Sikap pemimpin PAS takut jumpa wartawan apabila ada isu besar babitkan parti itu bukan cerita baru.
Sudah beberapa kali kejadian pemimpin- pemimpin PAS ‘lari’ ikut pintu belakang selepas mesyuarat penting kerana tahu ada petugas media tunggu di kaki lima depat pejabat PAS di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.
Pernah wartawan tunggu berjam-jam tetapi akhirnya hanya diberikan kenyataan akhbar oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu.
Ahad malam, kejadian sama berulang terhadap kira-kira 20 petugas media yang mahu buat liputan mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS berhubung isu kalimah Allah.
Semuanya mengharapkan dapat bersemuka dengan pimpinan tertinggi parti itu untuk mengemukan berbagai soalan berhubung kontroversi isu itu.
Selepas dua jam mesyuarat yang bermula 9 malam, petugas yang menunggu dimaklumkan tidak ada sidang media.
Kakitangan di pejabat itu juga memaklumkan pemimpin utama termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah balik.

Kerana Menteri Besar Kelantan itu tidak keluar ikut pintu depan pejabat, sahlah beliau keluar ikut pintu belakang.
Harapan terakhir wartawan untuk jolok juga pemimpin PAS tertumpu kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang dipercayai belum meninggalkan bangunan itu.
Dalam dok tunggu, kakitangan terbabit keluar berjumpa pemandu Dr. Haron.
Sangkaan wartawan bahawa Dr. Haron juga akan ‘lari’ ikut pintu belakang betul apabila pemandu itu beredar.
Akhirnya, kakitangan itu muncul 10 minit kemudian mengedarkan kenyataan akhbar mengenai mesyuarat Majlis Syura Ulamak – badan tertinggi PAS yang ditandatangani Nik Aziz dan Dr Haron.
Selepas masing-masing dapat kenyataan akhbar itu, ramailah wartawan merungut kerana takut keliru kenyataan diberikan.
Hendak rujuk dengan siapa lagi, rungut seorang petugas media yang khuatir silap mentafsir kenyataan akhbar berhubung isu kalimah Allah itu.
Apakah Ahli Majlis Syura takut nak berdepan wartawan dan jawab soalan-soalan yang mungkin menguris hati rakan politik – DAP berhubung isu itu.
Read More, AGENDADAILY, KLPOS







