GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/21/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Amaran Bagi Hadi Awang ... JANGAN JADI BACUL

| Friday, December 21, 2012

Pengarah Pusat Pemikiran Islam dan Peradaban Melayu, Shamsudin Munir menyokong penuh agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menarik kembali amanat yang pernah dikeluarkan oleh beliau yang telah mengkafirkan UMNO pada April 1981.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh turut menggesa Hadi Awang menarik kembali amanat yang telah dilakukannya.


"Ini merupakan satu bentuk percanggahan yang bahaya dan mungkin boleh membawa kepada pembunuhan seperti di Memali dan Lubuk Merbau, sehingga mereka katanya ini angkara UMNO sedangkan ia angkara amanat Hadi Awang.

"Saya menyarankan kalau boleh amanat Hadi Awang semua umat Islam khasnya ahli UMNO yang dituduh kafir membuat laporan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) disini, hari ini.




Pada bulan April 1981, Hadi Awang dalam amanatnya berkata, Pas menentang UMNO bukan kerana UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana telah lama memerintah tetapi kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyah.

Hadi Awang turut menyebut bahawa perjuangan PAS menentang UMNO dan BN ini adalah jihad dan mati mereka adalah syahid kerana menentang UMNO yang menjadi kafir disebabkan mengamalkan politik suku dan agama suku.


Menurut Shamsudin, dalam amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang hanya tertumpu kepada ahli UMNO yang dikatakan kafir.

"Terang-terang dalam amanat tersebut bahawa ianya tertumpu kepada UMNO.


"Bagaimana dia (Hadi Awang) boleh mengatakan pertubuhan UMNO ini merupakan pertubuhan kafir dan mempertahankan undang-undang jahilliah sedangkan pertubuhan ini mendapat pengiktirafan yang kuat daripada Raja-Raja Melayu," katanya.

Mengenai isu yang menyelubungi Hadi Awang itu, Shamsudin menyarankan isu itu dibawa ke Majlis Raja-raja yang mana semua mufti di Malaysia akan bersidang dan berbincang mengenai amanat yang dikeluarkan oleh Hadi Awang itu.



Read More, NIK AZIZ JUGA BACUL

Khalid Ibrahim TERGAMAM ... Rakyat Mula Gelar MB SELANGOR BAHLOL

|
Koordinator BN Selangor Datuk Sri Ir Mohd Zin Mohamed selar kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dakwa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan. Penubuhan jawatankuasa kaji kadar cukai pintu dedahkan arahan datang daripada kerajaan negeri.


Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyelar sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang memberikan alasan kenaikan cukai pintu 10 kali ganda berada diluar bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai tidak bertanggungjawab berdasarkan keputusan kenaikan kadar tersebut dan cukai yang berkaitan dilakukan oleh majlis bandaraya adalah berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan?

"Sebab saya fikir pelantikan semua ahli majlis dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (Abdul Khalid) ada kuasa.


"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," katanya sewaktu menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.

Sebelum itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa kerajaan Selangor mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kenaikan kadar cukai taksiran di negeri itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata keputusan akhir terletak di tangan kerajaan negeri selepas MBSA membentangkan hasil pendengaran bantahan dan masalah yang dikemukakan penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

“Saya rasa kerajaan negeri lebih mengetahui perkara ini,” kata Mohd Jaafar.

“Sekurang-kurangnya saya rasa sebulan dan (keputusan) bergantung kepada jawatankuasa yang diketuai YB Ean punya jawatankuasa. Beliau akan panggil kita.


“Saya kalau boleh dalam masa sebulan (akan menyelesaikan isu yang timbul) atau sebulan setengah ataupun sampai isu ini semua orang faham,” katanya.

Kenyataan Mohd Jaafar sekaligus bertentangan dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Beliau mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

Sementara itu, Koordinator BN Selangor menyindir menteri Besar Selangor agar mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," katanya dalam nada sinis.


Read More, ANWAR, KHALID KAKI BOHONG






 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU