GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/25/13

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

DAP HILANG MARUAH ... Akar Umbi Mahu Tukar Nama Kepada AAP ... 'Autocratic Action Party'

| Friday, January 25, 2013
Pengerusi DAP cawangan Cawangan Desa Dahlia, Senawang, Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason mendakwa pemilihan CEC jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.



Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.

Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.


Read More, COCKY ARROGANT TOKONG


Akibat KUAT FITNAH ... Lembu Gila PKR DI SAMAN LAGI

|

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli berhubung artikel di dlm blognya yang didakwa berunsur fitnah, palsu dan tidak benar.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan.

Ahmad Zahid selaku plaintif berkata, perkataan tersebut antaranya membawa maksud beliau tidak kompeten, salah guna kuasa sebagai Menteri Pertahanan dan tidak jujur.

Sebelum itu, Zahid telah melantik peguam bagi mendakwa Rafizi di mahkamah berhubung kes itu, jika tidak memohon maaf dalam masa terdekat.

Beliau menyifatkan tuduhan Rafizi bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dengan menyelewengkan dana LTAT bagi pembelian tanah bernilai RM160 juta oleh sebuah anak syarikat LTAT, Boustead Holdings Sdn Bhd, sebagai melampau.

“Tuduhan itu melampau kerana mengaibkan saya. Fakta yang dikemukakan tidak benar sehingga menimbulkan keaiban kepada pengurusan LTAT.

“Saya beri peluang kepada beliau memohon maaf kerana saya ikhlas dalam perkara ini. Terimalah keikhlasan saya, kalau mahu mengakui kesalahan dan kesilapan,” katanya.

Zahid berkata, tuduhan itu adalah cubaan menghakis kepercayaan pencarum kepada pengurusan LTAT, walaupun pembelian tanah itu dilakukan oleh anak syarikat LTAT.

Beliau mencabar Rafizi melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan itu.


Read More, LEMBU PKR GILA PUBLISITI

Apa MUSLIHAT Anwar Jemput Duta EU Ke Sidang Media PKR ?

|

GWM difahamkan dari sumber dalaman PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menjemput media tempatan mahupun media antarabangsa untuk menghadiri sidang media PKR hari ini, 25 Januari 2013, jam 11.45 pagi di Tropicana.

Ada tetamu khas yang dijemput menurut sumber dalaman PKR ini. Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Luc Vandenbon.

Tidak pula diberitahu tujuan sidang media ini diadakan. Namun begitu GWM yakin sidang media pada hari ini adalah berkenaan dengan EU-Malaysia Free Trade Agreement (FTA).

Tampak sahih Anwar mahu mengambil kesempatan ke atas perjanjian EU-Malaysia FTA yang masih belum dimeterai sejak dari 2010.

Barangkali juga delegasi EU ini dijadikan batu loncatan Anwar untuk memburukkan lagi imej dan kredibiliti kerajaan.

Inilah kehebatan Anwar ... menangguk di air yang keruh.

Pelik ... Mengapa dan apa rasional dijemput Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Luc Vandenbon ke sidang media PKR pada hari ini.



Barangkali juga Luc Vandenbon ini mempunyai hubungan yang erat dengan para pemimpin pembangkang.

Luc Vandenbon bersama ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib

Research Officer Khalid Ibrahim, Tricia Yeoh juga hadir dalam majlis Luc Vandenbon bersama ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib

Luc Vandenbon bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Guan Eng

Luc Vandenbon bersama Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee



Apakah selain dari National Endownment for Democracy (NED), Anwar kini turut mempergunakan EU untuk menjatuhkan kerajaan?

Tampak Anwar Ibrahim all out kali ini ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU