceroboh ke kawasan perumahan berkenaan sekiranya penduduk mengundi beliau.

Namun, mereka kecewa kerana wakil rakyat DAP itu gagal mengotakan janji tersebut sehingga ke hari ini, malah tidak pernah sekalipun bertanya khabar dan masalah penduduk sejak diisytihar sebagai ADUN di kawasan berkenaan.


Begitu juga nasib yang menimpa peniaga ditepi jalan kawasan penduduk Flat 700 Kampung Pandan. Rata rata kecewa dengan sikap angkuh dan bongkak Jenice Lee bersama 5 orang pembantunya.

Banner 'Peniaga Haram' dibawa ADUN Teratai ini bertujuan membuat provokasi dan menghalau para peniaga Melayu dan India, yang sejak sekian lama mencari nafkah tanpa gangguan pihak berkuasa tempatan. Dan para peniaga ini tidak mampu membayar sewa tapak perniagaan yang baru kerana dibelenggu masalah hutang dan sumber pendapatan yang cukup terhad.

Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan Jenice Lee bersifat perkauman memandangkan sebelum ini penduduk dan peniaga Melayu ramai yang ditindas.

Bukan sekadar orang Melayu, malahan kaum Cina juga tidak terlepas dari sepak terajang politik Jenice Lee ...


Tan Kim Swee, 70, seorang warga emas telah diperdaya oleh parti DAP sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM13,500. Warga emas ini turut mengalami kerugian tersebut setelah ADUN Teratai, Janice Lee Ying Haa enggan membayar kembali wangnya setelah menerima 18 buah buku tiket untuk konsert yang dianjurkan.

Warga emas yang menguruskan konsert untuk Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Tin Hou Temple ini langsung tidak dibayar satu sen pun.

Apa yang berlaku seharusnya sudah membuka mata dan minda rakyat Selangor secara keseluruhan ...

1) Merobohkan 21 gerai penjaja Flat 700 Pandan Perdana.
2) Gagal melunaskan janji untuk membuat pagar penduduk Flat 700 Pandan Perdana.
3) Menghalau dan merobohkan gerai warga emas disekitar Flat 700 Pandan Perdana.
4) Warga Emas Rugi RM13,500 akibat diperdaya Jenice Lee.

Dan kes terbaru melibatkan ADUN Teratai ini ...

5) Menghalang dan menjelaskan tuntutan janji DAP berhubung penubuhan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di DUN Teratai.




Gua mana ada janji ... Itu wang kutip gua sudah joli maaa ...




2 comments:

Anonymous said...

muka jer lawa.. hati manyak busuk punya olang..makahai

Anonymous said...

Paling lawak ada banner kt pandan jaya berbunyi kerajaan pusat tidak mampu membuat apa2 kecuali meniru idea kerajaan negeri selangor.. Kah kah kah.. Kalau kerajaan negeri kote bengkok ada idea yakni perancangan bagus tp mana pelaksanaan??? Duit berbilion2 katanya bila flat dah d cat ckp idea saya tu.. Alahai stakat idea nk cat flat yg uzur tu anak aku skola darjah satu pon bole bg idea.. Pencacai kt pndn jaya edit ayat tu cm gampang la terbahak2 bila aku baca... Tiru idea ko ek.. Hahaha.. Ada aku kesahhh