Monday, June 21, 2010


Haji Hadi dan Nik Aziz semakin hebat kerana berjaya ‘mentarbiahkan’ DAP untuk turut serta mewujudkan perjanjian akuan bersumpah ‘Ala Al Capone’ bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti.

Bezanya cuma Ahli Dewan Undangan Negeri Pas ialah baiah berjanji dengan Allah SWT jika menipu, khianat dan menyeleweng akan dilaknat oleh Allah SWT, oleh malaikat dan segala mungkin yang melaknat.

'Rakan Dalam Kain’ PAS, DAP juga mewujudkan perjanjian bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti dengan melibatkan soal kewangan apabila akan mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM 5,000,000.00 jika bertindak keluar daripada parti itu ( bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan ).

Kekalutan Pas dan DAP mewujudkan baiah sedemikian hanya semata-mata untuk menghalang mereka kehilangan kerusi apabila wakil rakyatnya melompat parti daripada ‘amanah’ dan ‘janji’ untuk membela rakyat.

Sayugia wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar parti adalah disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti dan merasakan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan berkesan selagi berada dalam pembangkang kerana merasakan parti mereka akan menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Tetapi setelah memenangi PRU 12, kepimpinan parti mereka lebih banyak mahu ’berpolitiking’ dan ’berfatwa songsang’ lalu mengabaikan harapan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Dosa halal haram ditendang ke tepi demi bersekongkol dengan kepimpinan yang ’brain dead’.

Kedua dua ‘Saudara Satu Selimut’ Pas dan DAP berbaiah jelas demi kepentingan dan survival politik mereka sahaja dan ‘tembolok’ nafsu walaupun tahu tidak mampu memberikan peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan wakil rakyat mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan tetapi itu tidak penting.
Perlukah PAS dan DAP terlompat sehingga kain terlondeh kerana ramai wakil rakyat sudah keluar dan melompat parti?

‘Ketua Strategis Bodoh’ Anwar Ibrahim sepatutnya ‘ditembak’ terlebih dahulu kerana ‘Rancangan Maha Hebat’ 16 September di mana majoriti pemimpin tertinggi pembangkang menyokongnya. Ketika itu semuanya ghairah menggila untuk melihat pembangkang menguasai kerajaan pusat melalui ’pintu belakang’. Bila ’Rancangan Maha Hebat’ gagal dan menyaksikan semakin ramai wakil rakyat pembangkang menjadi wakil rakyat bebas, maka melompatlah Karpal Singh, Haji Hadi, Nik Aziz, Karpal Singh, Lim Anak Beranak sehingga terlondeh kain dan menampakkan seluar ’boxer’.

Rakyat terus diperbodohkan dengan permainan ’Drama Minggu Ini’ oleh Si Kitol Anwar dan juak juak meloya ketua PAS dan DAP.


Tetapi apa yang menarik adalah persamaan PAS dan DAP mengeluarkan sumpah baiah sedangkan PKR masih belum ’menfatwakan’ sumpah baiah. Di sinilah titik pertemuan kedua dua ‘Rakan Dalam Kain’ yang semakin intim dan serasi umpama ‘Uda dan Dara’ ( belum pasti siapa Uda dan siapa Dara ).

Adalah lebih ’afdal’ jika Haji Hadi dan Nik Aziz menjemput berbentangkan permaidani merah kepada Al Syeikh Karpal Singh dan Khalifah Guan Eng untuk menganggotai dan menguatkan lagi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Bukan apa ... Anwar Ibrahim bakal menggantikan Nik Aziz sebagai ’future’ Mursidul Am PAS yang pasti menjanjikan kemantapan ’fatwa songsang’ dan bantuan dana dari kroni kroni ’Zionist’ seantero dunia.

Mungkin inilah pemikiran agung Haji Hadi dan Nik Aziz sebagai salah satu usaha ’tarbiyah’ halus untuk DAP yang akan memasuki STAGE II, ’MengIslamkan DAP’.

Syabas dan sekalung tahniah untuk Haji Hadi dan Nik Aziz ! Dah macam ’Keluarga 69’ !


MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

Anonymous said...

AKU TAK KESIAN LANGSUNG DENGAN PAS SBB TOK GURU DUNGU DIA ORANG MEMANG DAH BINGAI BIN BANGANG !

