CALON Pas bagi DUN Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar (berdiri tengah) menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 10 orang penyokongnya di Kampung Pantai, Lenggeng malam tadi.
Pas menerima TAMPARAN AWAL pada hari pertama kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila ceramah calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar HANYA DIHADIRI 10 ORANG PENYOKONG di Kampung Pantai dekat sini malam tadi.
Walaupun bercakap soal janji, habuan dan kebaikan menyokong pembangkang, khususnya Pas, Zulkefly nyata GAGAL MENARIK PERHATIAN orang ramai untuk hadir ke ceramah yang dibuat di bawah sebuah khemah itu.
Tambahan pula, kemampuan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ishak Ismail yang turut mengadakan ceramah pada jarak 50 meter itu, LEBIH MENGGAMIT penyokong untuk hadir mendengarnya.
Lebih menyedihkan ceramah bermula pukul 10 malam di kem Pas itu, tidak kedengaran laungan "takbir" seperti selalu, malah wajah penyokong yang mendengarnya juga kelihatan mengantuk.
Zulkefly dalam ceramahnya yang hambar itu, menggunakan kesempatan untuk memburuk-buruk Barisan Nasional (BN) khususnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya gagal menguruskan negara.
Malangnya dia tidak pula memberitahu betapa gagalnya diri sendiri kerana tidak mampu mentadbir kem ceramahnya sehingga yang datang pada majlis itu hanya 10 orang sahaja.
sumber : UTUSAN ONLINE
Hellooo memang 100ribu yg dtg. Hantu Raya belaan saya yg bagitau. Geng2 jin and setan ramai yg turun. Cuma kita manusia je yg tak nampak.
ReplyDeleteHoi 20 la. Bayang kena lah campur sekali. Kambing lembu, ayam, nyamuk, tikus, lipas, ulat gonggok tu dah lebih 100000. Betul la tu.
ReplyDeletepala hotak korang. 1,000,000 laaa. campur kuman, bakteria, lalang, puntung rokok, bla, bla bla ...
ReplyDeletetak lah... 10 org je dlm gambar ni termasuk penceramah.Jgn pitnah2.. x baik bro, diorg dah mula nak demam tu. Nak buat camne. ni je yg dpt surat jemputan, yg lain g tengok bola kot.... wakakakaka
ReplyDeletesaya org Pantai pun hairan ..tahun ni pru13 kg ni meriah dgn bendera BN je.. bendera pas blh dikira berapa helai je... kenapa ekkk blm berjuang dah mengaku kalah ke
ReplyDeletekelakar la u all ni..kikikiku
ReplyDeleteKalau kira helai rambut ....
ReplyDeleteITU BUKAN LENGGENG TETAPI LENGANG.......
ReplyDeleteMungkin dia silap haribulan kot atau pun 99,990 yang lain semuanya wanita. Ada dibelakang sana tu sedang siapkan juadah dan minuman ringan kepada para hadirin.
ReplyDeleteYang lain sedang berbuka puasa sunat. Tinggal 10 orang yang kurang alim ini.
ReplyDeleteMamat yang sebelah belakang sekali bahagian kanan tu sedang melihat kebelakang sambil merasa menyesal dia datang malam ini dan rasa nak belah sahaja.
ReplyDeleteNenek aku kahwin tuari pun jemputan yang datang melebihi 2000 orang....hahaha.
ReplyDeleteYg korng xnampak tuh semuanya gi tandas...berak...tuh yg tinggal 10 org jer....
ReplyDeleteMst ada acara berak oMEGA...berak beramai2.....mst masok world record sbb kat 100ribu berak beramai2...
ish ish ish ...
hahaha! gambar amik sorok2 macam komando hutan! hahaha!
ReplyDeleteapasal gambar ceramah BN tak ada gambar, kata ramai, entah2 cuma penceramah dengan pengerusi aje yang hadir.
ReplyDeleteItu tanda nak kalah
Deletehahaha konspirasi tahap tertinggi!!
ReplyDeleteBagus mcm sb ramai dah ahli pas yg sedar. Dia org buat apa nak gaduh gaduh pasal parti sb yg untungnya pemimpin dia org. Lepas ini harap penyokong pas sokong BN. Pas dah tak di terima majoriti dgn keluarnya hasan ali dan ustaz nasa. Aku rasa selepas pru ni byk pemimpin pas akan bubar.
Deletemcm harun din dan stopa ali. Semoga melayu pas akan ikut sura majoriti.
ReplyDeletePAS tetap ikhlas & sabar dalam perjuangan.... walaupun hanya beberapa orang saja pada ketika ini.
Kita, PAS tetap berdoa & bertawakal kepada Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya hanya Allah lah yang membalik-balikkan hati manusia. Dialah yang menentukan keputusanNya. Amin.
Allahu Akbar x3!