Wednesday, January 15, 2014

Gambaran sebenar yang diberikan hanya menunjukkan UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak mempunyai reputasi, lemah, tiada jati diri dan mudah tunduk kepada situasi dan desakan persekitaran.


Penulis sengaja membiarkan blog ini terbiar selama enam hari berturut-turut sebagai memberikan penghormatan kepada parti UMNO yang semakin kehilangan TELURnya akibat dilanda 'menopause' atau menghidap sindrom 'mati pucuk', memandangkan parti ini sudah dimamah usia 66 tahun.

Jika mengikut perkiraan tahyul matematik, angka 66 bermaksud 6+6, menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 12. Bermaksud 1 jasad didalam liang lahad dengan 2 batu nesan terpacak diatasnya.

Apakah ini bermakna jasad UMNO semakin hampir berada dalam liang lahad dan bakal dipacakkan dengan dua batu nesan tidak lama lagi ?



Apa sudah jadi dengan UMNO sebenarnya ? ...

Walhal bagi dua kes di atas UMNO mempunyai 'locus standi', tuntutan yang sah disisi undang-undang untuk dibawa ke mahkamah dan perlu berbuat demikian berpandukan bukti kes yang kukuh. Lebih-lebih lagi bagi kes yang melibatkan ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

BUKTI UTAMA ... Artikel yang jelas terpampang TUDUHAN Tian Chua bahawa UMNO merancang insiden di Lahad Datu

Dua petuduhan berat Tian Chua cukup jelas terpampang pada 2 perenggan artikel tersebut :

1) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO
2) Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah.

Barangkali UMNO mahu dilihat sebagai sebuah parti yang 'GENTLEMAN'. Berkemungkinan juga melalui tindakan penyelesaian luar mahkamah mampu memberikan lonjakan 'POLITICAL MILEAGE' terhadap parti.

Sedia memaafkan musuh dan seteru politik, walaupun seringkali dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah sehingga menyebabkan imej dan kredibiliti parti sudah pun terjerumus ke dalam lubang najis.

Gambaran sebenar yang diberikan hanya menunjukkan UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak mempunyai reputasi, lemah, tiada jati diri dan mudah tunduk kepada situasi dan desakan persekitaran.

TIAN CHUA : Lepas ni gua fitnah UMNO lagi, kita settle luar mahkamah boleh ?
ABD RAOF : Boleh, boleh. UMNO pun bukan berani masuk mahkamah.

Reputasi apa yang dimomokkan oleh Setiausaha Kerja UMNO bahawasanya parti itu terjejas akibat tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh ahli Parlimen Batu ini, jika terpaksa menyelesaikan pertuduhan berat ini diluar mahkamah ?

Persoalannya, sudahkah Setiausaha Kerja UMNO ini memikirkan perasaan pedih dan pilu isteri, anak serta keluarga lapan anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu tempoh hari ? Ahli Parlimen Batu ini tetap menganggapnya sebagai sebuah sandiwara.

Dan ini bukanlah pertama kali kes yang melibatkan UMNO semakin kehilangan TELURnya apabila menghadapi tuduhan dan fitnah dari pembangkang.


Menteri 'TIN KOSONG' UMNO ini juga, pada bulan Ogos tahun lalu menarik balik saman malu terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan pembabitannya dalam transaksi pembelian tanah dan saham oleh sebuah syarikat.

Sifat kononnya 'GENTLEMAN' beserta 'POLITICAL MILEAGE' hanya akan menambahkan calar terhadap imej UMNO.

Rakyat marhaen kini semakin mentertawakan UMNO sebagai tidak mempunyai pendirian tetap dan tegas dalam mempertahankan maruah parti. Secara tidak langsung, ia hanya membenarkan insiden Lahad Datu sebagai satu sandiwara UMNO semata-mata.

UMNO kini bukan seperti UMNO suatu waktu dahulu. UMNO kini semakin tumpul taringnya, semakin hilang kejantanannya, semakin mengecut TELURnya.


Pembangkang pasti akan tampil dengan pelbagai fitnah, tohmahan atau hasutan yang baharu namun UMNO tetap dengan pendiriannya "Penyelesaian luar mahkamah adalah jalan yang paling selamat".







7 comments:

Anonymous said...

setuju..umno xkn sedar hingga dah tergadai smuanya..

Anonymous said...

perjuangan melayu palsu dan budaya songsang umno hari ini yg menyebabkan Allah tarik kehebatan lampau mereka.
30% kouta ekonomi Melayu menyusut disebat oleh golongan mamak yg menyamar melayu dlm umno....

zarena cantik said...

kami tunggu up date info berikutnya gan, thanks
Selaput Dara Buatan
Obat Perangsang
Viagra USA Obat Kuat Pria
Bio Slim Herbal
Obat Mata Herbal
Perangsang Wanita
Obat Perangsang Cair
Perangsang Sex Drops
Semenax Penyubur Sperma
Vagina Tabung
Vagina Center
Boneka Seks Full Body Cantik
Vagina Pinggul
Alat Bantu Sex Pria
Vagina Elektrik
Penis Elektrik
Penis Tempel
Penis Manual
Penggeli Vagina
Penggemuk Badan
Cialis Obat Perkasa
Meizitang Obat Diet Alami
Quick Slim Penurun Berat Badan
Obat Peninggi Grow Up USA
Celana Hernia
Vigrxplus Pembesar Vital
Herbal Slim Peluntur Lemak
Pelangsing Lida
Vakum Penis
Alat Pembesar Penis
Pembesar Payudara
vimax canada Pembesar Penis Alami

oke NAgaqq said...

Susah cari Situs judi online yang bisa di percaya...?
Mari gabung di AGEN BANDARQ
Bonus Refferal 20%
Bonus Turn Over 0,5%
Agen Judi Online Terbesar dan Terpercaya se asia
Daftar dan buktikan sendiri sekarang juga..
WHATSAPP : +855967014811
PIN BB : 2B209F68

imutsss said...

togel online
bandar togel terpercaya
agen togel
judi togel

Anonymous said...

kyrie 7
kyrie 9
supreme new york
palm angels outlet
chrome hearts outlet
kd 15
golden goose
supreme
off white outlet
palm angels hoodie

Anonymous said...

yeezy
supreme
paul george
yeezy boost 350 v2
fear of god essentials
a bathing ape
yeezy 350 v2
kd 12
air jordan travis scott
golden goose