GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/20/13

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Isyarat Jelas Sultan Kelantan ... PAS Kelantan MAKIN PANIK

| Sunday, January 20, 2013

KOTA BHARU 20 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 telah memberi pekenan kepada kerajaan bagi melantik wakil-wakil di kalangan kerajaan negeri bagi menganggotai jawatankuasa khas berhubung kajian isu royalti minyak di negeri itu.

"Kita akan tubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan diwakili oleh wakil kerajaan negeri dan Ke Bawah Duli Sultan Kelantan sudah pekenan untuk melantik wakil dalam jawatankuasa ini.

"Jawatankuasa ini akan membincangkan satu persatu secara mendalam mengikut perlembagaan, secara telus (isu royalti). Kita tidak akan selindung dan buat keputusan yang adil...adil pada rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang," kata Najib ketika berucap pada Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Kelantan hari ini.

Jawatankuasa yang turut dianggotai oleh Najib diwujudkan atas dasar tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membincangkan mengenai hak-hak rakyat di negeri-negeri pengeluar minyak berhubung tuntutan royalti.


Read More, KLPOS



Barangkali ramai yang tidak mengetahui Tuanku Sultan Kelantan pernah berjumpa dengan Perdana Menteri secara sulit sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu bagi membincangkan isu royalti ini.

Atas dasar itulah Perdana Menteri bersetuju dengan titah Tuanku Sultan Kelantan agar diletakkan wakil Tuanku dalam jawatankuasa khas ini agar PAS Kelantan tidak akan memutarbelitkan sebarang keputusan yang dipersetujui hasil dari perbincangan nanti.

Husam Musa tidak boleh lagi temberang memandangkan wakil Tuanku Sultan Kelantan adalah mata dan telinga yang akan melaporkan keputusan perbincangan jawatankuasa khas ini.

Rakyat Kelantan tidak perlu lagi risau ... Najib sudah memberi jaminan "Kita tidak akan selindung dan buat keputusan yang adil...adil pada rakyat Kelantan".

Namun apa yang pasti PAS Kelantan cukup risau dengan perkembangan mutakhir ini. Apa perlu Tuanku Sultan Kelantan meletakkan wakil dalam jawatankuasa khas ?



TERKINI ... Anwar Mahu PAS PECAT SEGERA Haron Din ?

|

SHAH ALAM 20 Jan. - Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.

"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.

"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.

"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.

"PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,” tegasnya.


Read More, TUBUH UNDANG-UNDANG KHAS KALIMAH ALLAH

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU