Tuesday, December 10, 2013


Mungkin sudah tiba masanya dirungkai cerita ini kerana andai perkara ini saya bawa ke pihak atasan, saya yakin tiada tindakan yang akan diambil mengenangkan Nik Anis Nik Zakaria adalah antara 'orang-orang' yang sangat rapat dengan Tan Sri Bashir sendiri.

Saya tidak lagi boleh bertoleransi dengan sikap sesetengah individu di dalam MAHB yang meMANIPULASI proses pemberian TENDER bagi PROJEK DALAMAN syarikat. Apa yang saya akan beritahu di bawah mungkin hanya satu daripada BANYAK LAGI KES yang menimbulkan keraguan dalam pemberian tender dalam MAHB.

Majalah keluaran MAHB yang bertajuk Convergence adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan KLIA. Jadi ini adalah satu projek yang penting bagi MAHB. Projek ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Komunikasi Korporat yang diketuai oleh Nik Anis Nik Zakaria dan agensi yang diberikan tender bagi mengeluarkan majalah terbabit (2010 – 2013) adalah AMG Holding International Sdn Bhd (AMG).


Berkenaan AMG, ramai kakitangan MAHB, khususnya dari bahagian Komunikasi Korporat yang terpaksa berurusan dengan mereka dalam projek berkenaan, bersetuju bahawa prestasi kerja mereka adalah TIDAK mencapai tahap yang dikehendaki. Di sebabkan perkara yang sedemikian, juga berikutan kontrak dengan agensi terbabit akan tamat pada penghujung tahun ini, bahagian Komunikasi Korporat telah memanggil beberapa agensi lain bagi tujuan bidaan tender pada Julai 2013. Mereka diminta untuk menyediakan kertas kerja bagi projek berkenaan dan diberi masa selama sebulan untuk berbuat demikian.

Melalui satu proses pemilihan yang dijalankan berdasarkan kertas kerja yang dihantar oleh agensi-agensi yang mengambil bahagian, dua agensi (Agensi A dan Agensi B) telah disenarai pendekkan. Yang menarik adalah AMG tidak langsung tersenarai sebagai ‘top 3’.

Walau bagaimanapun, Nik Anis telah kemudiannya melakukan apa yang saya kira sebagai keterlaluan dengan menarik balik kertas pemarkahan beliau bagi tujuan penilaian semula. Tindakan ini menyebabkan AMG disenaraikan semula dalam senarai agensi yang telah dipilih setelah pilihan kedua (Agensi B) disingkirkan atas alasan teknikal. Kami semua sebenarnya sedia maklum dengan hubungan baik antara Nik Anis dan juga pemilik AMG, namun saya cuba untuk memberinya the benefit of the doubt.

Nik Anis Nik Zakaria di dalam majallah Passion, keluaran AMG

Tindakan Nik Anis yang seperti pilih bulu sangat mendukacitakan, lebih-lebih lagi apabila hasil kerja yang ditunjukkan oleh Agensi A adalah jauh lebih baik daripada agensi sedia ada dan saya tidak nampak keperluan untuk terus berurusan dengan AMG.

Jadi, saya merasakan adalah tanggungjawab saya sebagai seorang kakitangan untuk mempersoalkan mengapa dalam organisasi besar seperti MAHB, perlakuan yang saya lihat menyalahi etika (sila lihat lampiran mengenai Kod Etika Perolehan) terus dilakukan secara terang-terangan dan ianya seperti mendapat restu orang atasan.

Selanjutnya, klik MALAYSIA TODAY



Sebenarnya blog ini tidak melihat perkara di atas sebagai sesuatu yang 'BARU' berlaku dalam mana-mana syarikat-syarikat GLC ...

Ramai sebenarnya yang telah melakukan spekulasi. Malah ada sesetengah pihak tahu dan arif mengenai sikap pilih kasih pemberian projek dalam MAHB.

Sikap pihak pengurusan MAHB yang tidak mengendahkan sebarang laporan salahlaku oleh kakitangan bawahan hanya akan membusukkan lagi nama kerajaan dan BN dengan imej korupsi, kronisme dan nepotisme. Seharusnya pihak pengurusan MAHB perlu peka dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Apa sahaja perkara yang melibatkan rasuah, kronisme dan nepotisme maka rakyat akan mula menuding jari terhadap kerajaan. Walhal mereka yang terlibat dalam isu kronisme dan nepotisme di MAHB tidak pernah melihat IMPAK yang bakal ditanggung oleh kerajaan dan BN.

Amalan nepotisme dan kronisme di atas barangkali hanyalah sebilangan kecil yang diketahui oleh umum. Itupun setelah kakitangan MAHB yang mendedahkan tembelang 'WAYANG' yang berlegar dimainkan oleh pengurusan tertinggi GLC ini.

Begitu juga dengan keLEWATan siapnya projek KLIA2 ...


Sebuah GLC yang ditubuhkan pada 1991, MAHB kini menjadi operator di 19 lapangan terbang tempatan dan 5 lapangan terbang antarabangsa, di Kazakhstan, dua di India, Turkey dan Maldives.

Seharusnya sebagai sebuah GLC yang kompeten dan berpengalaman luas, kelewatan projek KLIA2 tidak timbul. Kelewatan ini juga turut dikaitkan dengan TANGAN-TANGAN GHAIB yang berlegar dalam pengurusan MAHB.

Kerajaan perlu bertindak segera dan pantas dalam menangani kelemahan sistem dan pihak pengurusan setiap GLC. Setiap kelemahan yang dipaparkan kepada umum oleh kakitangan-kakitangan GLC sendiri bakal menjadi BARAH kepada imej dan kredibiliti kerajaan.











4 comments:

Anonymous said...

Mana whistle blower channel yg MSHB ujudkan! Jgn jadi iklan cookies..dari dijaja disini wajib bagi yg ada bukti gunakan whistle blower...

Anonymous said...

bukan MAHB jer,byk GLC2 lain memain peranan penting dalam karoknism,pilih bulu,itu sebab ramai usahawan bumiputera mengelakkan diri terlibat dgn GLC2 mangkuk nih...

siti said...

Aaaaaaa

Unknown said...

I like it this really good information

semenax herbal
semenax asli
obat penyubur sperma
semenax penyubur sperma

vimax izon
vimax kapsul
vimax asli
obat pembesar penis