Monday, April 22, 2013

Hadi Awang DAKWA calon PKR mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'



PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenismethamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.

"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.

"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.

"Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya.


Artikel selanjutnya klik, PR JAHANAM



Pssstt Hadi Awang ... Anwar Tak Ada MASALAH MORAL ke ???








2 comments:

Anonymous said...

Frealaysiakini2 dah desperate..dah kurang langganan ke?

Unknown said...

PKR ada idealis Marxism??? Takkan baru ini Hj Hadi tahu??? Dulu-dulu lagi Nik Aziz kata Syed Husin (PKR) adalah sosialis...sosialis tu samalah dengan kominis, kata Nik Aziz!!Semua puak-puak PSRM ni dah masuk jadi PKR adalah sosialis!! Tapi apa nak gaduh...kan DAP juga adalah penganut sosialis??..Pemuda mereka adalah anggota Sosialis International!!!
Jadi, alasan Hj Hadi yang PKR tu pengikut Marx, Lenin, Stalin....Mao Tse Tung...Chin Peng kena masuk bakul jugak....adalah alasan lembik!!Yang dari dulu lagi dah bersekongkol dengan puak-puak sosialis PRSM, PKR dan DAP tu apakaer halnyer???Tak macam UMNO/BN...bertumpah darah dan bersabung nyawa lawan bukan ajer sosialis, tapi bapak mereka yang jadi komunis dan pengganas!!! Alasan Hj Hadi yang calon PKR ada yang pengedar dadah itu mungkin lebih munasabah!!! Polis Anti Dadah...tolong tangkap calon PKR ni...jangan bagi bertanding!!! Haji Hadi kena report polis...jangan subahat dengan pengedar dadah!!!!!