Tuesday, May 11, 2010

"Kalau UMNO hendak terus menjadi parti terbesar sekali di negara kita dan terus mendukung Kerajaan, maka mustahaklah UMNO menyesuaikan dirinya dengan kehendak kehendak rakyat dan dengan keadaan masa dan kedudukan negara kita" (1971 )

"Janganlah lupa bahawa UMNO adalah teras politik, sebagaimana juga bangsa Melayu dterima sebagai teras negara " (1973)


"UMNO telah diasaskan oleh pemimpin pemimpin Melayu dan juga tetap memperjuangkan hak hak orang Melayu khususnya tetapi tidak pula membelakangkan hak hak warganegara dari kaum lain secara adil dan saksama" (1974)

"UMNO ditubuhkan bukannya untuk mencari kemegahan atau populariti orang perseorangan tetapi adalah untuk rakyat. Saya tidak nampak di mana kurangnya UMNO sekarang ini kerana ianya mempunyai tujuan yang sama dengan UMNO yang ditubuhkan dalam 1946" (1989)

"UMNO akan menjadi warisan saudara saudari. UMNO mempunyai semua aset warisan yang baik. Apakah ia akan kekal sebagai warisan yang baik, bergantung kepada mereka yang mewarisinya" (1978)

Cuba imbas kembali setiap bait bait ayat yang keluar dari mulut pemimpin pemimpin agung UMNO ....

Senario politik Malaysia sudah menjadi begitu kompleks dengan pembentukan Barisan Nasional dan juak juak pembangkang. Penulis sebenarnya berpendapat bahawa pertentangan politik tidak lagi ditekankan kepada penentangan antara parti parti yang wujud malah lebih kepada pertentangan politik di antara UMNO dan rakyat. Suatu hakikat yang tidak dapat disangkal oleh mana mana pihak !!!

Penulis yakin tiada sesiapapun yang boleh menyangkal dan menuduh bahawa dasar Kerajaan atau UMNO yang diamalkan sekarang adalah bertentangan dengan kehendak mereka yang meliputi dasar ekonomi, dasar dalam negeri dan dasar luar negara. Cuma jurang memisahkan UMNO dan rakyat adalah 'promise' dan 'performance' yang masih luas waima hasil perlaksanaan dasar tidak sejajar dengan apa yang rakyat harapkan !!!


Dalam menghadapi masalah rakyat, UMNO perlu faham bagaimana tingginya harapan rakyat dalam memberi kesejahteraan kebahagiaan hidup rakyat di samping menjadikan rakyat khususnya umat Melayu masyarakat maju serta moden. Setiap ahli UMNO baik dari Presiden hingga ke ahli bawahan perlu menerima hakikat bantahan, teguran, cacian rakyat adalah atas dasar rakyat telah memberi amanah namun sesetengah daripada kita gagal meyempurnakan misi rakyat.



Sungguhpun ada sebilangan kecil dari kita yang menjadi 'Prophets of Doom' serta 'Agents of Doom', namun juak juak ini sebenarnya telah terkeluar dari lingkungan bulatan UMNO. Inilah juak juak yang perlu disingkirkan agar rakyat kembali menyayangi UMNO seperti sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan.



UMNO perlu kembali menjadi mata, telinga dan penyambung lidah rakyat dan bukan menjadi mata, telinga dan penyambung lidah kepada 'group' tertentu.

UMNO tidak lagi perlu kepada 'factionism' seperti penyakit 'warlodism' dalan Negara Cina sebelum Komunis berkuasa, dengan setiap wilayah di dalam UMNO di kuasai oleh jeneral jeneral yang berlainan wilayah ... Di Timur ... jeneral lain, Barat ... jeneral lain , Utara ... jeneral lain dan Selatan ... pun jeneral lain !!!


Perbezaan pendapat, fahaman, fikiran dan ideologi amat diperlukan dalam UMNO kerana mampu menyuburkan pertumbuhan intelek. UMNO perlu membincangkan sesuatu isu dengan seberapa hangat dan mengikut aturan dan displin tanpa menimbulkan perbalahan besar. Displin amat penting dalam memelihara ukhwah dan keutuhan UMNO.

UMNO perlu kembali menarik 'umat yang lahir dari produk DEB'. UMNO perlu kembali menjadi golongan aspirasi kepada umat bawahan, menengah yang 'receptive' terhadap kehendak rakyat dan mampu menangkap imaginasi umat Melayu.


UMNO perlu sentiasa menjadi relevan dalam menaiktaraf ekonomi umat Melayu dan Islam keseluruhannya. Tugas UMNO cukup penting untuk menjadikan umat Melayu 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan kaum kaum lain yang lebih berjaya.
UMNO kini berjuang bukan hanya atas dasar kepentingan orang Melayu semata mata. Bahkan dilihat sebagai organisasi pelengkap kemajuan bangsa bangsa lain di Malaysia. Tidak salah dikatakan bahawa UMNO turut menjadi anjakan paradigma kedaulatan Islam sebenarnya.

Sama ada juak juak pembangkang suka atau tidak, 'naive' dan 'ignorance', UMNO akan tetap menjadi kuasa dan teras poliik tanah air.

UMNO ... Selamat Ulang Tahun ke 64 !!!



MELAYU ATAS PAGAR

2 comments:

metu said...

blog replica bags from china hop over to here more hop over to this site 7a replica bags wholesale

Unknown said...

discover this info here their explanation why not look here internet click here to find out more basics