AKU CUMA KESIAN PADA ORANG ORANG PAS YANG TELAH DIPERBODOHKAN DENGAN FATWA BAHLOL NIK AZIZ DAN HAJI HADI !

KALO NIK AZIZ KATA GUAN ENG LAYAK JADI MURSIDUL AM PAS, AKU GERENTI, MAHFUZ OMAR, MAT SABU, HUSAM MUSA, HATTA RAMLI, SALAHUDIN AYUB, NASHARUDIN BUAT STATEMENT SOKONG MEMBABI BUTA NIK AZIZ !

MESTI ADA STATEMENT GUAN ENG IBARAT KHALIFAH INILAH KHALIFAH ITULAH, PEKERTI MULIA LA ...

PTUUIIHHHH !

INILAH DIA BANGSA MELAYU PALING BANGSAT DI DUNIA !

Anonymous said...

ini bukan keluarga 69 lagi dah ...

ini keluarga 69 jahanam. 6 + 9 = 15, 1 + 5 = 6, jadi lah enam jahanam sbb 3 jahanam dari DAP dan 3 jahanam dari PAS kena sangat dah!

3 jahanam DAPigs karpal singh, guan eng & kit siang. 3 jahanam hamPAS haji hadi, nik aziz & mahfuz omar.

elok la tu DAP jilat PAS, PAS jilat DAP.

yang satu tu najis mughallazah jilat najis mutawassitah, akhirnya jadi jugak najis mughallazah!

memang betul dan tepat hadis nabi muhammad. akhir zaman ada 'ularmak' berjubah berserban, depan macam malaikat, belakang munafik dan fasik.

sekurang kurangnya UMNO tak hipokrit berjubah berserban ! puak puak ni berjubah berserban tapi perangai mengalahkan syaitan !!!!

Anonymous said...

Kesilapan PAS ialah terlalu yakin dan over confident taktik akan menjadi. PAS dah mcm minta sedekah undi dari orang cina dan india. Padahal bukan tak tau orang cina dan india sampai mampos pun takkan sokong PAS.

PAS terlalu sibuk dgn mencari harta karun undi sampai terlupa negeri jajahan sendiri Kelantan masih ditakuk lama. Masalah air, prasarana yg terlalu lmbab, judi haram, pelacuran rumah urut diketepikan.

Di mukatamr baru baru ni pun perwakilan dah bising sbb terlalu taksub dgn undi org cina dan india yg belum tentu pangkah PAS. Sekalipun PAS masih memerintah Kelantan, Cik Siti Wan Kembang masih sebegitu rupa.

PAS dah tak boleh nak harap balak semata mata krn lambat laun botak bukit jika ditarah hari hari. Dlm muktamar pun tiada perwakilan sentuh cara meningkatkan ekonomi org Islam. Rata rata byk yg cakap kosong.

Sampai bila PAS mahu ditakuk lama bergantung kpd org2 PAS sendiri. Sikap suka tuding jari dah jadi penyakit iman. Tak ada perubahan. Takkan sampai kiamat Kelantan macam tu aje. Islam bangkit dari Timur. Jika di Timur pun mcm bangkai bernyawa mcm mana org nak percaya PAS perjuang Islam.

PAS dah lesu sbb byk tukang kipas Nik Aziz dan Haji Hadi. Puak2 erdogan tajaan Anwar Ibrahim sudah berjaya memecahbelahkan PAS secara diam diam.

Percayalah, PAS tetap akan lesu sampai bila bila biarpun PAS ramai penyokong boleh turun padang buat kerja pilihanraya.

Jgn sampai PAS dipanggil balaci Anwar dan DAP. Nampaknya dah ke arah itu pun.

Anonymous said...

bro semua. tak yahlah nak kisah pasal PAS. diaorg ni dah taksub giler dgn nik najis dan hadi awangok.

buat ahli UMNO. tumpukan pada ngo ngo melayu yg dah byk naikkan imej islam dan melayu. ni yg patut kita highlight skit.

biar PAS mampus dgn angan2 nak undi bangsa cina dan india. kita majoriti. kalau dapat tawan hati majoriti. UMNO dah dikira mng knockout.