GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/04/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Saya Ulangi ... Rakyat TIDAK HARUS DIPAKSA MENGANUT SATU AGAMA - Nurul Izzah

| Sunday, November 4, 2012

SUBANG JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.

Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.

Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.

Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam.


Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

Walau bagaimanapun permohonan orang Islam untuk tukar agama masih tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.

Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.


“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.

“Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama.Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.


sumber : ANTARAPOS

Isu Selangor : Teknologi Membran VS Langat 2 ... Khalid SEMAKIN BEBAL

|
alt
Bebalnya Khalid Ibrahim tidak memikirkan kos sampingan akibat tekanan yang kuat, bahan buangan dari penyulingan, membran adalah mahal serta perlu diganti secara berkala, mengakibatkan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka.



Kita semakin hampir dengan sasaran tempoh bermulanya krisis air yang kronik di negeri Selangor iaitu pada tahun 2014.

Alasan awal kerajaan PR Selangor ketika isu air berbangkit ialah negeri ini tidak mengalami masalah kekurangan bekalan air. Kerajaan PR Selangor juga cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat telah tidak telus dalam usaha menangani krisis ini melalui projek Langat 2.

Apabila terbukti beberapa empangan mencatat jumlah air yang berkurangan secara konsisten seperti yang didedahkan oleh media massa, maka kerajaan PR Selangor menyuarakan penyelesaian dengan cara pembenihan awan yang mana diketahui tidak mampu menjamin penyelesaian secara tepat dan berpanjangan.

Akhir-akhir ini pula, hujan telah turun dengan luarbiasa lebatnya hampir setiap hari di Selangor, namun, ia tidak bermakna yang krisis tersebut telah berakhir dan kerajaan PR Selangor boleh mengeluh lega.

Ini kerana yang menjadi masalah utama bukanlah berkenaan air mentah, tetapi air yang dirawat atau dalam kata lain, masalah ketidakmampuan loji rawatan yang sedia ada untuk menampung pertambahan permintaan yang mendadak setiap tahun.

Loji tersebut juga telah uzur dan memerlukan penyelenggaraan dan pemulihan secara besar-besaran untuk memastikan air yang dibekalkan kepada rakyat cukup dan selamat untuk digunakan.

Apabila fakta ini akhirnya berjaya menembusi ‘kepala otak’ kerajaan PR Selangor, maka Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mula bercakap tentang perbincangan yang telah dilakukan dengan pakar-pakar bekalan air dari luar negara berkenaan pembinaan loji rawatan air.

alt

Jelas, kerajaan PR Selangor telah dengan sengaja melambat-lambatkan perlaksanaan penyelesaian yang telah dicapai berdasarkan kajian selama 9 tahun oleh kerajaan pusat kerana ingin ‘membawa masuk’ pihak yang ‘dipilih’ oleh mereka.

Sekali gus membangkitkan soal ketelusan mereka pula ...

Bertitik tolak dari itu, Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor telah menegaskan bahawa Selangor tetap menolak projek Langat 2 dan akan menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan kapasiti air terawat di negeri ini.

Debat mengenai penyelesaian krisis air Selangor berterusan sehingga ke hari ini sementara rakyat tertanya-tanya akan kesudahan nasib mereka.

Menurut Khalid Ibrahim, kos teknologi membran hanya menelan belanja RM800 juta berbanding Langat 2 RM3 bilion.

Di pihak BN pula, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berhujah bahawa teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar dan dalam jangka panjang.

Selain itu, kos yang diperlukan untuk satu loji sahaja adalah sejumlah RM95 juta mengikut nilai semasa tanpa mengambil kira pertambahan loji di kemudian hari yang mana adalah sesuatu yang pasti.

Berhujah secara akademik dan bukan politik, setiap teknologi pasti ada kebaikan dan keburukannya. Begitu juga teknologi membran atau cara tradisional projek Langat 2.

Selain itu, jangan sekali-kali mengenepikan hakikat bahawa kerajaan pusat telah membuat kajian yang mendalam dan mengambil jangka masa yang lama untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi krisis ini.

Teknologi membran digunakan di beberapa negara di dunia termasuk Saudi, Kuwait dan Singapura. Kebaikannya ialah, ia mampu menghasilkan bekalan air dalam kualiti yang tinggi dengan sistem yang agak mudah.

Membina sebuah kemudahan penapisan membran juga mungkin tidak begitu mahal namun, beberapa perkara selain kos pembinaan permulaan, wajar diambil kira. Antara yang direkodkan oleh kajian pakar ialah:

Teknologi ini memerlukan tekanan yang kuat yang mana walaupun prosesnya pembinaan lojinya adalah mudah tetapi memastikan tekanan yang tepat dan konsisten adalah satu isu dengan kosnya yang tersendiri pula.

Bahan buangan dari penyulingan kadangkala tercemar dan ini juga menimbulkan satu lagi isu iaitu isu pembuangan sisa tercemar.

Bahagian tekanan tinggi membran berpotensi mengumpul sisa yang menyumbat bahagian penapis. Ini membuatkan membran menjadi tidak efisien, mudah rosak dan akhirnya kehilangan daya menyahkuman.

Walaupun pembinaan kemudahan penyulingan membran tidak begitu mahal tetapi membran itu sendiri adalah mahal serta perlu diganti secara berkala. Lebih buruk ialah apabila tiada cara yang cepat dan praktikal untuk mengenalpasti membran yang rosak mahupun membaikinya membaikinya.

Akibatnya, keseluruhan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka.

alt

Selain itu, teknologi ini juga tidak mempunyai opsyen aliran yang berbeza-beza di mana ia hanya boleh digunakan sepenuhnya, atau ditutup terus.

Justeru, ia tidak mampu ‘bertoleransi’ dengan keadaan yang tidak dijangka seperti aliran berterusan dalam kadar yang tinggi, cuaca yang tidak menentu dan kerosakan peralatan. Sedangkan ketidaktentuan cuaca, adalah masalah utama di Malaysia hari ini.

Kesemua fakta di atas menjadi faktor penting yang membawa kepada rumusan bahawa teknologi membran adalah sesuai bagi operasi skala kecil, tetapi adalah tidak sesuai untuk operasi berskala besar, apatah lagi luas dan berganda tahun demi tahun seperti pembekalan air di Selangor.

Justeru, sebelum sesiapa menuduh kerajaan pusat tidak telus atau korup, seeloknya terlebih dahulu melihat masalah ini dengan minda yang lebih terbuka tanpa dipengaruhi emosi politik.

Lebih dari itu, kesungguhan kerajaan pusat untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat tidak wajar dipertikaikan dan kehidupan kita yang selesa selama ini adalah buktinya.

Apa yang perlu dipersoalkan kini adalah motif sebenar kerajaan PR Selangor untuk terus berdegil menolak Langat 2 dengan berbagai alasan dan jawapan yang tidak relevan pada awalnya sedangkan mereka telah dan sedang merancang projek alternatif sedari awal.

Orang Melayu Juga BOLEH DAN DIBENARKAN MURTAD - Nurul Izzah

|
Rakyat Tidak Harus Dipaksa Menganut Satu Agama Dan Ini Juga Terpakai Kepada Orang Melayu - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.



Apakah puteri kesayangan Anwar Ibrahim ini sudah semakin condong ke arah pegangan akidah seperti bapanya?

Adakah Pluralisme kini menjadi pegangan akidah baru ahli Parlimen Lembah Pantai ini. Semua agama dianggap sama dan tiada beza Tuhan yang dianuti?

Benarkah ini satu fitnah terbesar dari blogger pro kerajaan ... atau sememangnya Anwar dan puterinya kini semakin galak untuk mendapatkan undi dari pihak dan golongan gereja sehingga sanggup menjual maruah Islam?

Benarkah ini suatu fitnah terhadap Nurul Izzah ...

Rakyat Tidak Harus Dipaksa Menganut Satu Agama Dan Ini Juga Terpakai Kepada Orang Melayu.

Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata.


Read More, AGEN MURTAD SEMAKIN BERLELUASA



Umat Islam dan orang Melayu perlu memahami taktik dan gerakan halus kristianisasi dikalangan orang Islam itu sendiri.

Strategi kristianisasi terhadap orang Islam kini sudah menjadi begitu halus hingga tidak terfikir di minda ini.

GWM tidak menolak peri pentingnya toleransi agama dan kebudayaan yang diamalkan di Malaysia, namun toleransi bukan bererti mengikut telunjuk kepada golongan minoriti.

Apa yang perlu difikirkan adalah hak majoriti bangsa yang terbesar di Malaysia, siapa lagi jika bukan orang Melayu. Dan golongan majoriti ini jugalah penganut ajaran Islam yang terbesar di negara ini.

Seharusnya golongan minoriti perlu lebih celik mata dan minda dari mempersoalkan kepentingan dan hak majoriti di negara ini.

Bagaimana pula dengan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ... hebat berpidato, berceramah dan berkhutbah dalam masjid.

Bermula dengan isu penggunaan kalimah Allah sehinggalah kepada isu murtad, lebih dilihat sebagai jurucakap utama pihak gereja dan bukan Islam.





Anwar Ibrahim - Itu adalah hak Lina Joy untuk keluar dari Islam

Nurul Izzah - Rakyat Tidak Harus Dipaksa Menganut Satu Agama Dan Ini Juga Terpakai Kepada Orang Melayu

Apakah tidak ada persamaan nada bait-bait ayat kedua-dua anak beranak ini?



Bagaimana dengan pandangan jujur bekas Presiden ABIM ke 6, Dr Yusri Mohamad yang telah sekian lama mempertikaikan pegangan dan akidah Anwar Ibrahim.



Anwar Ibrahim sudah berjaya mendesak parti PAS ke suatu sudut sehingga tidak mampu bersuara dan bergerak. Yang ada hanyalah 'suara-suara langau' dalam parti PAS mungkin menempelak Anwar Ibrahim.

Namun apakan daya ... suara-suara tersebut hanyalah 'langau hijau' dalam parti PAS! Tidak signifikan untuk mencabar kenyataan Anwar Ibrahim!



PAS tidak dapat menolak sama sekali dalam 'pengisytiharan' golongan gay, lesbian, biseksual dan transgenders (LGBT) akan menjadi sebahagian masyarakat Madani impian parti Pakatan Rakyat di Malaysia.



Justeru, Nurul Izzah perlu menjawab apa yang dimaksudkan beliau dengan "Rakyat Tidak Harus Dipaksa Menganut Satu Agama Dan Ini Juga Terpakai Kepada Orang Melayu.

Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata,".



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU