GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/05/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

SUARAM BOHONG ... Saya Tidak Pernah Kata Ada PERBICARAAN SCORPENE - Tian Chua

| Wednesday, December 5, 2012
Pertama sekali saya ingin maklum dan dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa dalam kertas siasatan Mahkamah Perancis dapati satu dokumen penilaian yang dibuat oleh Angkatan Tentera Laut Malaysia yang merupakan penilaian terhadap Scorpene yang bakal dibeli waktu itu, bakal dibeli oleh Kerajaan Malaysia. - Hansard Parlimen, Dewan Rakyat, 21 November 2012



Mahu dikatakan bodoh, kemungkinannya cukup tinggi. Namun tidak mustahil bagi ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Lebih kurang sama seperti kes Deepak 'Conman' Jaikishan. Belit punya belit, akhirnya leher sendiri yang terbelit.



Dakwaan SUARAM dan propaganda pembangkang mengenai perbicaraan kes kapal Scorpene di Mahkamah Perancis ... akhirnya terbongkar apabila ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah mengesahkan tiada sebarang perbicaraan berlaku.


Tarikh keramat, 21 November 2012 ... tarikh yang pasti tidak akan dilupakan oleh Tian Chua.



Hansard Parlimen, Dewan Rakyat, 21 November 2012


Pertama sekali saya ingin maklum dan dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa dalam kertas siasatan Mahkamah Perancis dapati satu dokumen penilaian yang dibuat oleh Angkatan Tentera Laut Malaysia yang merupakan penilaian terhadap Scorpene yang bakal dibeli waktu itu, bakal dibeli oleh Kerajaan Malaysia.



Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad:
Tuan Pengerusi, saya hendak betulkan penipuan atau penyalahgunaan Dewan yang mulia ini untuk memberi fakta yang salah.

Ini saya hendak betulkan, terutamanya daripada Yang Berhormat Batu. Jadi, saya sentuh Yang Berhormat Batu dahulu.

Yang Berhormat Batu kata tadi pertama sekali kes kapal selam Scorpene adalah satu siasatan berlaku di Mahkamah Perancis.

Ini tidak betul. Ini hendak cuba kelirukan Dewan. Bukan mahkamah pun. Ini adalah satu sejarah lama di mana zaman Bonaparte dahulu, Napoleon Bonaparte – dia menggunakan ketelusan perundangan di mana mana-mana orang boleh complaint.

Jabatan Kehakiman perlu melantik seorang pegawai yang dipanggil investigating magistrate.

Dia bukan magistrate pun, tetapi dia dipanggil investigating magistrate. Bukan magistrate di tempat kita ini.

Kalau magistrate di tempat kita dia ada kuasa judicial, dia ada kuasa menghakimi. Yang ini hanya kuasa macam kuasa polislah. Jadi, kenapa hendak kelirukan dalam Dewan yang mulia ini? Itu satu.


Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tidak tanya tentang siasatan di Perancis.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Tunggulah saya jawab. Saya tanya tentang ... Mahkamah Perancis, saya catat. Saya catat.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
Itu saya tidak perlu ...

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Kalau saya salah, pegawai saya juga salah.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
Saya tidak perlu... Saya tidak perlu Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan Mahkamah Perancis.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]
Yang Berhormat Batu, jangan putar belitlah Yang Berhormat Batu. You kata mahkamah tadi. Dalam Dewan pun hendak berbohong. Duduklah.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]
Yang Berhormat ... Yang Berhormat ...

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat kata tadi...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]
Kerja pembohongan yang dibuat, mengelirukan Dewan, kena hadapkan ke jawatankuasa Dewan inilah. Di luar dia membohong, di dalam Dewan dia membuat pembohongan. Kita tidak boleh benarkan... seperti ini membuat sesuatu...

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Okey, jadi kena betulkan ini. Tidak betul. Yang Berhormat kata ada perbicaraan di Mahkamah Perancis. Akan tetapi, sebenarnya adalah...

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
Tidak pernah sebut. Tuan Pengerusi...

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat sebut tadi. Boleh tengok Hansard nanti. Boleh tengok Hansard.


Beberapa Ahli
Sebut. Dia sebut. Dia sebut. Dia sebut.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Boleh tengok Hansard nanti.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
We go back to the Hansard. I tidak pernah sebut perbicaraan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]
Kita dengar.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Mahkamah Perancis ada disebut, Tuan Pengerusi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]
Yang Berhormat ada sebut Mahkamah Perancis, kita dengar.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
Kalau tidak bersetuju dengan saya okey, tetapi tidak perlulah kata pembohongan.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad
Memang bohonglah.

Beberapa Ahli
Bohong, bohong.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
Saya tidak pernah sebut perbicaraan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]
Memang bohonglah. Bohonglah! Itu namanya bohong Benda yang tidak ada you adakan, bohonglah namanya.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]
Saya kata siasatan oleh Mahkamah Perancis. Boleh kita check Hansard?

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Tuan Pengerusi, saya akan bagi dia peluang Yang Berhormat bercakap. Kita gentleman. Askar ada bullet proof. Akan tetapi, apabila Yang Berhormat kata ada enquiry di Mahkamah Perancis, itu tidak betullah.

Jadi kalau dia hakim ini nama Roger Le Loire saya pun susah hendak sebut Perancis dialah.

Dia ada dua orang dilantik. Tidak apa lah itu. Akan tetapi, dia adalah investigating magistrate di dalam Jabatan Kehakiman.

Dia buatlah. Kalau ada apa-apa complain dia buatlah investigation dia. Complain
ini adalah respons kepada dua peguam yang nama dia William Bourdon dan juga satu lagi
Joseph Breham.

Dia ada dua lawyer yang diguna pakai oleh SUARAM.

Ternyata apa Yang Berhormat Batu cakap bagaimana rahsia keperluan kapal selam yang dibawa oleh satu syarikat yang berdaftar di Hong Kong yang bernama Terasasi - MINDEF tidak pernah ada apa-apa lantikan untuk lantik Terasasi ini sebagai wakil untuk document Scorpene.

Tidak ada. Okey



Korang bacalah sendiri hansard parlimen ni, PEMBANGKANG PEMBOHONG TAHAP LAKNATULLAH






RAKAMAN TERBARU ... Deepak Jaikishan TUNTUT PENGAKUAN Anwar Ibrahim

|
Opposition Leader Anwar Ibrahim has denied involvement in the startling revelations made by carpet dealer Deepak Jaikishan and former inspector-general of police Musa Hassan. - FreeMalaysiaToday, 3 Disember 2012










Pelik ...

Sejak dari semalam selepas tersebarnya rakaman video sulit ini, tidak ada satu pun portal pro pembangkang yang berani menyentuh mahupun menyiarkan, baik dalam bentuk artikel mahupun disiarkan video ini mengenai keceluparan mulut Deepak 'Conman' Jaikishan mengaitkan nama Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa dalam melakukan 'character assasination' terhadap Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.

Malaysiakini? ...
FreeMalaysiaToday? ...
Malaysian Insider? ...
Suara Keadilan? ...
Harakahdaily? ... (dah kena balun dengan perwakilan Muktamar masih tak sedar diri)

Hikayat dongeng kebebasan media dalam melaporkan berita secara adil dan saksama, Talk about Press Freedom In Malaysia ...

Rakyat terus dihadapkan dan disuapkan dengan fitnah berterusan pembangkang tanpa sebarang titik noktah.




Adalah lebih baik jika sekiranya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa memberikan penjelasan kepada umum :

1) Sama ada benar berlaku pertemuan diantara Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Anwar Ibrahim dan R Sivarasa pada penghujung November 2012 di rumah Ravi Dharan, Pengerusi Daya Group of Companies, di Tropicana Utama, Petaling Jaya.

2) Benarkah Anwar Ibrahim akan melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.

3) Benarkah Anwar Ibrahim mengarahkan R Sivarasa menjadi peguambela kepada Deepak 'Conman' Jaikishan dalam kes perbicaraan Awan Megah agar Deepak 'Conman' Jaikishan dapat membaca skrip yang ditulis untuk memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah sewaktu perbicaraan berlangsung.

4) Dari sumber kewangan manakah Anwar Ibrahim mendapat duit sebegitu besar untuk melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.



Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa jangan berdiam diri dan bertindak bacul ...


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU