GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/19/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Audit 2011 : Disebalik Kerugian RM 2.446 Billion Syarikat Milik Kerajaan

| Friday, October 19, 2012
alt
23 daripada jumlah GLC memperolehi keuntungan sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut berjumlah RM 255.834 billion. Manakala 9 buah syarikat pula mengalami kerugian terkumpul untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dengan jumlah RM 2.446 billion.

Audit 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan ada kelemahan dalam penggunaan peruntukan yang disalurkan. Kelemahan ini berlaku di institusi-institusi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri baik yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Belanjawan 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 15 Oktober 2010 merupakan satu belanjawan yang baik dan memberi manfaat kepada segenap rakyat Malaysia, namun pelaksanaan belanjawan yang dibentangkan itu boleh dikatakan kurang berkesan di sesetengah agensi kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan. Kelemahan ini dimanifestasikan dalam laporan Audit 2011, paling mendapat perhatian ialah kelemahan dalam pengurusan beberapa syarikat milik kerajaan.

Dari laporan Audit 2011 , prestasi 47 syarikat milik kerajaan telah dianalisa dari tahun 2008 sehingga 2010.

Hasil analisa, 23 daripada jumlah diatas telah memperoleh keuntungan sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut berjumlah RM 255.834 billion. Manakala 9 buah syarikat pula mengalami kerugian terkumpul untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dengan jumlah RM 2.446 billion. Kerugian terkumpul untuk tempoh 3 tahun berturut-turut bagi syarikat milik kerajaan adalah sesuatu yang mengejutkan, ini kerana syarikat-syarikat ini mempunyai beberapa 'kelebihan' berbanding pesaing-pesaing yang lain terutama dari segi kemudahan kerana berstatus milik kerajaan.

Segala urusan sepatutnya menjadi lebih mudah, tambahan pula dengan segala peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan. Oleh itu prestasi syarikat bergantung kepada pengurusan yang baik dan berhemah .

Sembilan buah syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut dibahagikan kepada empat sektor iaitu ekonomi, sosial, teknologi dan infrastruktur.

Syarikat-syarikat berkenaan ialah Halal Industry Development Sdn Bhd dan Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd dalam sektor ekonomi, Indah Water Konsortium Sdn Bhd dalam sektor sosial, Jaring Communication Sdn Bhd dan Inno Bio Ventures Sdn Bhd dalam sektor teknologi, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Assets Global Network Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sektor infrastruktur.

Sekiranya diteliti sebahagian daripada senarai syarikat yang mengalami kerugian, selain faktor perancangan dan pengurusan yang lemah, faktor desakan tanggungjawab syarikat berkenaan terhadap rakyat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan yang murah tetapi berkualiti juga antara faktor penyebab. Daripada senarai syarikat yang mungkin mengalami dilemma ini ialah Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Halal Industry Development Sdn Bhd dan Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd dikategorikan sebagai syarikat milik kerajaan yang beroperasi untuk sektor ekonomi. Halal Industry Development Sdn Bhd (HDC) telah ditubuhkan pada 18th September 2006. Objektif penubuhan HDC adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hub halal serantau.

Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd pula ditubuhkan pada tahun 2001 untuk perkembangan ICT dan industri berteknologi tinggi di negara ini. Walaupun telah beroperasi lebih dari 6 tahun, Halal Industri Development Sdn Bhd dilihat masih kekurangan momentum dalam menggerakkan negara ini sebagai hub halal serantau .

Berbeza dengan peranan yang dimainkaan oleh Malaysia Venture Capital Management, walaupun dengan prestasi kerugian selama tiga tahun berturut-turut, perkembangan ICT negara dilihat agak ketara.

Kerugian yang dialami oleh Indah Water Consortium Sdn Bhd (IWK) adalah sesuatu yang boleh dijangkakan. Satu-satunya syarikat yang menguruskan sisa kumbahan di negara ini mungkin mempunyai kekangan dari segi kewangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan tetapi dalam masa yang sama terpaksa memberikan kemudahan itu dalam harga yang agak murah.

Caj yang dikenakan hanya RM8 sebulan bagi setiap rumah adalah terlalu rendah untuk menjalankan operasi dan penyelengaraan untuk 5,750 buah loji rawatan sisa kumbahan awam dan jaringan saluran paip sepanjang 13,000 km. Sejak penswastaan sistem pembentungan negara pada tahun 1994, kerajaan hanya melakukan dua semakan tariff pembentungan iaitu pada tahun 1996 dan 1998.

Semakan yang dilakukan pada tahun 1998 telah memberi keuntungan pada bangunan-bangunan komersil apabila caj bulanan asas untuk khidmat pembentungan telah dikurangkan. Dengan mengambilkira faktor-faktor ini, IWK dilihat menjadi 'mangsa' dalam memberikan perkhidmatan terbaik pada rakyat dengan harga yang murah . Sekiranya tarif dinaikkan pasti akan timbul isu, dan apabila berlaku kerugian juga timbul isu apabila dimainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, perkembangan sains dan teknologi di negara ini semakin rancak. Terdapat banyak syarikat-syarikat tempatan mula mengimport teknologi-teknologi dari luar untuk pasaran tempatan. Syarikat-syarikat ini bersaing sesama sendiri dan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Jaring yang pada satu ketika dahulu menguasai pasaran ICT tempatan sekitar tahun 90-an, kini semakin kurang mendapat tempat dalam pasaran apabila sektor ICT negara semakin berkembang pesat dengan pelbagai jenis pilihan dan teknologi terkini. Sebagai syarikat yang mula-mula berperanan dalam penggunaan internet di negara ini, Jaring seharusnya melakukan transformasi atau menjadi lebih kreatif untuk survival dalam industri ICT negara.

Bagi Inno Bio Ventures Sdn Bhd pula kerugian selama 3 tahun berturut mungkin disebabkan industri bio-teknologi negara mempunyai pasaran yang kecil. Walau bagaimanapun, syarikat ini berjaya mendapat beberapa pengiktirafan antarabangsa hasil dari penyelidikan yang dilakukan. Kelemahan dari segi pemasaran produk mungkin menjadi antara faktor kerugian.

Sektor infrastruktur merupakan sektor dimana paling banyak syarikat milik kerajaan mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut. Dalam perlaksanaan sesuatu projek yang besar, contohnya projek jambatan kedua Pulau Pinang, kerugian akan berlaku apabila terdapat 'kekangan-kekangan' yang menyukarkan projek dilaksanakan.

Kerugian yang dimaksudkan ialah apabila berlaku kelewatan yang menyebabkan kos asal meningkat. Di awal perlaksanaan projek ini, terdapat pelbagai isu yang timbul di antara kontraktor yang terlibat iaitu CHEC Ltd dan UEM Builders Sdn Bhd. Isu pembinaaan jambatan kedua Pulau Pinang agak 'panas' sekitar awal tahun 2008 , pembinaan hanya bermula pada akhir tahun 2008.

Bagi syarikat pengangkutan milik kerajaan Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Prasaran Negara kerugian yang dihadapi mungkin berkait rapat dengan dasar kerajaan dalam memperbaiki sistem pengangkutan dalam negara.

Pembinaan lebuhraya-lebuhraya yang baru dan selesa menyebabkan lebih ramai yang menggunakannya berbanding perkhidmatan keretapi yang dianggap agak perlahan tiba ke destinasi.

Selain itu, dasar mesra rakyat yang diamalkan kerajaan dalam memberikan harga tambang yang murah untuk pengangkutan-pengangkutan awam seperti keretapi yang diuruskan KTM dan bas serta LRT yang diuruskan Syarikat Prasarana Negara menjadikan dua syarikat ini berada dalam situasi yang sama seperti IWK .


sumber : KLPOS

Khalid Ibrahim Jangan Cuba MAIN KASAR - Azmin Ali

|

Tapi antara yang dikatakan paling INFLUENTIAL adalah YB Bukit Antarabangsa dan YB Hulu Klang. Amaun? Boleh tahan.

Ini juga adalah antara senjata yang ada di dalam tangan Faekah. Semua details ada. Tarikh. Bank statement. Tinggal nak reveal sahaja.

Sebab itu, sejujurnya, Azmin patut diam sahaja – dan mula CIUM tangan MB Selangor. Baik buat cepat-cepat.

Dibuatnya segala macam perincian ini dicampak di Taman Melawati, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana, Gombak Setia; peluang Azmin untuk menang di GOMBAK akan terpadam. Kalau BN nak kalah pun, sebab letak KUDA SAKIT sebagai calon. Kalau letak KUDA SIHAT, insya’Allah menang mudah.

Datuk Jelatek ini bukan projek murah-murahan. Projek MAHAL. Projek ELIT. Projek MEGA. Projek PILIHANRAYA.

Kalau dah kebetulan besar dan transparen, apa kata – PKNS Property senaraikan mereka-mereka yang mendapat kepentingan daripada projek ini. Berapa amaun? Bila bayar?

Kalau menurut perancangan awal, DATUM JELATEK ini memang dirasmikan untuk projek PILIHANRAYA. Secara kebetulan Azmin banyak ‘say’ dalam projek khas ini.


Read More, FAEKAH RAMAS TELUR AZMIN

Angkara AES ... Semua Mau POLITIK BERAK Tepi Jalan

|
831 buah kamera AES bakal dipasang melibatkan 566 buah kamera speeding, 265 buah kamera lampu trafik.

Program Automated Enforcement System (AES) ... yang sepatutnya memberi kebaikan kepada orang awam dan pengguna jalanraya akhirnya tetap menjadi bahan politik murahan.

GWM tidak nampak sebarang alasan mengapa perlu ditangguhkan implementasi sistem ini. Lebih lama ditangguhkan, lebih memberi kesan kepada pengguna jalanraya dan ekonomi itu sendiri.

Seharusnya sesuatu program yang mendatangkan manfaat terpaksa ditangguhkan akibat menunggu kata putus dari sudut politik ... bukannya dari sudut kepenggunaan jalanraya.



Politik, politik, politik ...

Penguatkuasaan secara automatik ini adalah kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 (Itupun kalau ada dikalangan pembaca yang pernah membaca, mengkaji pelan ini).

Kos pemasangan sistem ini ditanggung sepenuhnya oleh ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini dibenarkan mengutip RM16.00 bagi setiap saman yang dikeluarkan.

Yang menjadi pertikaian dan pertikaman lidah adalah jika AES bakal dijadikan batu loncatan kedua-dua syarikat ini melalui saman yang bakal membebankan pengguna jalanraya.

Jika pengguna jalanraya itu dengan sendirinya tidak melanggar undang-undang sedia ada, kedua-dua syarikat ini tidak mungkin akan mengutip RM16.00 bagi setiap saman. Maka dengan sendirinya, pelaburan besar yang dilakukan oleh ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd ini hangus.

Langgar lampu isyarat ... berapa ramai tenaga polis trafik dan JPJ diperlukan untuk berada 24 jam di jalanraya ... saban hari?

Benarkah di Jerman tiada had laju ditetapkan di lebuh raya mereka. Pemandu mereka bebas memandu beratus km/j pun sekaligus?

PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.

JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).

KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.

UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

THAILAND, VIETNAM - telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.



Kaedah Perlaksanaan Yang Tidak Betul?

Perlu dingat, AES bukan satu sistem untuk 'pungut wang rakyat secara zalim' namun lebih kepada saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan.

Dan saman ini juga bukanlah ditentukan sepenuhnya melalui AES semata-mata, JPJ yang bertanggungjawab mebgeluarkan saman mengikut bukti dan budi bicara kesalahan yang dilakukan.

Tidak kiralah sistem kamera AES dipasang atau tidak, mereka yang melanggar undang-undang tetap perlu mambayar saman.

Usaha berterusan JPJ, PDRM, JKJR, MIROS dan JKR, melalui pemasangan kamera AES ini memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).

Sistem penguatkuasaan ini perlu dilakukan untuk mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

Paling penting ... pendekatan kepada system based approach ini diharap mampu mengubah terus sikap pemanduan rakyat Malaysia.

Mengapa perlu ditimbulkan soal spekulasi ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd. bakal membuat keuntungan dari saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh puluhan, ratusan, ribuan pengguna jalanraya?

Apakah kerajaan masih lagi dianggap bodoh dan tidak belajar dari kesilapan pada masa lalu melalui cara 'pungut wang rakyat secara zalim'. Agak kurang cermat dan berhemah pendapat seperti ini ...



Kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES

Rakyat Malaysia memang suka melompat setiap kali suatu pembaharuan mahu dilakukan, seperti juga yang berlaku bagi penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES.

AES adalah suatu sistem yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24 jam X 7 hari X 360 hari, dalam apa jua keadaan cuaca sekalipun (melainkan jika berlaku blackout).

Pun begitu ... kamera mudah alih (30%) 250 unit dipasang bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya).

Paling penting kaedah ini tidak perlu campurtangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan ... tiada interaktif di antara polis trafik atau pegawai JPJ dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan mampu dihentikan.

Sekadar meminjam gambar-gambar dari rakan blogger




Memang benar ketiga-tiga kemalangan maut di atas bukannya berlaku di lebuh raya, namun tidak adil membuat andaian pemasangan kamera AES banyak dilakukan di lebuh raya.

Benarkah pemasangan kamera AES banyak dilakukan di lebuh raya?

Walhal dalam sekitar 150 buah kamera AES dipasang di lebuhraya dan selebihnya 681 buah akan dipasang di jalan persekutuan dan jalan bandaran ...

Kamera AES mampu merakamkan kesalahan trafik dan bukti kemalangan yang berlaku di jalanraya.



Berapa lama lagikah perlu digunapakai perkataan pendidikan dan panduan berhemah dijalanraya?

Berapa banyak lagi kursus pemanduan yang perlu ditambah untuk mendidik pengguna jalanraya?

Kerana setiap tahun, peratusan kemalangan dan kesalahan trafik tetap meningkat ...

Yang menjadi masalah terbesar adalah pematuhan undang-undang. Ini adalah kajian saintifik dilakukan baik oleh pihak berkuasa mahupun pihak NGO.


Kenderaan dipandu ala samseng di lorong paling kanan, memotong kenderaan secara bersimpang siur, menggunakan lorong paling luar dan lorong kecemasan dan sebagainya.

Pengguna jalanraya mempunyai pilihan (kalau pakai kepala otak) sama ada mahu menurut undang-undang atau berhadapan dengan saman. Tiada pilihan lain.

Atas dasar itu, GWM bersetuju dengan langkah pemasangan kamera AES ini ...

Program advokasi ini adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.

Payah ... kalau semua perkara yang baik dipolitikkan. Semua mau politik berak tepi jalan ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU