GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/31/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Kejutan 2013 ... Azhar Idrus Gelar ... PAS PARTI PENGHUNI NERAKA Selepas UMNO

| Monday, December 31, 2012

Umum tahu, Azhar Idrus ini penceramah agama yang tiada tauliah, tiada ijazah dan tiada kelayakan langsung untuk mengajar agama. Sekolah pun di sekolah Inggeris, sekolah pondok pun tak pernah, Universiti Al Azhar apatah lagi. Tapi sebab dia ada pengetahuan sikit (mungkin berguru) dan gemar ‘melawakkan agama’ sehingga buat orang ramai ketawa, maka jadilah dia popular.

Antara lawak bodoh Azhar Idrus yang penulis pernah dengar ialah soalan kenapa orang perempuan tidak boleh masuk kawasan kubor, jawab Azhar Idrus sebab orang itu tak mati lagi!!! Tak ke bodohnya lawak, sejak bila pula nak masuk kawasan kubor kena mati dulu?

Tapi, biasalah orang Malaysia, trend sekarang memang suka tengok lawak jenaka, itu yang Maharaja Lawak laku, rancangan realiti macam menyanyi semua dah tak beberapa nak diperhatikan orang.

Bagaimanapun, kepopularan Azhar Idrus sekarang ini disalahgunakan untuk kepentingan parti politik oppurtunis macam PAS, yang kita tahu gemar cari jalan singkat untuk mendapatkan penyokong, antara lain menggunakan orang yang diketahui mempunyai pengikut dan peminat mereka sendiri macam bekas-bekas artis, tidak terkecuali Azhar Idrus inilah.

44-lesen-arak-785655

Maka itu tidak hairanlah kenapa baru-baru ini bila kecoh di alam maya Azhar Idrus dipetik sebagai berkata undi UMNO masuk neraka kerana meluluskan lesen judi dan arak – ramai melihat kenyataan itu saling tak tumpah macam Amanat Hadi yang ‘menjustifikasikan’ kenapa UMNO ini perlu ditolak dan PAS itu perlu disokong.



Penulis tidak rasa Azhar Idrus ini terlalu bodoh, sehingga tak tahu bahawa PAS, PKR dan DAP juga meluluskan lesen judi dan arak di negeri yang diperintah masing-masing. Malah kalau nak jadikan contoh di Selangor ini, bukan itu sahaja yang diluluskan tapi ada tambahan iaitu lesen rumah urut yang diantaranya menyediakan urutan B2B (body to body).



Soal lesen baru atau memperbaharui lesen, itu soal lain. Yang penting sudah jadi kerajaan negeri, kuasa dalam tangan, kalau mahu tidak sambung lesen pun boleh.

Tapi bila Azhar Idrus mengenepikan itu dan menyebut UMNO sahaja, maka kita sudah nampak dia menyebarkan fahaman politik PAS dan bukan sangat nak mengajar agama – yang mana dia memang takdak kelayakan pun.

Hakikat bahawa lesen judi dan arak yang diluluskan kerajaan UMNO adalah untuk meraikan kehendak 40% rakyat bukan Islam di negara ini (tidak termasuk pelancung asing lagi tu), bukan orang Islam, diketepikan begitu saja oleh Azhar Idrus. Bukan dia tak tau, saja buat-buat tak tau, sibodoh ni.

Tak tahulah apa pandangan orang bukan Islam dengan ‘fatwa’ Azhar Idrus ni.

Dengan Nik Aziz hampir-hampir putus nafas, rasanya kunci syurga dan neraka sudah dipindah milik kepada Azhar Idrus sekarang. Di tangan Azhar Idruslah yang menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka.

Sebetulnya penulis tak faham apa pendirian macai PAS dalam soal menuduh UMNO kafir, tolak Islam, masuk neraka dan sebagainya ni? Kalau menyokong, kenapa bila Nik Aziz kata UMNO ini tolak Islam dalam muktamar lepas, masing-masing (termasuk Nik Aziz sendiri) pakat nafi dan tuduh Utusan fitnah?

Begitu juga Amanat Hadi, kenapa masing-masing pakat tak mengaku?

Bila ada beruk macam Azhar Idrus ini keluar kenyataan macam itu, masing-masing ambil statement itu dan jadikan rujukan pulak?

Nak dijelaskan kepada para biol-biolan ini, syurga dan neraka kuasa Allah swt untuk menentukan siapa yang masuk dan siapa yang tidaknya, bukan Azhar Idrus. Ini perkara asas yang semua orang mengaku Islam patut tahu. 

Orang macam Azhar Idrus ni, patut diludah saja sebab cuba-cuba nak ambil alih kuasa tuhan.


sumber : MYKMU

Menjelang 2013 ... NGEH HINA LAGI ISLAM, NIK AZIZ KATA MANTAP

|

Tiada lagi pilihan melainkan menggunakan Islam tajaan PAS untuk menghina penganut Islam di negara ini. PAShit For All.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham perlu mengguris dan meludah sensitiviti umat Islam untuk menutup kecelakaan skandal kronisme tanah dan balak aksi bersama Nga Kor Ming dan Nik Aziz.

Celaka besar semakin menghimpit DAP menyaksikan ramai pengundi Cina mulai memperlekehkan kredibiliti pemimpin DAP ini.

Competency, Accountability and Transparency sudah menjadi Cocky, Arrogant and Tokong ...

Act of diversion paling terbaik adalah menyakitkan lagi hati umat Islam di negara ini. Lebih teruk lagi, PAS turut sama diheret dalam kancah

'I Lap You ... You Lap Me, I Raba You ... You Raba I'


Bukannya Pengerusi DAP Perak ini tidak tahu pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Malaysia.

Cuma akal Pengerusi DAP Perak ini cerdik sedikit berbanding dengan pemimpin sebuah parti dengan slogan 'PAS for All Dummies'.

Heret sahaja nama parti yang mampu menjanjikan syurga kepada penganutnya ke dalam kancah.

Pemimpin PAS mula malu alah ...

Nik Aziz tidak pernah kisah Islam dilacurkan oleh big boss dalam Pakatan Rakyat. Yang penting sokongan dan undi mampu diterjemahkan untuk menawan Putrajaya.

Anwar Ibrahim lagilah ... Inilah ajaran pluraslime yang diterjemahkan dari kitab anutannya.

Media dan blogger pro pembangkang ... senang kerja.

Jilat dan telan bulat-bulat sahaja apa yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Janji masyuk ...



Aliran Keluar Wang Haram ... Bukti LEMAHNYA KEPALA HOTAK ANWAR IBRAHIM Akibat Kuat Meliwat

|
Laporan GFI ini sekaligus dimainkan oleh pembangkang untuk memberikan persepsi kepada rakyat Malaysia kononnya korupsi menjadi punca utama pengaliran keluar wang haram berjumlah USD 64.38 billion iaitu anggaran yang dibuat untuk tahun 2010 adalah tidak benar sama sekali.

Bukan Anwar Ibrahim jika berbohong itu tidak menjadi amalan zikir utama dalam kehidupan seharian.

Anwar yang semakin kekeringan idea akhirnya terpaksa menggunakan idea aliran keluar wang haram sebagai modal terbaru untuk terus memburukkan kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib.

Sekilas pandang, rakyat berkemungkinan akan termakan juga umpan dan tohmahan Raja Kote Bengkok ini.

Persoalannya ... apakah benar tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang yang menjadi igauan dan idaman penjilat tegar ahli dan penyokong pembangkang ini.

Pernahkah rakyat membaca laporan dari Global Financial Integrity (GFI) ?

Molek benar jika GWM paparkan sebahagian dari tohmahan dan fitnah Anwar Ibrahim sebelum membuktikan akal dan pemikiran beliau yang semakin tidak waras.




Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. Walaupun ini sudah diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2010 tetap mengejutkan negara.

Sebab itu saya memulakan siri sidang akhbar mingguan saya menjelang Pilihanraya Umum 13 (PRU13) ini dengan memberi fokus kepada krisis aliran keluar wang haram. Ia menjadi bukti bahawa rasuah, penyelewengan dan tiadanya disiplin tata kelola yang telus akhirnya akan meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini.

Dalam laporannya, GFI menggariskan tiga aspek utama yang mempengaruhi jumlah aliran keluar wang haram sesebuah negara, iaitu:

1) Isu-isu makroekonomi sesebuah negara yang bersabit rapat dengan persepsi rasuah dan berleluasanya rasuah;
2) Saiz ekonomi haram dari kegiatan-kegiatan haram seperti kongsi gelap, perjudian tanpa lesen dan lain-lain; dan
3) Penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh institusi yang dipertanggungjawabkan menyebabkan tiadanya disiplin tata kelola pentadbiran ekonomi yang baik


sumber : http://anwaribrahimblog.com 20 Disember 2012



GWM paparkan analisis yang telah dilakukan oleh sebuah portal mengenai krisis aliran keluar wang haram yang berlaku di negara ini.


Aliran keluar wang haram boleh didefinisikan sebagai wang yang diperoleh, dipindah atau digunakan melalui aktiviti seperti pengubahsuaian cukai yang diisythiharkan, pengelakkan cukai secara agresif, jenayah dan korupsi.

Aktiviti pengaliran keluar wang haram didorong dengan kewujudan 'tax heavens', iaitu polisi yang diamalkan di negara-negara (territory) dalam negara tertentu yang melindungi syarikat luar yang beroperasi dalam memberikan maklumat percukaian kepada negara asal.

Sebahagian besar dari aliran keluar wang haram berpunca dari aktiviti dagangan antarabangsa yang tidak telus. Ini berlaku apabila pengeksport menggunakan invois yang memaparkan harga yang kurang dari harga yang sebenar. Manakala di pihak pengimport pula mengisytiharkan barang pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar barangan yang diimport.

Contohnya, sebuah syarikat ingin menghantar produk yang dikeluarkan ke sebuah negara lain. Bagi pemindahan wang keluar secara haram, syarikat ini akan mengisytiharkan produk yang dieksport pada harga yang lebih rendah dari harga sebenar, contohnya nilai transaksi sebenar antara pengeksport dan pengimport (proksi) berjumlah RM500,000 namun nilai yang diisytiharkan pada kastam hanyalah RM300,000.


Read More, GLOBAL FINANCIAL INTEGRITY



Rakyat khususnya cukup mudah terpengaruh dengan ucapan dari mulut seorang pemimpin pembangkang yang masih belum tamat pengajiannya sewaktu menuntut di Universiti Malaya suatu waktu dahulu.

Banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya aliran keluar wang haram dalam sesebuah negara dan fenomena ini berlaku secara global.

Kerajaan tidak pernah menafikan berlakunya aliran keluar wang haram secara berleluasa namun tidaklah seperti yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim.

Bahkan Anwar Ibrahim tidak segan silu meletakkan Malaysia berada di tempat kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows).

Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. - http://anwaribrahimblog.com 20 Disember 2012


Walhal carta bagi kedudukan 20 negara dengan aliran keluar wang haram terkumpul yang dikeluarkan oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan negara berada pada kedudukan ketiga, dan bukannya ditangga kedua seperti yang didakwa Anwar Ibrahim.

Namun pembohongan Anwar Ibrahim berterusan kerana menyembunyikan fakta-fakta kajian yang dilakukan oleh Global Financial Integrity (GFI).

MENA (Middle East and North Africa) had the highest growth rate of illicit capital in real terms (26.3 percent per annum on average), followed by Africa (23.8 percent), Asia (7.8 percent), Europe (3.6 percent), and Western Hemisphere (2.7 percent). The rapid growth of outflows from the MENA region was due mainly to the increase in crude oil prices, which drove the region’s current account surplus. It seems that rising oil prices provide more incentive for unrecorded flows. The finding is consistent with Almounsor (2005) who also found a significant positive link between illicit outflows and crude oil prices.

MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi wang haram dari segi sebenar (26.3 peratus setahun secara purata), diikuti oleh Afrika (23.8 peratus), Asia (7.8 peratus), Eropah (3.6 peratus), dan Barat Hemisfera (2.7 peratus). Pertumbuhan pesat aliran keluar dari rantau MENA adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam harga minyak mentah, yang meletakkan lebihan akaun semasa di rantau ini. Ia menunjukkan kenaikan harga minyak menyediakan lebih banyak insentif untuk aliran wang haram direkodkan. Kajian adalah konsisten dengan Almounsor (2005) yang mendapati ada hubungan positif yang signifikan di antara aliran keluar wang haram dan harga minyak mentah.



Anwar Ibrahim juga menyembunyikan fakta sebenar malah meletakkan rasuah dan penyelewengan sebagai bukti utama meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini. - http://anwaribrahimblog.com 20 Disember 2012

Anwar sebenarnya gagal untuk menunjukkan kepada umum fakta dan bukti kajian bahawa 93.51% pengaliran keluar wang haram di benua Asia berpunca dari pengubahsuaian nilai dagangan, manakala baki 6.49% lagi berpunca dari kegiatan lain seperti jenayah dan korupsi.


Bagaimana Anwar boleh berbohong mengatakan rasuah dan penyelewengan sebagai bukti utama walhal kajian yang dilakukan oleh Global Financial Integrity (GFI) menunjukkan sebaliknya ... 93.51% pengaliran keluar wang haram di benua Asia berpunca dari pengubahsuaian nilai dagangan, manakala baki 6.49% lagi berpunca dari kegiatan lain seperti jenayah dan korupsi.



Malah Anwar juga gagal mengemukakan data sebenar kajian mengenai 'trend dan penyebab utama' berlakunya aliran wang keluar wang haram yang dijalankan oleh Global Financial Integrity (GFI) kepada umum.



Pengubahsuaian harga dagangan didapati menyumbang purata 80 peratus aliran terkumpul wang haram dari negara-negara membangun dalam tempoh 2001-2010 dan merupakan saluran utama bagi pemindahan modal haram dari China dan Mexico.

China terus menjadi peneraju dunia aliran keluar wang haram, dengan kehilangan USD420.4 bilion pada tahun 2010.

Rasuah, sogokan, dan hasil rasuah terus menjadi pemacu utama aliran haram kewangan dari Timur Tengah dan Afrika Utara, manakala terkurangnya pengubahsuaian harga dagangan adalah pemacu utama aliran kewangan wang haram di rantau lain.



Sudah terang lagi bersuluh, aliran wang keluar wang haram yang berlaku di Malaysia bukanlah secara besar disebabkan oleh rasuah ataupun sogokan.

Berlakunya aliran wang keluar wang haram adalah disebabkan berpunca dari aktiviti dagangan antarabangsa yang tidak telus.

Ini berlaku apabila pengeksport menggunakan invois yang memaparkan harga yang kurang dari harga yang sebenar. Manakala di pihak pengimport pula mengisytiharkan barang pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar barangan yang diimport. (Trade mispricing).

Dan tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri DS Najib dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar tidak mahu melayan karenah bodoh Anwar Ibrahim untuk menganggotai wacana membanteras aliran keluar wang haram yang dijangka diadakan dalam bulan Januari 2013.

Masalah paling asas ... Anwar Ibrahim tidak tahu membaca laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integrity (GFI)




Rasuah ? Sogokan ? Penyelewengan ? ... Apa yang ko merepek ni Anwar Ibrahim ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU