GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/15/13

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MengAIBkan ... PKR Dakwa Majlis Syura PAS ... SAMPAH SARAP, NAJIS

| Tuesday, January 15, 2013
Majlis Syura Ulama PAS tidak ubah seperti lalang



Kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang masih berpegang kepada Pakatan Rakyat pada 2010 berkaitan tentang kalimah Allah membayangkan keputusan Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 tidak mampu mengubah apa-apa keputusan yang disepakati bersama sebelum ini.

Ini kerana Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 hanya melibatkan pendirian di kalangan PAS sahaja sedangkan keputusan pada 2010 melibatkan konsesus bersama di antara Pas, Dap dan Pkr.

Tambahan pula, 5 hari sebelum Majlis Syura PAS membuat keputusan rasmi pendirian partinya, pada 8 Januari 2013, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membacakan kenyataan bersama yang disepakati Dap dan Pkr untuk berpegang teguh kepada konsesus 2010.

Justeru itu, ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Hadi menarik balik persetujuan bersama antara beliau dengan pemimpin tertinggi Pakatan yang pernah dibuat sebelum ini.

“Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS yang memutuskan kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam. (Ia) bercanggah dengan kehendak Lim Guan Eng, Anwar dan Datuk Seri Hadi!.

“Datuk Seri Hadi dan kepimpinan eksekutif PAS wajib menarik balik dan membatalkan persetujuan dengan DAP dan PKR untuk membenarkan Kristian menggunakan kalimah ALLAH!,”katanya menerusi akaun twitter beliau, zulkiflinoordin semalam.



Pengakuan Anwar ... "Kalimah ALLAH Penting Untuk UNDI Sabah, Sarawak"

|
Anwar nampak peluang ini boleh diperoleh dengan membawa semula isu kalimah Allah. Walaupun berdepan dengan risiko hilang sedikit undi Melayu, Anwar tidak peduli.



Anwar Ibrahim sememangnya tahu, pembangkang akan hilang sokongan dan undi Melayu jika dibangkitkan kembali isu kalimah Allah.

Bijaknya Anwar tidak perlu beliau kehadapan menjuarai kalimah Allah, cukup sekadar diberikan tugasan ini kepada Tokong Besar Lim Guan Eng untuk mencetuskan kembali polemik ini.

Yang dicari Anwar selama ini adalah kekuatan undi untuk memenangi beberapa kerusi Parlimen di Sabah. Anwar mahu pecah peti deposit BN di negeri dibawah bayu.

Anwar nampak peluang ini boleh diperoleh dengan membawa semula isu kalimah Allah. Walaupun berdepan dengan risiko hilang sedikit undi Melayu, Anwar tidak peduli.

Anwar yakin, PAS boleh perbetul keadaan menjelang pilihanraya umum nanti. PAS adalah khadam terbaik untuk melakukan modus operandi ini.

Peluang di Semenanjung semakin gelap dan kusam. Fokus dan tumpuan harus diletakkan di Sabah dan Sarawak.

Rakyat di Semenanjung barangkali tidak nampak kekuatan Anwar bermain isu kalimah Allah, namun tidak bagi rakyat dan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Dan GWM menjangkakan isu saman Jill Ireland, anak Melanau yang jadi ahli Sidang Injil Borneo (SIB) pasti akan di bangkitkan semula oleh Anwar, PKR dan DAP bagi menarik perhatian penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Kes ini masih berterusan


Jill, a member of the Sidang Injil Borneo (SIB) church, had sued the ministry for confiscating her personal collection of CDs at the airport in 2008 simply because they bore the word “Allah”.

The 29-year-old ethnic Melanau had demanded that the CDs — titled: “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah”, “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah” and “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah” — be returned despite the ministry’s claim to her that the items were a threat to national security.



Tukang Bakar
Tokong Besar dan Setiausaha Agung DAP, Guan Eng sekadar 'membakar suis' mahukan kerajaan menarik kembali pengharaman kalimah Allah dalam Bible. Perlu diingat, majoriti besar daripada 9.2 peratus penganut Kristian adalah di Sabah dan Sarawak.

Suis Mula Terbakar
Pakatan Rakyat dalam satu sidang media di ibupejabat PKR Tropicana bersetuju kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam.

Hadi Awang dalam sidang media berkata penganut Kristian jangan menyalahgunakan kalimah Allah namun tidak menolak penggunaan Kalimah Allah.




Anwar ada lesen besar nak main isu apa sekali pun. Janji dapat undi ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU