GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/31/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Mengapa TOKONG Guan Eng SENYAP Isu LUPUS HUTANG RM 600 Juta

| Wednesday, October 31, 2012

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 bagi negeri Pulau Pinang dipercayai adalah bukan jumlah yang sebenar.

"Dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mengatakan bahawa hutang negeri itu turun kepada kepada RM600 juta adalah tidak tepat kerana jumlah RM600 juta adalah hutang yang dipindahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk urusan berkaitan bekalan air di sana," jelasnya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen disini, semalam. - KLPOS, 31 Oktober 2012



Agak menghairankan mengapa Tokong Lim Guan Eng senyap sunyi apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Pulau Pinang dikeluarkan untuk tatapan umum. Hanya pencacai dan penjilat tegar DAP yang banyak mewar-warkan hutang ini turun dengan banyak.

Tidak seperti sebelumnya, Cocky Arrogant Tokong ini begitu gah kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang cukup hebat dalam mengurus kewangan negeri itu sejak dari tahun 2008.

Mulut longkang Guan Eng akhirnya pecah mengeluarkan bau busuk apabila kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya melakukan pembohongan kononnya hutang kerajaan negeri susut dari RM 655 juta kepada RM 6 juta.


Penurunan hutang ini adalah disebabkan pada tahun 2011 pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Pada tahun 2011, proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara telah dilaksanakan yang melibatkan 4 pihak, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).



Barangkali juga penyokong pembangkang mulai bising dan menuduh Jabatan Audit Negara cuba mencari kesilapan dan berbohong mengenai pengurangan hutang kerajaan DAPigs Pulau Pinang.

Manakan tidak ...

Kerana sebelum ini Tokong Cina ini begitu gah mendabik dada mengatakan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah DAPigs berkurangan kepada 95 peratus.


GEORGE TOWN, Oct 26 – Penang has sliced RM600 million or 95 per cent of the state’s debt since the Pakatan Rakyat took over the state in March 2008, Chief Minister Lim Guan Eng said today.

The first-term chief minister pointed out the state debt stood at RM29.66 million as of last month compared to the massive RM630.13 million four years earlier. Guan Eng (picture) also said Penang’s Budget 2012 will be a surplus even as it is expected to undergo a deficit of RM107.78 million because the state has regained RM1.13 billion in reserves as at end of last year.

With such glowing figures in the black, the Johor-born DAP leader could not help but point to his political foes helming Putrajaya which saw the national debt grow as much as RM190 billion or 71 per cent within the same period. The federal government’s debt rose to RM456 billion this year from RM266 billion at end 2008, Lim said.

Siapa berbohong sebenarnya ...



Namun disebalik pembohongan Cocky Arrogant Tokong mengenai pengurangan hutang kerajaan negeri DAP ... rakyat tidak nampak betapa besarnya jiwa kerajaan pusat menolong sesebuah kerajaan negeri tanpa mengira fahaman politik.


Lim said the Cabinet approved the restructuring and migration exercise subject to several terms and conditions:

1) The state’s outstanding loan of RM655.24 million from the federal government will be interest-free and rationalised by alienating state land-related water assets to PAAB for a period 45 years. PAAB will lease back the water assets to PBAPP for 45 years and PBAPP shall pay PAAB a yearly lease of RM 14.56 million. Upon settlement of the lease at the end of 45 years, the state land will automatically revert to the state;

2) The funding for the Mengkuang Dam expansion project of RM1.2 billion will be given as a grant by the federal government; and

3) Any revision or variation in water tariffs must obtain the approval and consent of the Penang government.

“The RM1.2 billion has also been converted to a grant instead of an interest-free loan that must be repaid by the state government ...

“Penang shall depend on the promise of the federal government that both the state and PBAPP will not have to depend on funding and loans from financial institutions in the years to come with this restructuring exercise,” he said.



Sudahlah pinjaman RM 655.24 juta dari kerajaan pusat tidak dikenakan sebarang faedah ... pinjaman RM 1.2 bilion untuk membangunkan empangan Mengkuang juga ditukar kepada geran oleh kerajaan pusat.

Mengapa agaknya maklumat ini tidak disebarkan kepada rakyat Pulau Pinang agar tahu kerajaan pusat BN tidak pernah menganaktirikan mana-mana kerajaan negeri sekalipun ditadbir oleh pembangkang.

Mengapa Cocky Arrogant Tokong ini senyap sunyi dalam isu pelupusan hutang sebanyak ini ...


Nasib Peniaga PKNS BUKAN TANGGUNJAWAB Saya - Khalid Ibrahim

|

Sekumpulan para peniaga menggesa agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi penjelasan lanjut berhubung kenaikan sewa premis perniagaan yang masih tiada noktah, dilalui mereka sejak awal tahun ini.

Gesaan itu dibuat mewakili kira-kira 300 peniaga yang turut menyatakan kebimbangan berhubung nasib mereka yang masih menjalankan perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga PKNS, Amran Yahya berkata kebimbangan mereka disuarakan memandangkan pihak PKNS sendiri tiada inisiatif untuk memberi penerangan lanjut mengenai hala tuju syarikat tersebut.

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung memberi kesan kepada para peniaga memandangkan kadar sewa tapak di kompleks tersebut masih belum dimuktamadkan.

Sehingga kini seramai 300 peniaga Bumiputera tersebut masih membayar kadar sewa lama yang mengikut saiz tapak iaitu dari RM750 sehingga RM10,000 sebulan.

Malah tindakan PKNS yang ingin menjalankan ‘corporate exercise’ turut menimbulkan tanda tanya serta kebimbangan mereka.

“Mereka masih mahu menjalankan ‘corporate exercise’ tetapi kami juga mahu tahu hala tuju sebenar PKNS. Kami tidak mahu perkara ini diselindungkan. Kami berhak tahu bagaimana hala tuju PKNS ini.

“Awal tahun lalu kata nak naik sewa 100 peratus. Mereka (pihak PKNS) kata akan bagi kata dua. Namun kami tidak tahu apa masalah sehingga sekarang kadar sewa baru itu tidak diumum,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Amran, sehingga kini seramai 300 peniaga Bumiputera tersebut masih membayar kadar sewa lama yang mengikut saiz tapak iaitu dari RM750 sehingga RM10,000 sebulan.

Ujarnya lagi, majoriti para peniaga masih terikat dengan perjanjian lama dan sehingga kini tidak mengetahui nasib mereka.

Adalah dimaklumkan bahawa tiga (3) buah bangunan komersil PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS di Petaling Jaya adalah dalam proses pengambilalihan oleh Amanah Raya Real Estate Investment Trust (ARREIT)

Pada Februari lalu PKNS bersetuju menangguhkan kenaikan sewa premis terbabit selepas peniaga menarik balik saman serta mengenepikan perintah injunksi terhadap perbadanan berkenaan.

Namun semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKNS perlu menstruktur semula asetnya bagi menampung perluasan operasinya.

Namun menurutnya langkah itu perlu dilakukan dalam usaha menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.


sumber : FREE MALAYSIA TODAY

Planning Approval vs Development Order ... Ronnie BUNUH KARIER Khalid Isu Kondo Batu Caves

|

Musykil sama ada Exco Selangor Ronnie Liu bodoh bengap atau sememangnya teramat cerdik apabila cuba menjadi jagoan isu pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves.

Gayanya seperti mahu tanam Khalid Ibrahim hidup-hidup di Selangor.



Zainal Abidin berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis - Malaysian Insider, 30 Oktober 2012

Seperti tulisan rakan blogger THE UNSPINNERS, tidak perlu lakukan kerja bodoh untuk menyelamatkan ponggong Khalid Ibrahim.

Barangkali menyangka rakyat boleh dipermainkan dengan terma perkataan Kebenaran Merancang (Planning Approval), maka kesalahan bulat-bulat diletakkan kepada BN sebagai kunci kepada segala pembinaan.


Mengapa tidak disebutkan mengenai Perintah Pembangunan (Development Order - DO) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan?

Kebenaran Merancang (Planning Approval) hanya memberi kebenaran untuk tuanpunya tanah atau hartanah memulakan perancangan.

Kebenaran Merancang (Planning Approval) bukan kelulusan mulakan binaan atau pembangunan.

Jawatankuasa Majlis Perbandaran Selayang akan mengadakan mesyuarat sebelum mengeluarkan Perintah Pembangunan (Development Order) bagi pembangunan dan pembinaan bermula.

Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan sewaktu Pakatan Rakyat menguasai Selangor.

Dan ini yang tidak disebutkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin ... Perintah Pembangunan (Development Order).



Atas dasar itu, Karpal Singh tampak lebih rasional dalam menghentikan kebodohan Pakatan Rakyat dan Ronnie Liu ... yang nyata tembak diri sendiri.

Ahli parlimen Jelutong itu turut menggesa kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menghentikan plemik politik serta menyalahkan satu sama lain dan siapa yang bertanggungjawab meluluskan projek pembinaan kondominium itu - KLPOS, 30 Oktober 2012.



Kerana itulah Khalid Ibrahim dengan pantas mengeluarkan kenyataan untuk menutup kebodohan Ronnie Liu dan Pakatan Rakyat yang mahu terus menerus bermain dengan isu pembinaan kondominium ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebuah jawatankuasa bertindak bebas akan dibentuk esok untuk menyelesaikan masalah itu. Beliau berkata, ahli jawatankuasa itu akan dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - KLPOS, 30 Oktober 2012.



Mengapa perlu projek kondominium ini dihentikan buat sementara waktu? 

Perlu apa ditubuhkan satu jawatankuasa bertindak bebas ... melainkan sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan ...

Bukankah Khalid Boleh mengarahkan projek kondominium dihentikan terus dengan satu surat dari pejabat Menteri Besar ...



SEPAKAT ... Anwar Sekadar Jadi PM 2 Tahun Sahaja - Hadi Awang

|

Kata orang politik itu kotor ... Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.

Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.

Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.

Harakah, 14 September 1990

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.

Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik. Tentunya, ini adalah pelik.

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.

Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.



Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar. Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim.

Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen. Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.

Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin. Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu.

Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.


Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik. Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP.

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.

Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.



Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.

Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.

Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.



Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.

Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih.

Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP. Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.



Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP.

DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar. Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?



Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu.

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP. Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.

Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan.

Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.

Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.
 

Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.

Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU