Tuesday, February 10, 2015
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
Liwat: Anwar didapati bersalah
PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Panel lima hakim menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan berkenaan, hampir tujuh tahun lalu.
Panel berkenaan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.
Hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kekal
PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun berkuat kuasa hari ini terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.