Monday, May 3, 2010



Bagaimana pandangan Dato' Seri dengan kemelut politiking yang berlaku di Perak?
Pasal mereka bertelagah ni, kerana mereka tidak mahu ikut cakap Sultan. Saya kata kita wajib taat kepada Sultan. Hadis Nabi Muhammad S.A.W. pun ada sebut kita wajib taat pada pemerintah kecuali pemerintah itu zalim. Dalam kemelut di Perak hari ini, kita tidak boleh kata Sultan itu zalim. Nak hukum zalim macam mana? Semuanya dalam pertimbangan Sultan.

Siapa yang banyak mengkritik dalam keputusan yang dibuat Sultan?
Orang Melayulah! Orang Melayu juga yang ramai maki hamun saya. Macam macam mereka kata. Saya tak pernah jumpa pun Sultan dalam hal ini. Nabi Muhammad S.A.W. dah kata, dari syak kepada yakin, daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada derhaka kepada taat. Jika mengajak kita berpecah itu bukan seruan nabi. Kerana mereka ini suka melakukan kerja syaitan, Kenapa kita perlu dengar kepada kepada hal hal dilarang Allah? Mereka tidak setuju dengan pendapat saya, mereka sanggup kata saya anjing. Mufiti sekarang anjing Kerajaan. Menyokong BN. Bila pula saya masuk BN? Saya tak campur pun. Sultan tidak pernah tanya saya. Waktu itu saya terperangkap. Menteri Penerangan datang, ada pula wartawan tanya saya apa hukumnya menderhaka kepada Raja? Itu yang saya kena jawab bila wartawan sudah tanya. Mereka marah.

Adakah Dato' Seri perjelaskan isu yang berlaku kepada masyarakat?
Pakatan Rakyat bukan ada perjanjian di antara mereka pun. Kita sudah bagi teks khutbah Jumaat, mereka tidak baca langsung. malahan sekarang doa untuk Sultan pun mereka tidak mahu baca selepas berlaku krisis politik di negeri ini.



Adakah tindakan mereka itu bertepatan dengan syariat?
Tidak tepatlah. Walaupun mereka kata bukan wajib pun kena baca doa untuk Sultan. Betul tidak wajib. Tetapi kita disuruh mendoakan, agar Allah memberi petunjuk kepada Sultan. Apa yang tidak boleh dilakukan kepada Sultan, apabila kita puji atas keadilan Sultan kerana belum tentu Sultan adil.

Jadi dalam kemelut Perak ini, perlu kita minta kepada Allah memberi taufik dan hidayah, selain menanamkan sifat ketaatan kepada perintah Allah. Itu yang patut kita doakan untuk Sultan. memang Allah suruh pun.

Apakah pandangan Dato' Seri mengenai kepentingan orang Melayu terutama dalam isu pajakan tanah 99 tahun?
Saya tidak pernah nasihat dan ambil tahu apa yang Dato Seri Nizar nak buat. Walaupun saya dilantik sebagai Exco tetapi bidang tugas saya hanya sebagai penasihat sahaja. Saya tidak boleh mengundi pun. Nak nasihat apa? Jika ada lapan Exco Cina, hanya dua Melayu Dah tentu keputusan memihak kepada bukan Melayu.



Adakah Nizar datang meminta nasihat selepas apa yang berlaku?
Tidak datang. Hanya hantar orang dia. Pandangannya banyak peribadi, saya tidak mahu campur. Mereka marahlah.

Adakah penyelesaian terbaik antara Nizar dan Zambry yang sama sama Melayu?
Mereka tidak rebut kuasa. Cuma mereka (UMNO) bagi tahu pada Sultan sekarang BN lebih daripada PR. Itu saja. Pasal dua wakil rakyat PR dan seorang kembali kepada BN. Terimalah hakikat tu. Tapi mereka tidak boleh terima. Sekarang majoriti wakil rakyat memihak BN.

Kalau kita mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi kita tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir. Kenapa kita lebih menyayangi orang kafir daripada orang Islam? Orang Islam kita sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk peluk pula.

Macam kes Elizabeth Wong memang dia jelas buat maksiat. Kenapa Ketua Muslimat peluk sampai menangis, dan macam mana Nik Aziz (MB Kelantan) boleh menyokong isu ini. Sedangkan kita tahu mereka tidak akan sokong Islam. Tengok saja Ketua DAP kata: "langkah mayat saya dulu".



Pandangan Dato' Seri melihat pemimpin Melayu hari ini?
Pemimpin Melayu perlu fikir ke arah pemurniaan akidah. Penting untuk terus pertahankan bangsa, agama dan negara, iatu motto perjuangan kemerdekaan kita. Kenapa sekarang, kita tinggal semua hal itu? Islam adalah agama negara yang tujuannya untuk Kerajaan membentuk Kerajaan Islam. Orang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali menggangu orang Islam.


UMWM berpendapat:
Sukar untuk dimengertikan sikap dan 'attitude' PARTI APA SAJA (PAS) dan ke mana hala tuju mereka.

Apa yang pasti, puak puak 'ERDOGANIST' ciptaan ANWAR IBRAHIM telah meliberasikan PAS kepada satu tahap kritikal dan sukar untuk dipulihkan.

PAS kini sudah menuju kepada peringkat ala 'Neo Konservatif' ciptaan Yahudi yang bergerak 'silently and secretly' di dalam Kongres US.

Ahli ahli PAS masih belum terlewat untuk menukar kembali wajah PAS kepada perjuangan asal kerana PAS kini sudah mengidap penyakit barah 'Stage 1 & 2' dan masih belum lagi menempuh 'Stage 3', tahap kritikal dan tidak boleh diubati lagi.

Hanya menunggu maut ! ....


MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: